Satu masalah utama lelaki daripada segi penampilan ialah masalah perut buncit. Jika dulu, lelaki perut buncit ini khas untuk mereka yang sudah berkahwin. Tetapi sekarang, yang
belum berkahwin pun perut sudah ‘maju ke depan.’
Korang tahu tak ada cara yang pantas untuk hilangkan masalah perut buncit? Tapi kena sabar sikit dan lakukan dengan konsisten. Caranya ialah dengan jaga pemakanan!
Makan bukan sebarang makan. Makanan untuk menghilangkan perut buncit secara pantas adalah seperti di bawah ini:
1. Minum Air Lemon Panas Setiap Pagi
Ads
Antara kebaikan air lemon ialah ia membersihkan sistem pencernaan, bantu membakar kalori di perut dan meningkat metabolisma tubuh.
2. Minum Banyak Air putih
Setiap kali teringat nak mengunyah makanan ringan, ingat air putih. Gantikan keinginan dengan meminum air putih. Air putih yang tidak mempunyai kalori sangat baik untuk
Ads
membantu membakar kalori dalam tubuh.
3. Jauhi Atau Kurangkan Makanan Masin
Terlalu banyak garam menyebabkan ia mengikat air dalam tubuh sehingga mengakibatkan berat badan bertambah dan akibatnya-perut buncit. Ini disebabkan lemak-lemak makanan
Ads
masin yang berkumpul pada bahagian perut.
4. Lupakan Susu Atau Produk Berasaskan Susu
Susu memang sihat. Itu memang tidak dinafikan. Namun, fakta yang tidak boleh disangkal ialah susu juga mempunyai banyak lemak. Makanan berasaskan susu seperti keju dan yogourt juga perlu dielak.
Apalagi yang ditunggu? Petua dah bagi. Sekarang, hanya tinggal sejauh mana anda konsisten dalam mengamalkan pemakanan sihat seperti di atas agar tidak lagi diperli rakan-rakan akibat perut yang buncit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ada tak korang terfikir buat apa nak tukar barangan rumah kalau tak rosak lagi,membazir je…Ha tu korang silap besar. Sebabnya barangan rumah juga mempunyai ‘expired’ datenya
Selain barang makanan di rumah, terdapat beberapa barangan lain sebenarya yang mempunyai tarikh luput.
Tetapi memandangkan barang-barang ini bukanlah bersifat perishable, ramai yang menganggap barang-barang ini akan kekal buat selama-lamanya.
Sikap kurang ‘concern’ terhadap tarikh luput pada barangan-barangan ini akan mengundang pelbagai kuman dan bakteria seterusnya akan mengundang penyakit kepada tubuh badan.
1. Bantal
2-3 tahun
Tidak kiralah bantal jenis apa, selalunya selepas beberapa tahun hama habuk akan berkumpul pada bantal tersebut. Jika tidak digantikan, anda boleh berhadapan risiko sakit leher kerana bentuk bantal sudah berubah.
2. Selipar
6 bulan
Sentiasa basuh selipar anda jika nada tidak ingin mengalami jangkitan kulat.
3. Tuala
Folded towels on wooden table and light colorful background
1-3 tahun
Tuala basah merupakan tempat sesuai untuk bakteria membiak.
4. Berus Gigi
3 bulan
Kebiasaanya kita hanya akan menggantikan berus gigi apabila bulunya mula terkeluar. Sebenarnya, jika anda terkena penyakit selsema atau demam, lebih baik anda menukarkannya kepada yang baru sahaja.
5. Hidrogen Peroksida
2 bulan
Dalam masa 2 bulan selepas dibuka cecair ini akan bertukar menjadi air jika dibiarkan terdedah. Jika ditutup, ia tidak patut disimpan melebihi setahun.
6. Berus Rambut
1 tahun
Bersihkan berus rambut sekali seminggu dan gantikannya sekali setahun.
7. Minyak Wangi
1-3 tahun
Jika ia mengandungi minyak pati, ia boleh bertahan selama 3 tahun, manakala selama hanya 2 tahun jika dibiarkan terdedah.
8. Kasut Sukan
1 tahun
Kusyen yang terdapat pada kasut akan berkurangan, dan memakai kasut tersebut menjadi berbahaya pada sendi kaki.
9. Kabel extension
1-2 tahun
Jika digunakan dengan melebihi had, ia akan cepat rosak.
10. Cecair Pembasmi Kuman
3 bulan
Selepas 3 bulan, ia akan kehilangan fungsinya.
11. Cecair Penghalau Nyamuk
2 tahun
Selepas 2 tahun, ia sudah tidak berfungsi lagi.
12. Soket dinding
4-5 tahun
Gantikan dengan yang baru jika ia kepanasan ataupun apabila warnanya mula menghilang.
Sumber : Taikotai
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kumpulan rock terkenal Amerika, Mr. Big akan membuat persembahan dalam jelajah akhir mereka ke seluruh dunia yang dinamakan “The BIG Finish“. Kumpulan yang ditubuhkan pada 1988 ini terkenal dengan lagu-lagu hits “To Be With You“, “Just Take My Heart” dan “Wild World“. Mereka telah memulakan jelajah mereka pada 20 Julai lalu, dengan Jepun sebagai destinasi pertama.
Dibawakan oleh Shiraz Projects, Mr. Big akan tampil beraksi di Kuala Lumpur pada 14 Ogos 2023, sebagai persinggahan terakhir dalam rangkaian Asia “The BIG Finish” mereka.
