Trend kolaborasi jenama sukan dan gaya hidup bersama artis terkenal dan berpengaruh kini sudah menjadi asam garam dunia fesyen semasa. Pengaruh yang dibawa mereka dalam industri fesyen telah merancakkan trend gaya tersendiri.
Bagi jenama New Balance, kolaborasi bersama artis berbakat besar merupakan sebuah ekspresi gaya yang unik dan membawa falsafah fesyen mengikut arus trend terkini.
Dalam kolaborasi bersama artis yang terbarunya, New Balance menampilkan koleksi dengan kerjasama bersama Jaden Smith, seorang artis dan aktivis berpengaruh.
Untuk koleksi terbaru New Balance x Jaden Smith menampilkan dua versi sneakers Vision Races dengan colorway berbeza. Ia hadir dengan dua variasi warna menarik iaitu hitam dan putih dengan sendikit sentuhan bayangan warna violet.
Ads
Difahamkan dari segi idea warna dan gaya, Jaden Smith mengambil inspirasi dari corak matahari terbenam dan juga album terbarunya, ‘Syre’.
Bagi New Balance, koleksi kolaborasi bersama Jaden Smith ini membawa signifikasi penting dalam katalog gaya hidup mereka yang turut membawa mesej kelestarian dan juga inisiatif mesra alam.
Ads
Ads
Sebagai contoh, Vision Racer ini menampilkan midsole dari bahan kitar semula EVA 5%. Selain itu pada bahagian tapak dalaman, upper serta polyester juga merupakan bahan yang dikitar semula.
Jaden Smith sebagai artis muda meningkat naik juga meneruskan usahanya memberikan kesedaran terhadap kepentingan kitar semula dalam memastikan kelestarian berkekalan untuk masa hadapan.
Kedua-dua sneakers ini dilancarkan di seluruh dunia dan turut boleh didapati di negara kita menerusi butik New Balance di Pavillion,
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seluar jean atau denim kini bukan lagi dianggap sebagai item fesyen semata. Sebelum dipopularkan sebagai pakaian gaya kasual untuk lelaki, seluar jean dicipta sebagai pakaian tahan lasak untuk pekerja lombong dan sebagainya.
Melihatkan pasaran seluar jean yang ada di pasaran sekarang pastinya anda pun kadangkala bingung nak pilih yang mana satu. Terlalu banyak jenis potongan, warna, material serta pendekatan gaya yang berbeza.
Memilih seluar jean untuk lelaki sebenarnya tidaklah sukar. Ini kerana anda hanya perlu tekankan tiga perkara utama iaitu fit, rise dan wash.
Fit bermaksud jenis potongan, rise pula untuk kedudukan cawat dan wash pula merujuk kepada kondisi seluar jean seperti sedikit lusuh.
Jadi sebelum anda nak beli seluar jean, ikuti dahulu beberapa tip MASKULIN kongsikan di bawah;
FIT
Antara perkara paling penting dalam pemilihan yang sesuai ialah potongannya. Ia juga membawa maksud kadar lebar seluar anda. Terdapat beberapa potongan yang popular seperti loose, relax, carpenter, slim dan skinny. Untuk gaya lebih segak, jauhi seluar jean yang potongannya semakin besar bawah paras lutut.
Buat anda yang sedikit besar, elak memakai potongan skinny. Dan bagi yang kurus pula, sesuai memilih slm atau relax fit.
RISE
Potongan cawat seluarjuga sangat penting bagi mengelakkan anda rasa tidak selesa serta nampak janggal dalam berpakaian. Pemilihan seluar dengan cawat yang tidak terlalu tinggi dan rendah merupakan paling ideal. Jika seluar anda menghampiri terlalu dekat dengan pusat, itu adalah big NO. Dan jika cawat itu terlalu rendah sehingga menampakkan tulang pelvis, itu juga sangat big NO!
