Fesyen

Kolaborasi Onitsuka Tiger & Astro Boy Sempena Ulang Tahun Ke-75

Share

Onitsuka Tiger, yang bakal meraikan ulang tahunnya yang ke-75 pada 2024, dengan sukacitanya mengumumkan kerjasama global bersama Astro Boy selaku projek untuk menandakan permulaan keraian ulang tahunnya.

Astro Boy adalah siri televisyen anime berdurasi penuh pertama di Jepun, dan Onitsuka Tiger pula memperkenalkan kasut olahraga asli pertama yang dibuat di Jepun.

Pencapaian kedua-dua nama besar ini didorong oleh keinginan untuk menyuburkan lagi gaya hidup serta harapan untuk kanak-kanak yang menjadi masa depan sejagat, agar mereka dapat terus bermimpi yang kemudiannya berjaya mengapai mimpi tersebut.

Kolaborasi ini boleh didapati di Butik Pop-Up Ginza dan onitsukatiger.com di Jepun pada hari Selasa, 12 Disember 2023 selaku keluaran pertama di dunia, dan di beberapa butik Onitsuka Tiger terpilih seluruh Jepun pada Sabtu, 16 Disember 2023.

Di peringkat global, kolaborasi ini akan diteruskan secara berturutan di 12 negara mulai Januari 2024 dan Butik Pop-Up

seterusnya akan dibuka di Samaritaine Paris Pont-Neuf, sebuah pusat membeli-belah di Paris, pada Selasa, 16 Januari 2024.

Justeru, Onitsuka Tiger menjemput anda untuk menghayati sepenuhnya kolaborasi ini dengan melawati butik menarik ini.

Koleksi ini termasuk item yang menampilkan logo asal serta reka bentuk Astro Boy, yang dicipta secara eksklusif untuk kolaborasi ini, yang hadir dalam pelbagai kategori bebas jantina.

Himpunan ini terdiri daripada 43 item secara keseluruhannya, termasuk kemeja, sut trek, skirt dan seluar, serta beg, topi juga kasut MEXICO 66™ SD dan BUT DENTIGRE™ PUFF.

Semua item dalam koleksi ini disediakan dalam pembungkusan asalnya, iaitu beg membeli-belah dan kotak yang dihiasi dengan Astro Boy.

Published by
Ruszaini Ruslan