Sejak tahun 1973, jenama ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC) menjadi nama yang sangat sinonim di kalangan penggemar ayam goreng tanpa mengira bangsa di Malaysia.
Jenama inin seakan sudah sebati dan dekat dengan jiwa rakyat Malaysia. Malah setiap tahun mereka pasti memperkenalkan perisa ayam goreng unik sesuai dengan cita rasa tempatan dan juga menganjurkan kempen yang dekat dengan masyarakat.
Namun pernahkan anda terfikir bahawa KFC akan berkolaborasi dengan jenama pakaian streetwear tempatan untuk menghasilkan koleksi yang unik?
Ya, koleksi istimewa mereka bersama Pestle & Mortar (PMC) yang dikenali sebagai KFC x PMC telah dilancarkan bermula hari ini.
Menurut kenyataan di laman sesawang mereka, KFC berkata koleksi ini merupakan sebuah tribute kepada pertembungan budaya dua dunia berbeza iaitu makanan dan fesyen. Ia diterjemahkan dengan 11 rekaan ‘finger lickin good good’ yang mampu membuat pengguna teringin miliki seperti ayam goreng mereka.
BACA: Sneakers Kolaborasi ONE PIECE x PUMA CELL ENDURA Bakal Di Pasaran Malaysia
Buat pengetahuan anda, Pestle & Mortar merupakan sebuah jenama pakaian streetwear yang sangat popular di negara kita. Malah mereka diangkat sebagai antara jenama terbaik di peringkat Asia Tenggara.
Kolaborasi bersama KFC ini merupakan salah satu kolaborasi istimewa diperkenalkan mereka keraba sebelum ini PMC pernah melakukan perkara sama dengan pelbagai jenama terkenal.
Koleksi KFC x PMC ini menawarkan sebanyak 11 item fesyen berbeza seperti hoodie, t-shirt, bucket hat, kemeja, jaket bomber dan banyak lagi.
Setiap daripada satu rekaannya menampilkan sentuhan kedua-dua elemebn jenama tersebut. Sebagai contoh bucket hat mereka tampil dengan corak belang seperti bekas bicket ayam goreng KFC!
Rekaan frafik old-school KFC juga menjadi pilihan utama bagi menyerlahkan elemen retro gaya streetwear.
Koleksi istimewa ini boleh didapati di Major Drop Sunway Pyramid bermula pada hari ini jam 6 petang dan juga dilaman sesawang PMC.
Sumber: KFC & PMC