Trend kolaborasi jenama sukan dan gaya hidup bersama artis terkenal dan berpengaruh kini sudah menjadi asam garam dunia fesyen semasa. Pengaruh yang dibawa mereka dalam industri fesyen telah merancakkan trend gaya tersendiri.
Bagi jenama New Balance, kolaborasi bersama artis berbakat besar merupakan sebuah ekspresi gaya yang unik dan membawa falsafah fesyen mengikut arus trend terkini.
Dalam kolaborasi bersama artis yang terbarunya, New Balance menampilkan koleksi dengan kerjasama bersama Jaden Smith, seorang artis dan aktivis berpengaruh.
Untuk koleksi terbaru New Balance x Jaden Smith menampilkan dua versi sneakers Vision Races dengan colorway berbeza. Ia hadir dengan dua variasi warna menarik iaitu hitam dan putih dengan sendikit sentuhan bayangan warna violet.
Difahamkan dari segi idea warna dan gaya, Jaden Smith mengambil inspirasi dari corak matahari terbenam dan juga album terbarunya, ‘Syre’.
Bagi New Balance, koleksi kolaborasi bersama Jaden Smith ini membawa signifikasi penting dalam katalog gaya hidup mereka yang turut membawa mesej kelestarian dan juga inisiatif mesra alam.
Sebagai contoh, Vision Racer ini menampilkan midsole dari bahan kitar semula EVA 5%. Selain itu pada bahagian tapak dalaman, upper serta polyester juga merupakan bahan yang dikitar semula.
Jaden Smith sebagai artis muda meningkat naik juga meneruskan usahanya memberikan kesedaran terhadap kepentingan kitar semula dalam memastikan kelestarian berkekalan untuk masa hadapan.
Kedua-dua sneakers ini dilancarkan di seluruh dunia dan turut boleh didapati di negara kita menerusi butik New Balance di Pavillion,