Kim Woo Bin berkongsi kisah pahit perjuangannya melawan kanser selama tujuh tahun. Aktor kacak dari Korea Selatan yang popular melalui drama “Uncontrollably Fond” ini pernah mendapat berita mengejutkan apabila doktor meramalkan dia hanya mempunyai masa enam bulan sahaja untuk hidup setelah didiagnosis dengan penyakit kanser Nasofaring pada tahun 2017.
Kata Woo Bin, kenyataan itu memberikan tamparan hebat buat dirinya dan merasakan seperti berada dalam sebuah babak drama.
“Saya seorang yang positif dan sentiasa cuba untuk mencari kelebihan diri dalam apa juga keadaan.
“Ia umpama adegan dalam drama apabila doktor tiba-tiba kata saya mungkin hanya ada enam bulan untuk hidup.
“Saya terkejut, takut dan berharap ia hanyalah mimpi. Tapi walaupun takut saya tidak pernah terfikir bagaimana sekiranya saya tidak dapat mengatasi masalah ini. Ia tak langsung terlintas dalam fikiran saya,” katanya.
Dalam pada itu, Woo Bin meluahkan rasa syukur kerana menerima sokongan ramai sebagai kekuatan untuk dia melawan penyakit tersebut.
Pelakon drama Black Night ini turut mengucapkan terima kasih buat semua yang selama ini tidak putus-putus mendoakan agar dia kembali pulih.
“Ramai yang mengenali saya memberikan doa dan sokongan kepada saya. Saya percaya dengan sokongan itu yang memberikan kekuatan buat saya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang selama ini mendoakan untuk kesihatan saya.
Pada 2017, agensi Woo Bin mengesahkan pelakon itu menghidap kanser Nasopharyngeal iaitu sejenis kanser yang berlaku di antara saluran pernafasan dan tekak.
Bagaimanapun, Woo Bin bernasib baik kerana kanser tersebut dikesan pada peringkat awal sebelum ia merebak ke tempat lain dan disahkan bebas kanser pada 2019.
Fakta Mengenai Kanser Nasofaring (Nasopharyngeal)
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.