Bukan hanya wanita, lelaki juga suka makan asam jeruk ini. Biasanya kalau ke Pantai Timur mesti mudah untuk anda jumpa dengan asam jeruk dan produk makanan ini.
Dalam pada sedap untuk dimakan, rupanya produk makanan yang terdiri daripada asam jeruk popular ini telah disahkan oleh KKM merbahaya kepada kesihatan.
Jadi selepas ini pastikan anda lebih berhati-hati agar tidak membeli produk makanan yang anda sendiri tidak pasti dengan kandungan bahannya.
Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman ingin mengeluar amaran KKM tentang penjualan produk makanan yang didapati membahaya kesihatan.
Nama produk:
1. ASAM CELAGI SIRA BOTOL mengandungi siklamat (Kelantan)
2. ASAM MANGGA SIRA BOTOL mengandungi siklamat (Kelantan)
3. NATURAL DRIED SEAWEED mengandungi Kadmium (Perak)
Rujuk Gambar dan maklumat produk disertakan
Produk ini telah diambil sampel dan analisa makmal mendapati mengandungi *siklamat* sejenis pemanis tanpa zat dan *Kadmium* yg boleh beri kesan kepada kesihatan
Siasatan pihak KKM mendapati maklumat pengeluar produk ini adalah PALSU. Orang awam yang mengesan produk ini dijual di pasaran dipohon tidak membeli dan perlu memaklumkan kepada Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman di talian 09-8504243 bagi tujuan rampasan dan pelupusan.
Mana-mana orang yang menjual atau mengedar produk ini adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 13(B)(2) Akta Makanan 1983.. Sabit kesalahan boleh di denda RM 20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
Harap maklum. Terima kasih.
Sumber: PQ Community