Dalam kedaan kita bergembira di hari raya, pasti anda terbabas makan makanan yaang penuh dengan kalori kan? Sedap sangat biskut raya dan segala kerepek. Tambah lagi sambil anda menonton filem atau drama yang disajikan untuk anda di kaca tv, mesti seronok kan?
Anda pasti ingat jumlah kalori harian yang perlu anda ambil bukan? Untuk hidangan kuih raya, makanan ini mengandungi tepung, gula dan butter yang sangat banyak. Dan semua barang makanan itu terdiri daripada lemak! Jadi, sebelum anda tersasar jauh, kami nak listkan kalori kuih raya untuk anda makan pada hari raya yang mulia ini.
Jadi berapa kalori biskut biskut dan kuih raya ni?
Tart nenas/ strawberi/ epal = 70 kkal
Almond London = 110 kkal
Biskut cornflakes = 80 kkal
Biskut Arab/ makmur = 50 kkal
Biskut suji = 40 kkal
Kuih Semperit = 40 kkal
Bahulu = 60 kkal
Dodol = 70 kkal
Kek buah = 130 kkal
Kek lapis Sarawak = 160 kkal
Muruku = 120 kkal
Kerepek pisang = 40 kkal
Rempeyek = 70 kkal
Ingat: Kalori di sini berdasarkan 1biji/1potong/1keping dan ini hanyalah sebagai panduan. Jumlah kalori sebenar bergantung kepada saiz dan cara penyediaan biskut.
Kesemua yang tersenarai ini ialah sebahagian daripada biskut kuih raya yang popular pada hari raya. Bila anda sudah tahu jumlah kalori yang terkandung dalam biskut raya kegemaran anda, mungkin lebih mudah anda merancang diet hari raya anda, bukan? Janganlah tak merasa langsung, kempunan pula nanti.
Makanlah secara berhemah, dua tiga biskut raya mungkin sudah mencukupi, kalau kenyang dengan biskut kuih raya sahaja, makanan lain mungkin tiada tempat dalam perut.
Selamat Hari Raya!
Sumber: kevinzahri.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Perut Berlipat Tanda Ada Kolesterol Jahat
KOLESTEROL JAHAT VS. KOLESTEROL BAIK
Kolesterol LDL adalah kolesterol ‘jahat’. Apabila ia terlalu banyak berkitar dalam darah, ia boleh menyumbat arteri, meningkatkan risiko anda untuk serangan jantung dan strok. Kolesterol LDL dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh, tetapi ramai orang mewarisi gen yang menyebabkan mereka menghasilkannya terlalu banyak. Memakan lemak tepu, lemak trans dan kolesterol makanan juga meningkatkan jumlahnya yang ada pada anda.
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.
BAGAIMANA KOLESTEROL BERFUNGSI?
- Lemak Dihantar ke Organ Hati
Selepas makan lemak, lemak ini dihantar ke perut, dicerna, dan diserap sepanjang usus kecil dan dihantar ke hati untuk diproses dan diangkut ke seluruh badan. - Hati Memasukkan Lemak Ke Dalam VLDLs
VLDLs berjalan sepanjang salur darah (kerja, kerja!)untuk membuat penghantaran lemak. Apabila banyak lemak dihantar sepanjang perjalanan, VLDLs menjadi LDLs (beg saya dah kosong! happy merayau), tetapi LDLs ini terus berjalan dalam salur darah. - Sebahagian LDLs Terperangkap
Sebahagian LDLs yang terus berjalan tadi boleh terperangkap pada dinding salur darah seperti sampah-sarap yang terperangkap sepanjang salur longkang, maka ini akan menyebabkan salur darah menjadi kecil dan sempit. - HDLs Menyelamatkan LDLs
HDLs menjadi penyelamat kepada LDLs, menolong membawa balik LDLs yang terperangkap ke hati. Di hati, LDLs ini samada dikitar semula ataupun dileraikan dan dibuang melalui sistem perkumuhan badan. - Jika Anda Makan Banyak Lemak
Hati akan membuat banyak VLDLs untuk membawa lemak. Jadi lebih banyak LDLs akan wujud dan terperangkap sepanjang salur darah dan tentunya HDLs yang ada tidak mencukupi untuk menjadi penyelamat kepada kesemua LDLs yang ada. Salur darah akan tersumbat dan jika ini berlaku pada salur darah di jantung, serangan sakit jantung akan berlaku.
