Masih ingatkah anda pada pelakon Dazrin Kamarudin yang pernah mewarnai drama-drama televisyen beberapa tahun lalu?
Kini, wajahnya agak jarang muncul di kaca televisyen namun itu tidak bermakna Dazrin Kamarudin sudah tidak berminat lagi dengan dunia lakonan.
Memetikm laporan Sinar Harian, Dazrin yang kini dikenali sebagai Bos Karpet mengakui lebih sibuk menguruskan perniagaan permaidani miliknya, Al Aqsa Carpet, lantas membataskan aktiviti di industri seni
@bosskarpets SATU HARI SATU KARPET‼️ KARPET TRIBAL @Al Aqsa Carpets #alaqsacarpets #bosskarpets #thebestintheworld #premiumquality #awesome #amazing #karpetviral #trending #tiktok #foryou ♬ original sound – Bosskarpets
“Saya tidak pernah bersara, cuma memperlahankan sahaja. Tidak dinafikan banyak tawaran yang datang walaupun saya sudah jarang muncul di kaca televisyen.
“Cuma perniagaan ini ibarat satu perjuangan dan sekiranya ada tawaran yang benar-benar menarik dan bersesuaian, saya sedia untuk mempertimbangkannya,” jelas Dazrin yang kali terakhir berlakon dua tahun lalu bersama produksi Skop Production Sdn Bhd.
Tambah Dazrin, generasi muda juga kebanyakan lebih mengenalinya sebagai ‘bos karpet’ di aplikasi TikTok berbanding kerjaya sebenarnya sebagai pelakon.
Walaupun mengakui perlu bekerja keras menaikkan semula namanya dalam lapangan seni, dia lebih selesa menerima tawaran berlakon daripada kawan-kawan lama.
Dazrin juga menjelaskan yang dia menganggap perniagaan itu sebagai satu ibadah dan cuba membantu ramai orang.
Antara yang dilakukan adalah menukar karpet di masjid dan surau seluruh negara.
“Syarikat saya mementingkan masyarakat, terutamanya masjid dan surau. Mana-mana masjid yang tak cukup dana untuk menggantikan karpet baharu, kami akan tambahkan dana untuk mencukupkan jumlah yang diperlukan selain menawarkan khidmat pemasangan karpet baharu.
Dia yang telah bekerjasama dengan lebih 2,000 masjid di seluruh negara itu memberitahu yang dia lebih selesa tidak menguar-uarkan perkara berkenaan kerana ingin perkara itu hanya di antara dirinya dan Allah SWT sahaja.
Kredit Sumber: Sinar Harian
BACA: Akui Cetek Ilmu Agama, Tyzo Tidak Malu Bertanya Ketika Bersiaran