Bunga Raya, atau juga dikenali sebagai Hibiscus telah lama digunakan dalam perubatan tradisional di Malaysia. Bunga Raya terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan rambut, dan berikut adalah beberapa manfaatnya dalam Bahasa Melayu Malaysia.
Merangsang Pertumbuhan Rambut:
Bunga Raya mengandungi nutrien yang dapat merangsang folikel rambut, membantu meningkatkan pertumbuhan rambut. Penggunaan minyak atau ekstrak Bunga Raya dapat membantu menguatkan akar rambut dan mengurangkan masalah keguguran rambut.
Mencegah Rambut Beruban:
Kandungan antioksidan dalam Bunga Raya membantu melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan rambut, termasuk rambut beruban. Penggunaan Bunga Raya dapat membantu mengekalkan keanjalan dan warna semulajadi rambut.
Mengurangkan Masalah Kulit Kepala:
Bunga Raya juga dikenali kerana sifat anti-radangnya. Ini dapat membantu mengurangkan masalah kulit kepala seperti kegatalan, ketombe, dan kulit kepala kering. Ia juga boleh membantu mengawal produksi minyak berlebihan.
Menyuburkan Rambut:
Kandungan nutrien seperti vitamin C, vitamin A, dan asid lemak dalam Bunga Raya menyumbang kepada kesihatan rambut secara menyeluruh. Ini boleh membantu membuat rambut lebih lembut, berkilau, dan mudah diurus.
Mengurangkan Kerosakan Akibat Panas dan Kimia:
Bunga Raya dapat membantu melindungi rambut daripada kerosakan akibat pendedahan kepada haba dan bahan kimia yang terdapat dalam produk penjagaan rambut. Ia boleh membantu mengekalkan struktur rambut dan mencegah kekeringan.
Meningkatkan Kekuatan Rambut:
Nutrien seperti protein dan asid amino dalam Bunga Raya dapat membantu meningkatkan kekuatan rambut, mencegah rambut rapuh dan bercabang.
Ads
Cara Guna Bunga Raya Untuk Pertumbuhan Rambut
Sediakan topeng rambut bunga raya dengan mengisar bunga dan daun bunga raya menjadi halus, atau menggunakan serbuk bunga raya. Campurkan dengan minyak pilihan anda, seperti minyak kelapa atau minyak zaitun, dan sapukan secara merata pada kulit kepala dan rambut anda. Biarkan selama 30 minit sebelum membilasnya dengan syampu lembut.
Topeng berkhasiat ini akan mencergaskan semula rambut anda, menguatkan rambut, rambut bersinar dan kesihatan rambut secara keseluruhan.
Cara menggunakan bunga raya untuk rambut bebas keriting
Rendam bunga raya kering dalam minyak seperti minyak badam atau jojoba. Letakkan bunga kering dalam balang kaca, tutupnya dengan minyak, dan biarkan ia duduk di tempat yang hangat selama beberapa minggu.
Ads
Tapis minyak dan gunakannya sebagai rawatan pra-basuh atau sebagai perapi biarkan. Minyak ini akan melembapkan kulit kepala anda, mengurangkan keriting, dan menambah kilauan yang sihat pada rambut anda.
Cara menggunakan bunga raya untuk kelemumur
Bancuh secawan teh bunga raya dengan air panas dan biarkan ia sejuk. Selepas mencuci rambut mengunakan syampu, gunakan teh sebagai bilasan terakhir dengan menuangkannya ke atas rambut anda.
Asid semulajadi dalam bunga raya membantu mengimbangi pH kulit kepala dan rambut anda, menjadikannya lembut dan terurus. Penggunaan bilasan ini secara berkala boleh mengelakkan kelemumur dan juga merangsang pertumbuhan rambut.
Cara menggunakan bunga raya untuk rambut gugur
Ads
Gabungkan bunga raya dengan aloe vera untuk menghasilkan gel rambut yang berkhasiat. Campurkan bunga raya dan gel aloe vera untuk membentuk pes yang licin.
Sapukan campuran ini pada kulit kepala dan rambut anda, urut perlahan-lahan. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas. Gel ini akan menambah kelembapan, menenangkan kerengsaan kulit kepala, menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan juga mengurangkan keguguran rambut.
Cara menggunakan bunga raya untuk rambut kering
Jika anda mempunyai rambut kering, sediakan semburan air bunga raya dengan merebus kelopak bunga raya dalam air dan tapis. Tuangkan air ke dalam botol semburan dan kabus pada rambut anda apabila ia terasa kering atau memerlukan penyegaran segera.