TAHAP KOLESTEROL ADALAH APA YANG ANDA AMALKAN
Jika anda sendiri mengamalkan gaya hidup tidak sihat, kolesterol anda mungkin sudah berada pada tahap tinggi, atau mungkin akan naik lagi, seterusnya memberi risiko terhadap tahap kesihatan anda. Lihat adakah yang dibawah ini apa yang anda gemari? Lebih banyak persamaan, lebih tinggi risiko anda terhadap penyakit berkaitan kolesterol.
- Makanan Yang Anda Beli
- beli banyak makanan proses dan makanan segera
- beli banyak makanan lemak tepu seperti susu lembu dan keju
- beli banyak daging merah, kepak ayam dan lain-lain daging berlemak.
- Apa Yang Anda Makan
- makan banyak makanan goreng
- suka makanan berkrim dan dicurah sos
- makan pencuci mulut yang tinggi lemak dan bercoklat
- Cara Hidup Anda
- telah berhenti dari usaha mengurangkan berat badan
- tidak bersenam secara berkala
- suka merokok
INI 8 CARA UNTUK KAWAL TAHAL KOLESTEROL DALAM BADAN ANDA
- Lebihkan buah dan sayuran
Penuhkan pinggan anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti 5 hingga ke 9 ‘potion’ sehari untuk membantu mengatasi kolesterol jahat. Antioksidan dalam pemakanan tersebut boleh membantu menurunkan paras kolesterol. Secara tak langsung, kita boleh mengurangkan pengambilan makanan berlemak. Pengambilan lecithin juga boleh membantu mengelakkan pemendapan dan memudahkan penyingkiran lemak badan. Banyakkan juga pengambilan makan yang diperkaya dengan sterol iaitu molekul organik yang terkandung dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang penyerapan kolesterol ke dalam darah.
- Diet makanan omega 3
Pola pemakanan yang sihat bagi jantung mestilah mengandungi menu ikan dalam kekerapan dua kali seminggu. Ikan kaya dengan Omega 3 yang membantu menurunkan paras ‘trigylcerides’ iaitu sejenis lemak dalam darah. Omega 3 juga membantu memperlambatkan pertumbuhan plak di arteri. Pilihan ikan seperti salmon, tuna, trout dan lain-lain adalah yang terbaik kerana mengandungi kadar Omega 3 yang tinggi.
- Mengubah menu makanan
Sebaik-baiknya kurangkan pengambilan daging merah, lemak haiwan dan produk tenusu. Kurangkan juga pengambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti hati dan sesetengah makanan laut di samping gula dan karbohidrat ringkas yang lain.
Ubahlah dengan menggantikannya kepada semangkuk oat kerana ia memiliki serat dan karbohidrat kompleks yang boleh bertahan sepanjang hari. Anda akan merasa kenyang lebih lama sehingga kurang makan pada waktu lain. Gandum yang terkandung dalam bijirin oat juga dapat membantu mengurangkan kolesterol jahat dan sekaligus merupakan antara menu sihat yang penting dalam usaha anda untuk menurunkan paras kolesterol dengan cepat. Anda amat disarankan untuk mengambil bijirin oat untuk sarapan pagi kerana ianya memberikan kesan kekenyangan yang lebih lama.
- Elak lemak tepu
Kita semua memerlukan sedikit lemak dalam gizi pemakanan kita sekitar 25 ke 35 peratus dari kalori sehari. Jenis lemak yang dimaksudkan adalah lemak tak tepu seperti yang terkandung dalam minyak zaitun atau minyak safflower. Lemak ini membantu menurunkan paras kolesterol LDL jahat dan dapat meningkatkan paras kolestrol ‘baik’. Namun, elakkan pengambilan lemak tepu secara berlebihan seperti mentega dan minyak kelapa sawit kerana ianya menyumbang kepada peningkatan kolesterol ‘jahat’.
- Lebihkan makanan fiber
Kita memerlukan karbohidrat untuk menjana tenaga. Makanan berserat seperti kekacang, beras perang, gandum dan lain-lain membantu menurunkan paras kolestrol kerana mengandungi lebih serat dan kurang meningkatkan kandungan gula dalam darah berbanding dengan karbohidrat dari roti putih, beras putih dan kentang yang meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat dan menyebabkan anda akan cepat lapar dan berisiko untuk makan secara berlebihan dan sembarangan.
- Ubah gaya masakan
Turunkan berat badan bukan hanya melalui pemilihan bahan makanan berserat tinggi yang kurang kolesterol, namun pastikan juga kaedah memasak yang diamalkan setiap hari juga berupa rendah kolesterol. Jika sebelum ini corak penyediaan makanan anda lebih banyak menggunakan sumber-sumber berminyak atau lemak tidak tepu, ubah kepada yang lebih menyihatkan seperti mengurangkan penggunaan minyak dan seumpamanya.
- Tingkatkan senaman
Aktiviti fizikal seperti olahraga dan senaman sangat baik untuk kesihatan tubuh. Ia bukan sahaja membantu badan anda membakar kolesterol dengan senaman aerobik berjadual, malahan juga membantu anda mengurangkan risiko sakit jantung dan rasa keinginan atau ketagihan untuk merokok. Senaman secara berterusan membantu meningkatkan kolesterol HDL (High Density Lipoprotein), seterusnya menurunkan kolesterol total. Elakkan pengambilan alkohol secara berlebihan kerana ia menyumbang kepada penurunan paras kolesterol HDL yang meningkatkan risiko penyakit jantung.
- Kawal makan di luar
Seelok-eloknya kita banyak meluangkan masa untuk makan di rumah kerana ianya dalam kawalan kita dan mudah untuk menjaga kadar pengambilan kolestrol. Namun, jika anda terpaksa menjamu selera di luar ianya adalah di luar kawalan kerana bukan anda yang menyediakan makanan tersebut. Namun, ia bukanlah satu alasan untuk merosakkan diet sihat anda. Ada beberapa strategi yang boleh diamalkan ketika mengambil makanan di luar:
- Pilih makanan yang dipanggang, dikukus dan dibakar. Elakkan makanan yang digoreng.
- Ambil sos dalam kuantiti yang sedikit dan asingkan di tepi pinggan. Tak perlu dihabiskan.
- Belajar mengawal potion makanan anda dan biasakan untuk meminta separuh makanan dibungkus untuk dibawa pulang.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Penyakit Paling Di Takuti Lelaki, Kenali Dengan Mudah Simptom Serangan Jantung, 30 Hari Sebelum Ia Berlaku
Isi Kandungan
TogglePenyakit yang paling ditakuti lelaki. Sakit jantung boleh menyerang secara tiba-tiba ataupun melalui gejala awal yang dapat dikesan. Ia terjadi akibat pembuluh arteri dalam jantung yang menjadi semakin sempit akibat plak yang terbentuk daripada kolestrol. Dinding arteri yang semakin menyempit ini menyebabkan darah mengalir dalam kuantiti yang tidak mencukupi hingga menyebabkan serangan jantung berlaku.
Buat lelaki, apa yang penting ialah mengenali simptom-simptom serangan jantung yang mungkin berlaku kepada anda. Difahamkan, tanda-tanda ini boleh muncul sebulan sebelum serangan berlaku.
1. Kepenatan Melampau
Pembuluh arteri menjadi sempit dan mengakibatkan darah yang dipam ke jantung anda berkurangan. Ini menyebabkan jantung anda terpaksa bekerja lebih kuat daripada biasa seterusnya mengakitkan anda jadi letihd an lesu tanpa sebab. berhati-hati jika anda berasa letih melampau walaupun tak buat kerja apa-apa atau pergi bersenam.
2. Nafas Pendek
Hari demi hari anda berasakan nafas anda semakin pendek ataupun sukar bernafas, jaga-jaga kerana anda mungkin akan mengalamai serangan jantung. Apabila kurang darah dapat dipam ke jantung, ia mengakibatkan kurangnya oksigen dapat dibawa ke bahagian paru-paru yang menjadi punca nafas pendek. Simptom ini merupakan antara anda bakal mendapat serangan jantung.
3. Pening-pening & Peluh Sejuk
Antara sipmton serangan jantung lain ialah rasa pening dan pengaliran peluh sejuk yang luar biasa. Pengepaman darah yang tidak lancar ke jantung juga mengakibatkan sekatan terhadap aliran darah kepada bahagian otak yang mengakibatkan anda rasa pening-terutamanya ketika bangun serta merta dari karusi atau katil.
4. Tak Selesa Pada Bahagian Dada
Kandungan oksigen yang tidak mencukupi pada otot-otot jantung boleh menyebabkan rasa tidak selesa pada bahagian dada anda. Rasa tidak selesa boleh berubah menjadi sakit sehingga sakit jantung sebenar dirasai.
Apa yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Terlambat?
Jika anda pernah merasai simptom-simptom ini dan dalam masa yang sama keluarga anda mempunyai sejarah sakit jantung, segera merujuk kepada doktor. Rujuk juga rajah di atas yang menunjukkan diagram rasa sakit/tidak selesa pada bahagian tubuh yang berpotensi kepada serangan jantung. Simptom-simptom ini mungkin nampak simple dan tidak begitu menyakitkan, tetapi ia mungkin berubah menjadi serangan jantung yang paling ditakuti lelaki!