Terdapat banyak jenis ‘wash’ atau kesan luntur seluar jean di pasaran. Namun jika anda amalkan dua tip ini, anda tidak akan nampak janggal bila menggayakannya. Pertama sekali, pilihlah jenis luntur yang lebig gelap. Anda tidak mahu memakai atau gayakan seluar jean yang nampak terlalu lusuh atau luntur terlalu ketara. Ia hanya membuatkan anda nampak seperti memakai seluar jean yang buruk.
Kesimpulannya, jika anda memilih seluar jean dengan potongan sesuai, warna menarik dan juga paras cawat yang kena dengan saiz badan pasti anda nampak lebih tampan. Sebelum nak beli rujuklah dahulu tip yang MASKULIN kongsi seperti di atas.
Jika anda ingin mencari seluar jean pelbagai gaya dan potongan, boleh dapatkannya dengan harga menarik di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Musim raya ni selain daripada balik kampung berjumpa dengan sanak saudara, pasti anda terdetik unutuk manjakan diri anda dengan rawatan spa dan urut kan? Mana tidaknya, menjelang raya pasti anda dan rakan sekerja sibuk menyiapkan tugasan kerana tak nak diganggu oleh majikan musim perayaan ini. Jadi alag-alang dah ambil cuti seminggu tu, apa kata anda manjakan diri ke tempat-tempat ini yang tak mahal pun harganya. Tahu dah, duit dah banyak habis ketika raya kan!
Erawan Wellness Massage
Ajak suami atau isteri anda di pusat urut yang berada di NU Sentral ini. Antara sebab mengapa kami memilih tempat ini adalah ia sering mendapat pujian daripada pelanggan yang hadir. Rekaan dalamannya pula cantik dan menarik kerana ia bercirikan Thai. Rasa macam berada di Thailand pula. Anda boleh mendapat rawatan urut 30 minit di kepala, tengkuk dan bahu dengan RM58+. Selain itu, anda juga boleh cuba urutan kaki selama 30 minit dengan harga RM68+ atau urutan badan Thai selama sejam dengan hanya RM98+. Mampu kan?
Herbaline
Bagi isteri-isteri yang nak kan rawatan dacial anda boleh ke Herbaline yang menawarkan servis Relaxing Facial dengan harga RM73.10 untuk satu jam yang mampu untuk menyegarkan wajah tanpa meninggalkan kesan-kesan merah pada pipi anda. Namun jika anda mahukan urutan spa, tempat ini menyediakan servis rubdown untuk 75 minit dengan RM88 satu sesi. Jadi bila anda ke open house, anda boleh kelihatan cantik tanpa masalah.
Thai Odyssey
Lihat saja deko luar yang cantik, anda pasti takut untuk masuk ke dalam kerana caj mahal. Namun jangan risau, Thai Odyssey mempunyai banyak cawangan sekitar Malaysia menyediakan servis hebat dengan harga berpatutan. Anda boleh memilih utnuk melakukan urutan separuh badan dnegan harga serendah RM58+ untuk 30 minit yang bakal melegakan kepala, tengkuk dan bahu anda yang sering terbeban dengan stress. Urutan kakinya pula hanya dengan nilai RM73+ untuk 1 jam.
Jentayu Spa & Salon
Anda pasti terkejut dengan harga pakej-pakej yang ditawarkan di spa ini. Semuanya murah-murah belaka dan berbaloi untuk mencari spa dan salon yang murah di sekitar KL ni. Terletak di Ampang, Jentayu menyediakan spa kecantikan yang bercirikan tradisional melayu. Pakej biasa pusat ini meyediakan perkhidmatan sauna, lulur dan rawatan facial dengan bernilai RM50. Namun bagi mereka yang mahukan urutan badan, anda boleh mencuba Pakej C yang menyediakan servis sauna, lulur dan urutan badan dengan hanya RM88 sahaja! Murah kan!!!
Layari Website mereka, mana tahu ada promosi khas raya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mungkin ada di antara kita yang pernah mendengar larangan terhadap lelaki Islam untuk memakai pakaian berwarna merah.
Larangan pakaian merah itu juga pernah dizahirkan menerusi beberapa ceramah agama dan pernah menjadi tular di laman-laman media sosial.
Pendakwah dan pensyarah Fakulti Pengajian al Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Kamilin Jamilin tampil menjelaskan mengenai larangan tersebut menerusi sebuah hantaran video di laman sosialnya.
Memetik video itu, Dr Kamilin mengambil pandangan yang mengharuskan lelaki berpakaian serba merah menerusi pandangan sebahagian sahabat dan juga tabiin seperti Abi Thalib RA, Talhah RA, Al-Bara’ bin Azib RA, Said bin Al-Musayyib, Hassan Al-Basri dan lain-lain lagi.
Dalil Surah Al-A’raf (Ayat 31 & 32)
Dr Kamilin berkongsi petikan Al-Quran dari ayat ke 31 surah Al-A’raf yang bermaksud, “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas”.
Ayat seterusnya pula menyambung, “Katakanlah (wahai Muhammad): Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya? Katakanlah: Semua itu adalah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia”.
Maka ayat demikian jelas menunjukkan yang pakaian merah juga termasuk di dalam pemakaian yang diharuskan selagi tiada dalil terperinci yang melarangnya, demikian jelas Dr Kamilin.
Rasulullah SAW Pernah Berpakaian Merah
Selain itu, Dr Kamilin juga menjelaskan yang ada beberapa hadis yang memberitahu bahawa Rasulullah SAW juga pernah memakai pakaian berwarna merah.
“Hadis Al-Bara’ bin Azib RA riwayat Al-Bukhari yang beliau pernah melihat Nabi SAW berpakaian merah yang mana beliau berkata beliau tak pernah nampak Nabi SAW seindah itu”.
Selain itu, hadis Wahab bin Abdillah RA riwayat Al-Bukhari menyebut yang Rasulullah SAW pernah solat dengan berpakaian merah.
“Jadi kalau dalam solat pun boleh pakai baju merah, di luar (solat) lagilah,” jelas Dr Kamilin.
Rasulullah pernah berkhutbah di Mina dengan berbalut pakaian merah, demikian menurut hadis Amir bin Amru Al-Ansari RA riwayat Abi Dawud.
Jabir bin Samurah RA juga menyebut dalam satu hadis yang beliau pernah melihat Rasulullah SAW berbaju merah pada suatu malam bulan yang terang, sehinggakan baginda kelihatan lebih indah dari bulan purnama.
Hadis Ibn Abbas RA dan Jabir Abdillah RA menyebut yang Rasulullah pernah memakai baju merah pada hari raya dan juga hari Jumaat.
Selain Rasulullah SAW, dua orang cucu baginda iaitu Hassan dan Hussain pernah memakai baju qamis berwarna merah ketika baginda sedang berkhutbah, demikian menurut hadis riwayat Abi Dawud
Kebanyakan Hadis Larangan Baju Merah Adalah Daif
Mengulas mengenai hadis yang menegah dan mencela lelaki yang memakai baju merah, Dr Kamilin menjelaskan yang kebanyakan hadis berkenaan adalah daif ataupun ada ‘illah (kecacatan) tersendiri.
“Contohnya, tidak menyerupai orang kafir ataupun tidak menyerupai wanita sebab masa itu mungkin orang bukan Islam yang suka memakai warna itu. Ataupun golongan wanita yang akan pakai dengan cerupan warna itu”.
Namun dalam kaedah fiqh ada menyebut yang sesuatu hukum akan berpusar atau berpaksi kepada ‘illah nya. Jika tiada ‘illah, maka tiadalah hukum tersebut, tambah Dr Kamilin.
“Contohnya zaman ini, merah itu bukan simbolik atau sinonim dengan wanita ataupun orang bukan Islam. Kita orang Islam pun pakai macam biasa. Maka tiada sebab mengapa warna merah itu tidak boleh semata-mata”.
Secara tuntasnya, orang Islam dituntut untuk memakai pakaian yang mudah dan tidak membebankan baginya. Oleh itu, tiada masalah bagi seorang lelaki memakai baju berwarna merah, yang penting tidak menyerupai orang kafir ataupun wanita.