“Dengan durasi lebih 35 tahun dalam industri muzik dan pelbagai hits, kami teruja untuk membawa Mr. Big yang merupakan kumpulan legenda ke Kuala Lumpur dalam jelajah istimewa ini”, kata Shirazdeen Karim selaku pengarah Shiraz Projects. Kumpulan itu akan membuat persembahan di Zepp KL, sebuah lokasi strategik tengah kotaraya.
Mr. Big terdiri daripada vokalis utama Eric Martin, pemain bass/vokalis Billy Sheehan dan pemain gitar/vokalis Paul Gilbert. Turut menyertai mereka dalam jelajah ini adalah pemain dram, Nick D’VIrgilio, mengantikan pemain dram/vokalis Pat Torpey yang meninggal dunia pada 2018.
Foto: Vokalis utama, Eric Martin.Foto: Pemain bass/vokalis, Billy Sheehan.Foto: Pemain gitar/vokalis, Paul Gilbert.
Termasuk dalam senarai lagu konsert The BIG Finish ini kelak adalah lagu-lagu dari album yang meraih penjualan platinum iaitu album yang dihasilkan pada tahun 1991, Lean Into It.
“Kami akan mempersembahkan album Lean Into It secara keseluruhan, termasuk hit No. 1 kami, “To Be With You”, kata mereka menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook.
Terkenal kerana menggabungkan pelbagai gaya seperti hard rock dan pop, Mr. Big sangat tidak sabar untuk bermain untuk peminat mereka buat kali terakhir.
Tiket telah mula dijual pada 11 Mei 2023 lalu di platform tiket www.myticket.asia dengan harga bermula RM258 hingga RM700. Untuk berita terkini dan kemas kini tentang konsert ini, sila lawati platform media sosial Shiraz Projects.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Kalau belajar sungguh-sungguh, mesti tak kerja di kaki lima sekarang,” demikian antara kata-kata yang pernah dilemparkan pada jejaka ini.
Namun tidak ramai yang mengetahui, jejaka yang sekadar tampil memakai kemeja T dan apron di kaki lima Bandar Teknologi Kajang, Semenyih ini pernah menyarung jaket putih sebagai seorang doktor.
Arjanggi Farizal pernah mengecapi kejayaan di menara gading sehingga bergelar seorang doktor perubatan sebelum memulakan perniagaan Pondok Minang, yang menjual sekitar 50 jenis lauk-pauk masakan Minang.
Terbitnya minat terhadap berniaga ketika alam persekolahan, di mana Arjanggi sering mengikuti ibunya berniaga selepas tamat waktu persekolahan.
“Minat berniaga itu dah memang sebati dengan diri saya,” katanya ketika ditemui Maskulin.
Lebih Tenang Berniaga
Arjanggi dahulunya bertugas sebagai seorang doktor paru-paru namun demi mengejar minatnya terhadap dunia perniagaan, dia memutuskan untuk meninggalkan kerjaya itu.
Ujarnya, agak sukar keputusannya itu untuk diterima oleh keluarganya pada mulanya.
“Pengorbanan orang tua kan, dengan kos yang tinggi nak sekolahkan anak dia. Tapi tiba-tiba anak dia memilih untuk berniaga di tepi jalan.
“Awal-awal itu memang ada penolakan juga, tapi sekarang ini Alhamdulillah semua dah terima dah,” kongsinya.
Foto: Arjanggi ketika masih bertugas sebagai seorang doktor (Ihsan Arjanggi).
Arjanggi tidak menafikan ada perbezaan dari segi pendapatan melalui berniaga berbanding ketika bertugas sebagai doktor dahulu.
Bagaimanapun, Arjanggi lebih gemar dengan keadaan ini kerana ketenangan yang dikecapinya.
“Pada hakikatnya saya lebih tenang macam ini. Mungkin dari segi kewangan memang banyak ujian dia.
“Mana-mana perniagaan memang banyak pahit manis dia. Tapi yang penting kita seronok, hati kita senang,” jelasnya lagi.
Foto: Perniagaan Pondok Minang milik Arjanggi di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih yang menjual pelbagai lauk-pauk masakan Minang.
“Kalau Awak Tak Nak Jadi Lelaki, Biar Saya Jadi Lelaki” – Isteri
Bercerita mengenai titik permulaan perniagaan masakan Minang ini, Arjanggi memberitahu idea ini tercetus daripada isterinya yang menggemari masakan itu.
Isterinya dahulu bertugas sebagai pramugari syarikat penerbangan Emirates selama kira-kira lima tahun, namun berhenti bertugas sementara setelah terselamat dari kejadian kemalangan pesawat EK521 pada 2016.
Foto: Isteri Arjanggi merupakan salah seorang pramugari bertugas di dalam pesawat Emirates EK521 yang terhempas ketika pendaratan cemas di Dubai pada 2016. (Sumber: The Sydney Morning Herald).Foto: Arjanggi bersama isterinya.
“Alhamdulillah, isteri saya selamat daripada kejadian itu. Jadi dia berehat dahulu daripada bertugas dan dia yang beri idea untuk buka perniagaan masakan Padang”.
Walaupun berketurunan Minang, Arjanggi mengakui pada mulanya dia sendiri tidak menguasai cara memasak masakan tersebut.
Oleh itu, dia berusaha untuk mempelajari masakan itu melalui ibunya dan gigih berusaha memastikan perniagaan ini mampu menjadi sumber rezeki terbaik bagi menampung kehidupan isteri dan keluarganya.
“Kalau awak tak nak jadi lelaki, biar saya jadi lelaki,” itulah kata-kata isterinya yang menguatkan semangatnya untuk terus berniaga sehingga kini dan terus berjuang menjadi seorang lelaki sejati.