Sumber: LifeHealth&Beauty
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Gemuk, Badan Berlemak Mungkin Diwarisi
Pengambilan makanan yang tidak seimbang terutama melebihkan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu biasanya akan meningkatkan kadar kolesterol. Selain kurang bersenam, berat badan berlebihan dengan lemak yang tertumpu di bahagian perut dan pinggang meningkatkan kadar trigliserida dan menurunkan kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol baik.
Namun, segelintir orang memiliki kadar kolesterol yang tinggi walaupun mengamalkan gaya hidup yang sihat dan diet yang seimbang. Ini disebabkan faktor keturunan yang mempengaruhi masalah kolesterol tinggi.
Sekiranya ada ibu atau bapa yang mempunyai kadar kolesterol tinggi, maka besar kemungkinan anak mewarisi masalah itu. Hiperlipidemia adalah terma merujuk kepada gangguan genetik yang mengakibatkan aras lipid (lemak, kolesterol dan trigliserida) yang tinggi dalam darah. Semua lipid ini boleh menembusi dinding arteri dan meningkatkan risiko pembentukan aterosklerosis atau arteri mengeras yang menyumbang kepada serangan jantung dan strok.
Risiko arteri mengeras ini lebih tinggi jika seseorang itu kuat merokok, menghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan kegagalan buah pinggang. Dianggarkan lebih tiga juta orang menghidap gangguan genetik ini di Amerika Syarikat dan Eropah. Malah, penyakit ini sangat biasa dalam kalangan penduduk di negara maju diikuti mereka yang mengamalkan pemakanan Barat dengan kandungan lemak yang tinggi.
5 FAKTOR RISIKO PENYAKIT KARDIOVASULAR BERPOTENSI MEMBAWA MAUT
1.Berlebihan berat badan atau obesiti
Risiko kegagalan jantung ialah 34 peratus lebih tinggi bagi individu lebih berat badan dan 104 peratus lebih tinggi bagi mereka yang obes. Mereka yang lebih berat badan atau obes lebih cenderung kepada risiko penyakit kardiovaskular yang lain seperti paras kolesterol dan trigliserida darah yang tinggi, tekanan darah tinggi serta diabetes.
2.Tekanan darah tinggi
Tekanan darah tinggi meningkatkan beban ke atas jantung dan salur darah. Lama-kelamaan tekanan darah tinggi akan merosakkan dinding arteri. Plak mula terbentuk di kawasan yang rosak, arteri menjadi semakin sempit, tekanan darah semakin meningkat dan apabila plak pecah, darah beku terbentuk serta menghalang aliran darah.
3.Paras kolesterol darah tinggi
LDL (lipid ketumpatan rendah) atau kolesterol ‘jahat’ ialah sumber utama plak yang menyumbat arteri. HDL (lipid ketumpatan tinggi), sebaliknya membantu mencegah penyakit kardiovaskular dan faktor risiko berkaitan. Tabiat makan yang tidak sihat, lebih berat badan atau obes dan gaya hidup tidak aktif ialah faktor utama menyumbang kepada paras kolesterol tinggi. Makan terlalu banyak makanan yang mengandungi kolesterol atau lemak tepu adalah tidak baik. Semua jenis makanan jika diambil berlebihan tidak baik; diet yang sihat untuk jantung (dan tubuh) perlu seimbang dan kaya dengan pelbagai khasiat.
4.Paras glukosa darah yang tinggi
Orang dewasa yang menghidap diabetes mempunyai risiko dua hingga empat kali lebih tinggi terhadap kematian berpunca daripada penyakit jantung berbanding mereka yang tidak mengalami diabetes. Paras glukosa rendah dan paras glukosa sewaktu berpuasa yang terganggu meningkatkan risiko strok dan penyakit kardiovaskular.
Di samping itu, kerintangan insulin berkait rapat dengan obesiti dan orang menghidap diabetes sering menghidap tekanan darah tinggi dan merekodkan paras kolesterol yang tidak sihat. Gabungan faktor risiko terbabit meningkatkan keberangkalian penyakit kardiovaskular dalam kalangan penghidap diabetes.
5.Merokok
Merokok, seperti tekanan darah tinggi, juga merosakkan dinding arteri anda yang membawa kepada pembentukan plak. Bahan kimia di dalam setiap batang rokok juga menyebabkan darah
menjadi pekat dan membentuk darah beku di dalam arteri anda serta menjurus kepada penyakit kardiovaskular. Merokok sekotak rokok sehari boleh menggandakan risiko penyakit jantung.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI