Kluster baru yang menjengkelkan..
Itulah kata-kata sesetengah pegawai perubatan ketika mengendalikan kluster baru dari luar negara. Terbaru, dari laporan Mohd Afiq, dia mengimbau kembali kenagan apabila dia mengendalikan kluster Tabligh.
Katanya kluster tersebut sangat mudah memberikan kerjasama dan seronok melawat kluster tersebut walaupun dengan pakaian PPE. Malah terasa seperti melawat kawan-kawan kerana mesra.
“Sentiasa dengar azan berkumandang dalam wad. Bacaan al-quran hampir setiap masa. Wad kusta lama yang penuh dengan cerita hantu pun rasanya hantu-hantu lari bertempiaran kerana pendinding semula jadi dek kerana akhlak dan zikir mereka. Hampir keseluruhannya sangat merendah diri, sentiasa memberi kerjasama yang terbaik. Tak pernah merungut..
“Itulah Kluster Tabligh. walaupun mungkin saya tak berapa setuju mereka di cop sebagai kluster tabligh dek kerana satu dua peserta yang pentingkan diri sendiri menyebabkan yang lain menjadi mangsa.. tapi disebabkan zikir yang di sebut semua maka nak buat macam mana.” Tulisnya di Facebook.
Namun sejak kluster Tabligh sudah pulang ke rumah, datang pula kluster baru yang dianggap sangat menjenkelkan yang dipanggil kluster TURKEY/OVERSEA semuanya agak berbeza.
Kluster ini dikatakan agak demand dan bila nak hantar ke wad macam wad kusta ataupun institut latihan kerana panas, tidak selesa dan macam-macam lagi.
“Bas kini datang daripada KLIA dan hotel-hotel. Diorang ni acah-acah jadi mangsa penyakit covid. Padahal masa diorang pergi melancong, diorang tanpa segan silu papar gambar diorang melancong malah ada yang siap perli kata corona tiada kat tempat sejuk dsb. Kadang-kadang terasa macam kita ni lebih kepada merawat sifat pentingkan diri mereka daripada merawat covid itu.
“Dan mintak maaf cakap. Kluster ni lebih banyak demand. Bila nak hantar ke wad macam wad kusta ataupun institut latihan, diorang ni demand taknak pergi sebab panaslah, tidak selesa dan macam-macam lagi. Tu tak termasuk yang dok persoal kenapa nak amik darah la, kenapa tak amik swab awal la dan bila kita masuk untuk periksa diorang masing-masing sibuk dengan gajet. Kita ni macam endah tak endah je.” Tulisnya lagi.
Namun begitu, dia memberitahu bukan semua seperti itu seperti individu yang terpaksa ke luar negara kerana belajar.
MASKULIN ada perasan juga beberapa posting yang lebih kurang tentang kluster terbaru ini. Menurut petugas yang mengambil sample untuk Covid-19, dia memberi tahu dia tidak menyangka terpaksa berdepan dengan manusia yang sangat sombong katanya.
“Masa kami ambik sampel jemaah tabligh, rata-ratanya mudah bagi kerjasama. Datang awal kalau diminta datang untuk pensampelan. Jarang yang buat masalah. Jarang yang nak bergaduh dengan petugas.
“Tapi bila ada golongan yang baru turun dari kayangan ni, (yang baru pulang dari luar negara) macam-macam karenah terpaksa dihadapi. Tak nak dikuarantin. Marah-marah. Gelarkan kami dengan gelaran yang tidak manis untuk di dengar, memang sangat kurang ajar!
“Kami tak kisah bekerja keras untuk menyekat penularan Covid-19. Dan bukan kami minta dihampar karpet merah. Tapi betapa kami dihina hanya kerana kami cuba melakukan tugas kami. Sangat menyedihkan.” Tulisnya di Facebook.
Hinggakan ada petugas yang terpaksa berundur tak mampu bersuara. Bimbang timbul kekasaran kerana dimaki begitu.
Walaubagaimanapun dia memberitahu mereka lakukan perkara ini hanya untuk memastikan rakyat Malaysia yang baru sampai dari luar negeri ini selamat dan tidak menyebarkan pada orang lain.
Di page Public Heatlh Malaysia juga ada memuat naik posting rindukan kluster Tabligh, kata mereka
“Rindu mereka.. Feedback Penjawat awam yang diberikan kepada kami. Sepanjang tempoh menjaga mereka, paling tinggi mereka demand makanan adalah budu dan belacan. Itu saja. Mereka sangat sabar dan tertib. Walaupun ramai di antara mereka adalah golongan professional termasuk doktor. Memang down to earth.
Demand di pusat kuarantin berubah selepas seorang demi seorang meninggalkan pusat kuarantin. Semoga front liners diberikan ketabahan menjaga mereka yang baru pulang dari luar negara.
“Bukan kehendak mereka untuk dijangkiti virus ini. Ketika mereka berada pada ujian yang tertinggi, dikeji, dihina, dan ditambah sahabat mereka yang syahid kerana covid19, MAJORITI mereka masih mempunyai sikap bertanggungjawab di dalam aktiviti kawalan COVID-19.
“Kita berterima kasih kepada tabligh yang telah menyaring dan kuarantin di Hospital semata-mata untuk melindungi seluruh rakyat Malaysia. Kami harap anda semua terus tabah dan kuat menghadapi dugaan ini.
“Ya Allah, tinggilah darjat mereka di sisi mu.” Tulisnya di Facebook
Hmmmm… tak tahulah kami nak kata apa, jika benar kluster terbaru bersikap begini, jangan lah mengkiut cita rasa sangat. Ingat yang penting kita kena berhentikan rangkaian Covid-19 ini. Sama-sama kita tangani masalah ini, lupakan apa yang terjadi #kitabantukita.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI