‘Kodokushi’ Trend Membimbangkan Di Jepun, Lelaki Sila Kahwin Kalau Tak Nak Hidup Sunyi & Mati Seorang Diri

Share

Kodokushi ialah fenomena dimana seseorang itu meninggal dunia seorang diri dan tidak disedari buat masa yang panjang. Ia merupakan masalah yang semakin meningkat dalam masayarakat Jepun sekarang. Setiap tahun, lebih kurang 30 ribu daripada 1.25 juta kematian di Jepun melibatkan kodushi.

 

Ciri-ciri orang sering dikaitkan dengan kodokushi

  • Lelaki pertengahan usia yang tidak pandai buat kerja rumah
  • Orang yang mengasingkan diri kerana tidak pandai bersosial
  • Persekitaran hidup yang tidak baik mungkin disebabkan oleh penyakit atau kewangan.

 

Kadar perkahwinan juga menurun, dengan golongan lelaki memberi alasan dunia kerjaya mereka terlalu menuntut masa dan terlalu sibuk untuk memikirkan soal rumahtangga, manakala semakin ramai wanita memasuki alam pekerjaan dan tidak lagi bergantung kepada lelaki. Atas sebab menjaga adab pula, warga emas Jepun tidak mahu membebankan jiran untuk mengharapkan bantuan dalam kes-kes kecemasan, menyebabkan kurangnya interaksi.

Selain daripada itu, kebanyakkan lelaki Jepun ketika muda menumpukan kerja di syarikat sehiggakan mereka tidak pandai buat kerja rumah seperti memasak, membersihkan rumah dan lain-lain. Bila mereka hidup seorang diri, tiada lagi orang yang menjaga makan dan minum mereka, mereka tiada tempat bergantung sekiranya menghadapi masalah.

Lelaki Jepun yang tidak pandai berinteraksi dengan masyarakat juga lebih ramai dari wanita. Jadi lepas mereka telah bersara, mereka kurang melibatkan diri dengan aktiviti masyarakat dan lebih selesa mengasingkan diri di dalam rumah. Jadi bila berlaku kematian , tiada siapa yang sedar.

Sedih bila membayangkan kita hidup menghitung hari kematian, tapi pada masa yang sama tiada tempat untuk mengadu dan teman berberbicara. Cuma mampu berpesan pada jiran ” kalau tingkap rumah aku tidak berbuka esoak, maksudnya aku dah mati” Itu adalah realiti bagi kebanyakkan warga emas di Jepun

 

Published by
Ruziana Zainal