Kolaborasi Juara F1, Lewis Hamilton & Tommy Hilfiger Hasilkan Koleksi Pakaian Eksklusif

Share

Kedua-dua nama ini merupakan gergasi di dalam bidang masing-masing. Siapa tidak kenal dengan Lewis Hamilton, juara dunia 5 kali Formula 1. Manakala Tommy Hifiger pula merupakan figura dan jenama fesyen terkenal.

Apabila bergabung pastinya hasil yang cukup sensasi. Itulah yang diserlahkan menerusi koleksio Tommy x Lewis, kolaborasi antara Tommy Hilfiger dan Lewis Hamilton.

Koleksi yang dilancarkan di Milan beberapa hari yang lalu mendapat liputan yang cukup meluas daripada pelbagai media dan ia juga menjadi bahan bualan utama penggemar fesyen global.

Lewis Hamilton bersama Tommy Hilfiger di majlis pelancaran koleksi eksklusif Tommy x Lewis.

BACA: WARDROBE Tampilkan Capsule Collection 2019, Seleksi Sut Gaya Gentlemen Sofistikated

Menurut Lewis Hamilton, koleksi Tommy x Lewis pada musim luruh ini memaparkan pertembungan dua dunia berbeza – sentuhan gaya fesyen klasik Amerika dari Tommy Hilfiger dengan gaya streetwear mewah.

GABUNGAN ELEMEN MODEN STREETWEAR

“Gabungan dua elemen dari dua dunia berbeza ini menjadi titik kreatif utama dihasilkan menerusi koleksi ini. Kerjasama ini merupakan sebuah lagi projek yang cukup mengujakan dan ia tambah gemilang dengan pelancaran di kota fesyen seperti Milan,” jelas Lewis Hamilton.

Lewis Hamilton, Tommy Hilfiger dan Pusha-T, rapper yang membuat persembahan di majlisp elancarannya.

Seperti mana yang kita tahu, Milan merupakan kota yang cukup sinonim dengan fesyen high end. Pengaruh seni bina serta sejarahnya yang sangat kaya dengan pelbagai aktiviti seni moden menjadikan Milan sebagai pilihan tepat pelancaran koleksi istimewa ini.

Antara koleksi yang diperkenalkan di Milan pada kali ini.

Sebanyak 49 item utama diperkenalkan meliputi jaket denim, hoodie, jenas, but, kemeja, beanie, parka dan juga topi ditawarkan kepada peminat jenama ini.

Published by
Farizul Izwany