Teknologi semakin lama semakin maju. Jika dahulu kita kena keluar dari rumah untuk membeli barang. Kini tidak lagi, orang kata sekarang ini nak beli barang basah pun sudah boleh dibeli secara atas talian.

Sekarang ini, tidak pelik kalau beli ikan segar atau ayam segar dari atas talian, anda hanya perlu order sahaja. Bila sampai tengok-tengok sudah siap disiang dan tinggal masak.
Namun, perniagaan atas talian ada juga keburukannya. Ia termasuklah barang yang kita pesan tidak sampai sepertimana yang kita order. Contohnya order Ikan Siakap, yang sampai ikan keli. Lebih kurang begitu ataupun dalam gambar cantik, bila sampai di rumah, barang tersebut dalam keadaan rosak dan pelbagai lagi isu.

Lantaran itu, seorang Peguam iaitu Nor Zabetha telah membuat perkongsia bagaimana caranya untuk tuntut kembali hak anda sebagai pengguna.

Ikuti langkah-langkahnya di bawah ini:

BACA: Jangan Simpan 10 Barang Atau Peranti Yang Boleh Rosak Ini Dalam Kereta, Salah Satunya Minyak Wangi

Pengalaman terima barangan rosak secara pembelian online. Cara-cara untuk selesaikan

Jumaat lepas saya ada terima bungkusan dari Lazada untuk pembelian Smart TV Samsung 49 inci, harga termasuk dengan penghantaran adalah RM1,607.00.

Kalau barangan bersaiz besar begini, saya memang yakin dengan Lazada sebab sebelum ini sudah pernah beli TV bersaiz besar untuk rumah saya, rumah emak saya dan untuk kegunaan pejabat. Tidak pernah ada isu dan penghantaran cepat dan selamat dengan harga yang berpatutan. Memang puas hati.

Tiba-tiba kali ini saya terima TV tersebut sudah pecah dibahagian kiri. Pecah, retak dibelakang TV dan skrinnya juga sudah retak. Jadi sebagai pengguna, saya akan mendapatkan hak saya semula. Saya kongsikan cara-caranya.

Langkah 1

‘Kita Ni Pengguna, Jangan Berdiam Diri’, Peguam Ini Kongsi Cara Claim Ganti Rugi

IKLAN

Masuk aplikasi Lazada anda dan lihat dibahagian akaun anda. Pergi ke bahagian senarai pesanan barang ‘View all Orders’.

Langkah 2

‘Kita Ni Pengguna, Jangan Berdiam Diri’, Peguam Ini Kongsi Cara Claim Ganti Rugi

Pergi ke barangan yang dipesan tetapi rosak dan tekan ‘return’. Nyatakan komen dan masukkan gambar sokongan sebagai bukti. Kemudian hantar dan tunggu jawapan dari penjual atau pekedai yang menjualkan barangan dari Lazada.

Pada peringkat ini penjual yang akan memberi maklum balas. Penjual akan memutuskan sama ada akan pulangkan atau tidak atas alasan.

Memandangkan aduan dibuat hari Sabtu, jadi masa menunggu saya 5 hari. Sama ada akan dipulangkan atau tidak. Saya pun tunggu. Sehinggalah semalam, saya mendapat jawapan yang penjual ENGGAN untuk menerima semula barangan yang rosak ini atas alasan kesilapan dari syarikat penghantar dan bukan penjual.

Langkah 3

‘Kita Ni Pengguna, Jangan Berdiam Diri’, Peguam Ini Kongsi Cara Claim Ganti Rugi

IKLAN

Selepas terima maklum balas teesebut. Lihat dibahagian yang ditulis ‘Request Rejected’. Tekan perkataan tersebut.

Langkah 4

‘Kita Ni Pengguna, Jangan Berdiam Diri’, Peguam Ini Kongsi Cara Claim Ganti Rugi

Anda akan lihat ‘view decline reason’ dan ‘dispute’. Tekan dahulu view decline reason, lihat jawapan mereka. Sama ada munasabah atau tidak. Bagi kes saya, pihak penjual menyalahkan syarikat penghantar.

Langkah 5

‘Kita Ni Pengguna, Jangan Berdiam Diri’, Peguam Ini Kongsi Cara Claim Ganti Rugi

Tekan perkataan dispute (pertikaian) dan pilih sebab-sebab pertikaian dalam senarai pilihan. Kemudian sekali lagi nyatakan komen dan gambar sokongan sebagai bukti. Kemudian hantar dan tunggu jawapan dari Customer Service Lazada.

Dalam proses ini kita perlu tunggu. Sama ada mereka akan benarkan untuk kita memulangkan barangan dan mereka membayar semula wang kita.

IKLAN

Jadi sebagai langkah persediaan awal, andai kata mereka enggan menerima barang tersebut dan memulangkan barangan kita. Saya telah bersedia dengan langkah-langkah seperti berikut:

1. Mendapatkan nama penuh syarikat bagi Lazada, alamat dan nombor syarikat.

2. Mendapatkan nama penuh syarikat penjual, alamat dan syarikat.

Butiran 1 dan 2 ini perlu untuk saya teruskan kepada nombor 3.

3. Merangka saman bagi tuntutan kecil di mahkamah bagi menuntut semula nilai kerugian. Sebenarnya boleh juga adukan kepada tribubal pengguna tetapi memandangkan saya selalu ke mahkamah, saya akan memfailkan di mahkamah. Lebih mudah untuk saya.

BACA: Selepas 16 Tahun, Digivice Jadi Barang Klasik & Harganya Kini Sangat Luar Biasa

4. Menuntut sehingga saya berjaya mendapat hak saya.

Kita ini pengguna. Jangan kita berdiam diri tidak kiralah sama barangan bernilai puluhan ringgit atau ribuan ringgit, sekurang-kurangnya kita lawan. Kuasa pengguna. Zaman ini, zaman pengguna, hak kita akan didengar. Tidak macam dulu, kalau mengadu pun tiada siapa ambil tahu.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI