Menjadi seorang pereka yang penuh dengan idea dan berinovasi merupakan impian ramai orang. Kisah kejayaan yang dilakukan Jamie Siminoff, pengasas dan pencipta jenama loecng pintu pintar popular, ‘Ring’ merupakan inspirasi hebat untuk semua.
Sebelum mencapai kejayaan, Jamie merupakan seorang pereka atau inovator yang kerap menghabiskan masa di garajnya untuk menguji konsep-konsep baharu.
Ramai pencipta telah berjaya menjadi kaya dengan inovasi mereka dan nasib baik, Siminoff adalah salah seorang daripada mereka.
Idea asalnya kisah Jamie mencipta loceng pintu pinatr bermula selepas dia kecewa kerap kali terlepas kunjungan penting kerana tidak mendengar loceng pintu berbunyi. Maka dari situlah bermulanya kisah dia mula mencipta loceng pintu Ring, inovasi yang kini menjadikanya seorang jutawan kaya raya.
Masalah dengan loceng pintu bagi Siminoff adalah dia tidak selalu mendengarnya dan tidak selalu ingin memeriksa siapa yang telah membunyikannya. Oleh sebab itu, dia membangunkan versi awal loceng pintu pintarnya, Ring.
Ring kini merupakan sebuah syarikat yang mengkhususkan dalam loceng pintu pintar yang dilengkapi dengan kamera HD, pengesan gerakan, mikrofon dan pembesar suara untuk komunikasi dua hala.
Pada tahun 2013, ciptaannya merupakan adalah antara yang paling awal dan pertama seumpamanya di pasaran.
Konsep Ring adalah mudah, apabila loceng pintu ditekan, isyarat dihantar melalui WiFi rumah ke pelayan awan Ring dan kembali ke telefon pengguna.
Selepas pemasangan, loceng pintu Ring menyambung ke rangkaian WiFi rumah dan menghantar video serta data lain ke aplikasi Ring pada telefon pintar pengguna.
Lebih menarik, pemilik rumah boleh mengakses maklumat ini dari mana-mana lokasi dengan bantuan internet.
Selepas isterinya mengadu bahawa dia tidak dapat mendengar loceng pintu, dia memutuskan untuk mencipta loceng pintu yang boleh dihubungkan ke telefon bimbit.
Dengan galakan isterinya, Erin, yang bekerja dalam pembangunan filem untuk 20th Century Fox. Dia mengosongkan akaun simpanannya untuk memesan batch pertama 5,000 loceng pintu dari sebuah kilang di Taiwan, walaupun dia bimbang pengguna akan melihat produknya sebagai mainan bernilai USD200 (RM926).
Kisah ini menjadi lebih menarik. Pada satu hari sekitar Mei 2013, seorang kenalannya yang juga seorang usahawan mencadangkan agar dia memohon untuk Shark Tank, program TV berkisar usahawan mencari pemodal besar. Selepas itu, Jamie berjaya untuk melakukan kemunculan di program ‘Shark Tank’.
Walau bagaimanapun nasibnya agak kurang baik apabila semua “sharks” menolak apabila dia mencadangkan pelaburan USD700,000 (RM3.24 juta) untuk 10% ekuiti.
Sebulan selepas muncul di Shark Tank, hasil jualannya mencatatkan peningkatan hampir USD1 juta (RM4.63 juta). Namun, kualiti video dan audio yang buruk serta sambungan WiFi yang tidak stabil menyebabkan usaha pemasaran dan jualan DoorBot tidak mencapai sasaran.
Siminoff menghabiskan sembilan bulan berikutnya melawat 50 pelanggan di rumah mereka dan menjawab setiap e-mel yang dihantar ke perniagaannya.
Dia memastikan untuk mengagumkan prospek dan pelanggan, malah alamat e-melnya masih dicetak pada setiap kotak produk. Sehingga sekitar enam bulan lalu, dia melawat sekurang-kurangnya sekali setiap bulan untuk membantu pelanggan menyelesaikan masalah seperti sambungan WiFi lemah.
Bagi mereka dapat bekerjasama dalam reka bentuk semula dan mengeluarkan kredit untuk membiayai 30,000 peranti pertama pada harga RM463 ($100) setiap satu, Siminoff menghubungi Foxconn, gergasi China yang mengeluarkan iPhone, pada bulan Mac 2014.
Dalam masa yang sama, dia perlu bergerak pantas untuk mendapatkan pembiayaan. Pelabur Upfront Ventures, Hamet Watt, mencadangkan nama baru, “Ring,” yang merujuk kepada loceng pintu dan juga penghalang pelindung di sekitar rumah.
BACA: Dibuli Ketika Sekolah, Adli Goldenboy Kunci Mulut Pembuli Dengan Kemenangan Tinju
Kejayaan penggunaan produknya telah membuka mata banyak pihak. Malah ‘Ring’ berjaya mendapatkan serta menghalang penceroboh rumah dengan bantuan LAPD.
Pada tahun 2016, Wilshire Park, sebuah kawasan kelas menengah di Los Angeles dengan kadar kecurian rumah yang tinggi, bekerjasama dengan LAPD untuk mengedarkan 40 loceng pintu kepada penduduk kawasan tersebut.
Walaupun hanya 10% daripada rumah dilindungi oleh peranti ini, LAPD melaporkan penurunan 55% dalam kecurian rumah dalam tempoh enam bulan, berkat kehadiran peranti Ring.
Amazon kemudian membeli Ring dengan harga USD1 billion (RM4.63 bilion) pada tahun 2018. Selepas perjanjian dengan Amazon, Ring memindahkan operasinya di Los Angeles ke kemudahan baharu.
Di Santa Monica, California, 250 daripada 2,000 pekerja syarikat ditempatkan di empat bangunan konkrit satu tingkat yang bersebelahan, termasuk sebuah gudang yang telah diubah suai dan bekas galeri seni. Kekurangan ruang meja menyebabkan Siminoff terpaksa berkongsi pejabat dengan seorang pembantu dan meletakkan komputernya di atas kabinet fail.
Menurut laporan oleh Strategy Analytics, pada tahun 2021, Ring menjual lebih dari 1.7 juta loceng pintu pintar, menjadikannya peneraju pasaran dalam industri loceng pintu video.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: Inc, Money Control & The Richest