1

Jenama fesyen terkenal, Balenciaga sekali lagi melakukan kersama dengan World Food Programme. Kolaborasi kuda ini juga kesinambungan selepas menyaksikan kejayaan hebat projek pertama mereka menerusi koleksi kapsul eksklusif yang diperkenalkan pada Septem’ber 2018.

Kolaborasi terbaru pada tahun ini menyaksikan Balenciaga menghasilkan beberapa seleksi koleksi pakaian dan aksesori seperti stoking, topu, baju hujan, t-shirt, hoodie, beg dan bermacam pilihan lain.

Bergelar sebagai sebuah jenama mewah ia langsung tidak menghalang Balenciaga melakukan projek yang membantu memberikan kesedaran untuk membasmi kebuluran dan kukurangan nutrisi menjelang tahun 2030.

IKLAN

Kolaborasi Balenciaga Bersama World Food Programme Demi Kesedaran Terhadap Kebuluran

IKLAN

Setiap item yang dihasilkan Blenciaga memaparkan pelbagai informasi tentang World Food Programme. Sebahagian daripada jualan dari setiap item juga akan disalurkan kepada pertubuhan itu untuk terus melaksanakan misi kemanusiaan mereka.

IKLAN

Dan tahun ini Balenciaga mengumumkan mereka akan agihkan dua kali ganda berbanding sebelum ini iaitu sebanyak 20 peratus dari hasil jualan terus kepada World Food Programme.

Koleksi yang cukup memberikan inspirasi ini akan mula dipasarkan oleh Balenciaga pada bulan Disember nanti.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI