Dalam dunia fesyen kini bagaikan sudah menjadi trend jenama fesyen mewah melakukan kolaborasi dengan jenama pakaian dari segmen yang jauh berbeza.
Jika dahulu Louis Vuitton telah menggegarkan dunia fesyen dengan melakukan kolaborasi bersama jenama skate/streetwear popular, Supreme hingga menjadi item yang cukup bernilai tinggi.
Terbaru jenama fesyen high-end asal Itali, Gucci telah mengeluarkan teaser tentang kolaborasinya bersama jenama pakaian dan kelengkapan outdoor, North Face.
Menariknya ini merupakan kali pertama Gucci melakukan kolaborasi pada skala besar dengan jenama lain sejak Alessandro Michele memegang jawatan sebagai Pengarah Seni sejak lima tahun lalu.
Seleksi pakaian outdoor dari North Face dijangka bakal menerima perhatian luar biasa daripada penggemar fesyen dengan pengenalan kerjasama ini. Namun ia bukanlah kali pertama menyaksikan North Face melakukan kolaborasi dengan jenama lain.
Mereka juga pernah berjaya dengan kolaborasi sebelumny bersama Supreme, Brain Dead dan Hender Scheme.
Berbeza dengan Gucci yang tidak dikenali sebagai pengeluar pakaian outdoor teknikal. Ini membuatkan ramai teruja ingin melihat apakah hala tuju serta pembaharuan yang boleh dibawa Gucci bersama dengan North Face.
Sehingga kini tiada sebarang foto produk yang dikongsi melainkan teaser video yang dikongsi oleh Gucci di laman medoa sosial Instagram mereka.
Dengana nama sebesar Gucci maka tidak hairanlah ia menjadi perhatian dan cukup dinantikan oleh penggemar jenamanya di seluruh dunia.
Buat anda yang ingin mencari kelengkapan aktiviti outdoor pada harga menarik boleh dapatkannya di sini!