Pengenalan koleksi kolaborasi di antara jenama fesyen dan juga judul permainan video kini bukan lagi satu perkara asing.
Sebagai salah satu elemen budaya popular moden, judul permainan video atau gaming menjadi salah satu perkara yang cukup penting.
Lihat sahajalah setiap judul permainan video yang diabadikan ke bentuk filem, ia pasti mendapat sambutan yang hebat. Manakala dalam industri fesyen pula kolaborasi seperti ini dilihat sebagai salah satu bentuk apresiasi yang unik digabungkan dengan sentuhan gaya tersendiri.
Terbaru jenama asal Jepun, Onituksa Tiger menampilkan koleksi kasut gaya hidup kontemporari dengan melakukan kolaborasi bersama judul permainan video legenda, ‘Street Fighter 6’.
CAPCOM Co., Ltd., selaku pencipta siri ‘Street Fighter’ dan Onitsuka Tiger menampilkan koleksi kerjasama istimewa ini buat kali ketiga.
Kedua-dua syarikat yang kebetulannya berasal dari Jepun ini saling berpegang kepada akar umbi budaya dan menyuntik unsur-unsur baharu sambil terus menghormati tradisi berzaman.
Bagi kolaborasi kali ini, Onitsuka Tiger mengetengahkan model ENDACTUS™. Di mana ia akan turut ditampilkan dalam permainan itu.
Model ini bakal berada di pasaran menerusi jualan di butik-butik Onitsuka Tiger serta Ecomm seluruh dunia (dengan beberapa pengecualian) bermula pada hari ini, 30 Jun 2023.
Sneakers kolaborasi unik ini adalah padanan baru yang dibangunkan khusus untuk Street Fighter 6. Ia dihiasi dengan logo Onitsuka Tiger di bahagian tumit kiri sementara logo Street Fighter di tumit kanan.
Kasut ini juga menyerlahkan beberapa perincian berbeza seperti tapak dalaman kesan lasak, yang dipisahkan dengan tapak luar, bentuk bersegi pada bahagian jari kaki dan Tiger Stripes Onitsuka yang dizahirkan menerusi jahitan.
Jika anda tertarik dengan kolaborasi menarik ini, bolehlah dapatkan maklumat lanjut menerusi laman sesawang rasmi Onitsuka Tiger atau ke butik mereka.
Selain daripada pelancaran kasut itu, Onitsuka Tiger bakal tampil dengan pelbagai inisiatif yang berkaitan dengan kehidupan sebenar dua mod Battle Hub dan World Tour dalam Street Fighter 6, dijadualkan berada di pasaran pada Jumaat, 2 Jun 2023 oleh CAPCOM.
Dalam Battle Hub, di mana para pemain dari seluruh dunia boleh berkomunikasi antara satu sama lain, Street Fighter 6 akan menghadiahkan setiap pemain dengan skin permainan digital yang boleh diubah yang boleh digunakan dalam permainan itu, termasuk kasut kolaboratif ENDACTUS.
Kedai pop-up istimewa Onitsuka Tiger akan dibuka di Battle Hub mulai Rabu, 1 November sehingga Khamis, 30 November.
Ini akan menjadi tempat untuk memuat turun barangan seperti pakaian dan model ikonik Onitsuka Tiger, MEXICO 66™.
Difahamkan juga Onituksa Tiger bakal memperkenalkan papan iklan gergasi Onitsuka Tiger yang akan muncul di Times Square pada World Tour, di mana anda boleh mengambil gambar kenang-kenangan dengan avatar diri.
Jangan lupa subscribe dan follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
@maskulinmy Nak memandu jauh balik kampung kenalah ready. Salah satunya elak beberapa jenis makanan yang boleh ganggu tumpuan pemanduan. #maskulin #majalahmaskulin #maskulinfitness #fyp #fypmalaysia #artismalaysia ♬ Sky High (Two AM Music Global)