KJ Buat OOTD Terbaru Sempena Hari Sindrom Down Sedunia, ‘Cool’ Juga Lelaki Pakai Sarung Kaki Macam Ni

Share

Penampilan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pasti menjadi tumpuan tapi kali ini  agak ‘lain macam’ sikit, dan menarik perhatian pengikut Instagramnya dan juga netizen.  Mana tidaknya, Khairy yang lebih mesra dipanggil KJ mengenakan sarung kaki berwarna kuning pada kaki kanan dan berbelang biru, hitam serta hitam coklat untuk sebelah lagi.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar boleh dikatakan satu-satunya menteri yang berjiwa muda dan sentiasa tampil stylo dan bergaya ke mana sahaja dia melangkah. Diberi jolokan ‘abah’ dan ‘tall, dark and handsome’, apa juga yang tindak-tanduk Ahli Parlimen Rembau ini sentiasa mendapat perhatian netizen.

Semalam Khairy atau KJ memuat naik satu foto menunjukkan dia memakai stokin yang tidak sepadan. Dah kenapa pula tu, OOTD baru ke YB?

“Saya suka stokin terang, tetapi hari ini ia tidak sepadan. Adakah angkara saya tergesa-gesa untuk menghadiri mesyuarat Kabinet sehingga tidak dapat cari sepasang yang sepadan?

“Adakah ini OOTD (Outfit Of The Day) terbaharu?” katanya menerusi catatan di laman Instragram miliknya.

Menjelaskan berhubung penampilan stokinnya, KJ memaklumkan kepada 854,000 pengikutnya, bahawa ada sebab beliau memilih untuk berpenampilan sebegitu.

“Ia sempena meraikan Hari Sindrom Down Sedunia yang disambut 21 Mac pada setiap tahun,” katanya.

Kongsinya, ia antara lain peringatan kepada masyarakat bahawa manusia dan segelintir perkara mungkin tampak berbeza, namun masih indah serta mengagumkan menerusi kaca mata seperti sedia ada.

 

Dedikasi Buat Anak Saudaranya, Aisha

Ia juga satu penghormatan untuk ibu Aisha, Kak Hana. Dia membesarkan Aisha sebagai ibu tunggal. Saya masih ingat bila bertanyakan Kak Hana sekiranya dia mempunyai kuasa mengubah apa saja, adakah dia mahu mengubah Aisha supaya tidak memiliki Sindrom Down?

 

 ‘Mana mungkin saya akan ubah apa-apa. Jika saya buat, dia bukan lagi Aisha yang saya sayang sekarang.

Dalam pada itu, bersempena hari yang istimewa itu KJ turut mendidikasikan penampilan itu buat anak saudaranya, Aisha.

“Aisha mempunyai Sindrom Down, tetapi ia tidak pernah dijadikan sebagai rintangan untuk dia mengejar impiannya.Dia bijak, cantik, kelakar, aktif dan sentiasa menampilkan diri sebagai jurucakap yang mempunyai keberanian ketika menyampaikan ucaptama mengenai perjuangan ke arah sistem pendidikan menyeluruh, dengan mengetepikan perbezaan antara kanak-kanak biasa serta istimewa,” katanya.

Published by
Ruziana Zainal