Saban tahu peminat sneakers sentiasa menantikan kolaborasi dua jenama ini. Sebenanrya ini bukanlah koleksi kolaborasi pertama di antara jenama denim popular, Levi’s dan juga pegeluar kasut sukan sukan dan pakaian sukan gaya hidup semakin berpengaruh, New Balance.
Bagi koleksi kolaborasi terbaru ini, Levi’s dan New Balance mengetegahkan siluet MT 580 yang kini semakin mendapat tempat di hati peminat fesyen seantero dunia. Kali ini mereka mengambila ekspresi trend mountain baik sebagai ‘acuan’ koleksi terbaru kali ini.
Menurut Levi’s, di awal era 1970-an, kebanyakan remaja lelaki dan wanita dilihat mula menunggang basikal “klunker” menelusuri laluan bergunung-ganang di Marin County, California. Lalu di sinilah lahirnya aktiviti berbasikal gunung.
Dengan sifat muka bumi yang curam, sukar dan berbatu, kumpulan pelopor itu mengenakan denim Levi’s sebagai pakaian seragam mereka berikutan ketahanannya serta aspek perlindungan dan gaya yang kekal.
Justeru bagi meneruskan hubungan berterusan ini, Levi’s dan New Balance kembali dengan kolaborasi kasut baharu yang diilhamkan oleh kumpulan perintis tersebut.
Bagi mengangkat budaya berbasikal gunung dan Marin County ini, koleksi terbaharu menggunakan fabrik tahan lasak Levi’s® pada siluet klasik New Balance MT580.
Pertama kali diperkenalkan pada tahun 1996, MT580 yang mendapat nafas baharu semula ini mengangkat semula siluet ‘chunky’ ikonik dengan reka bentuk dilengkapi RollBar.
Penampilan moden pada bahagian jari kaki yang lebih langsing dengan pengurangan pada ketinggian kolarnya nyata menghasilkan rekaan teliti yang mencipta semula bahan, sebatian serta ciri aslinya.
Pada bahagian tapak tengah MT580 pula menampilkan C-CAP di ruangan kaki depan dan PU di bahagian belakang, menyerlahkan kusyen yang memberikan sokongan dan fleksibiliti yang tahan lebih lama.
Bagi sokongan yang dipertingkatkan, ia dilengkapi dengan sistem tunjang kestabilan RollBar untuk membantu mengawal pergerakan kaki belakang.
Dalam masa sama, sempena ulang tahun ke-150 seluar jeans Levi’s® 501®, templat asal yang diguna pakai oleh semua jeans lain, setiap kasut disepadukan dengan denim Shrink-To-Fit™ Levi’s®.
Diilhamkan oleh estetika tradisional dan gaya berbasikal dari era itu, kolaborasi ini menawarkan dua warna berbeza. Versi Grey Blue direka dengan kulit nubuck pada bahagian atas, menampilkan denim Levi’s® yang diwarnai secara berlebihan pada ruangan kotak kaki dan panel sisi.
Manakala versi Beige Black pula dihasilkan dengan material suede di bahagian atas yang menyerlahkan denim Levi’s® hitam yang telah dibasuh pada ruangan kotak kaki serta panel sisi.
Ia tersedia dalam pembungkusan khas yang menceritakan kisah kelahiran aktiviti berbasikal gunung ini, dengan setiap kasut menonjolkan Tab Merah klasik Levi’s® dan dilengkapi dengan tiga set tali.
Dipasarkan pada harga RM689, kolaborasi terkini Levi’s® x New Balance ini dilancarkan pada 6 Disember 2023 secara eksklusif di laman sesawang e-dagang rasmi Levi’s.