Khasiat Telur Puyuh Yang Anda Harus Tahu. Bagus Untuk Anda Yang Berdiet

Share

Anda inginkan kelainan apabila menikmati makanan sihat? Makanan sihat seperti salad, buah-buahan kalau diambil hari-hari pun pasti akan bosan kan? Selain daripada anda boleh menikmati mentega kacang untuk pelbagaikan menu sihat anda, apa kata kalau anda ambil telur. Ini kerana telur mempunyai banyak khasiat dimana:

Khasiat Protein

Ini fakta yang semua orang tahu, jika anda bosan mengambil protein seperti daging dan ayam, mungkin anda boleh ambil telur sebagai pelengkap protein anda.  1 biji telur yang besar menyediakan protein sebanyak 6g.

2. Sumber Vitamin B

Menurut vitamin4kesihatan.com, Telur mengandungi khasiat vitamin B2 dan B12. Antara kebaikan vitamin B2 ialah dalammeningkatkan keupayaan metabolisme dan menukarkan sumber makanan yang kita ambil dalam bentuk tenaga. Manakala vitamin B12 pula membantu membina sel DNA dan sel-sel darah merah. Kesemua komponen vitamin B adalah sangat penting menggalakkan sistem saraf yang sihat.

 

4. Sumber Mineral

Selain daripada mengandungi anti-oksidan, telur juga mengandungi khasiat mineral seperti selenium, dan sumber iron yang penting untuk melancarkan perjalanan darah.

Tapi kalau anda ingin kelainan dengan makan jenis telur yang berbeza, apa kata anda cuba makan telur puyuh. Sedap pun sedap! Berbeza dengan telur-telur yang lain yang kadangkala boleh menyebabkan alergi atau mengandungi kolestrol yang boleh menyumbang kepada kesakitan merosot, telur puyuh bertindak sebagai telur yang berbeza dari kawan-kawannya.

Ini kerana telur puyuh bebas dari kolestrol kurang baik atau LDL. Sesuai dengan bentuknya yang kecil molek, ia mengandungi jenis kolestrol yang baik untuk si pengambil.

Lemak yang ada pada telur puyuh sendiri adalah jenis lemak yang baik. jangn terlalu sogok dengan pemikiran bahawa lemak tidak baik untuk badan. Lemak amat diperlukan dalam badan untuk meimbangkan sistem tubuh badan kita. Namun pengambilannya haruslah secara sihat dan menikmati telur puyuh bukan satu masalah kerana ia tergolong dalam lemak yang baik.

 

 

Published by
Maiya Deen