Semoga bermanfaat!
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan Instagram MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mungkin perkara ini telah berulang kali anda dengar.
Kebersihan diri dan penjagaan rapi segenap sudut pada bahagian tubuh badam merupakan aspek sangat penting untuk anda tampil sebagai lelaki yang bukan sahaja kemas tetapi kacak. Dan bersih itu bukan merujuk kepada jenis potongan rambut atau apa jua jenis fesyen pakaian anda pergakan.
Bersih itu terletak kepada penjagaan diri yang baik dan sentiasa tampil dengan bau yang segar, wangi serta senantg untuk didekati terutamanya oleh kaum wanita. Bagi mereka lelaki yang menarik adalah lelaki yang sangat mementingkan faktor-faktor seperti MASKULIN nyatakan di atas.
Perkara yang MASKULIN nyatakan di bawah ini adalah penjagaan ‘basic’ yang telah disepakati oleh wanita bahawa setiap lelaki harus menjaganya dengan baik. Jadi apakah bentuk penjagaan diri yang anda harus lakukan untuk sentiasa tampil segak dan seksi di mata wanita?
Ikutinya di bawah!
TRIM BULU HIDUNG, TELINGA & KENING
Tahukah anda bahawa wanita memandang anda bukan sekadar singgah di matanya sahaja? Si dia akan perasan terutama mengenai bulu-bulu yang tidak sepatutnya muncul pada wajah anda.
Mereka lebih rela untuk berbual bersama lelaki yang mulutnya berbau dari mereka yang bulunya tumbuh di merata tempat. Anda harus memperbaiki penampilan anda dan uruskan bulu-bulu di hidung atau telinga anda agar tidak terlalu kelihatan.
PENJAGAAN GIGI
Kalau kena dengan gaya senyuman anda boleh mencairkan hati wanita. Dan senyuman yang manis adalah senyuman yang disusun dengan kehadiran gigi yang bersih. Gigi anda adalah salah satu daya menarik bagi seseorang wanita.
Ini kerana mereka kerap berada pada paras tersebut dan duduk di meja bertentangan, maka itulah perkara yang mereka akan perasan selalu. Anda boleh bersihkan gigi anda dan melakukan flos gigi seminggu sekali jika mempunyai kesempatan kerana wanita menggemari lelaki yang bergigi putih.
Wanita dengan segera akan perasan apabila seseorang lelaki itu memiliki garis leher yang kemas dan licin. Bulu yang tumbuh di leher boleh mencacatkan penampilan anda. Singgah kedai gunting seketika untuk memperbaiki bulu yang tumbuh pada leher anda setelah menggunting rambut anda untuk memperkemaskan penampilan.
KUKU JARI
Hubungan peribadi dan profesional semuanya bermula dengan berjabat tangan – oleh itu penggayaan kuku anda juga haruslah berada pada tahap yang setanding dengan profesionalisma anda. Tiada wanita yang ingin keluar bertemujanji dengan lelaki yang kukunya kelihatan seperti tinggal di hutan berbulan lamanya.
Wanita ini cepat perasan jika anda memakai bau-bauan yang berlebihan. Bukan sahaja berkenaan pewangi anda tapi juga berkenaan mandian badan yang anda kadangkala pakai selepas pulang dari gimnasium.Gunakan mandian badan tanpa bau yang kuat seperti mandian badan yang bebas dari wangian. Pasti terasa segar.
Lakukan lima step grooming di atas pasti anda akan sentiasa tampil kemas, bersih dan bergaya. Bukan sahaja anda akan mudah didekati tetapi keyakinan diri juga akan bertambah. Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Betul ke lelaki botak nampak seksi di mata wanita? Bagi segelintir wanita, jawapannya adalah ‘ya’ kerana lelaki botak dikatakan boleh menggetarkan jiwa. Lelaki botak ada auranya yang tersendiri.
Dalam masa yang sama, lelaki botak memiliki aura yang sangat lain macam selain mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi.
Disebabkan itu, MASKULIN ingin berkongsikan antara sebab lelaki botak dilihat memiliki keistimewaan tertentu dari sudut pandangan wanita.
Segelintir wanita biasanya akan tertarik kepada bentuk kepala lelaki yang licin kepalanya. Lagi-lagi kalau jenis kepala yang ‘bersinar’, ramai wanita jatuh cinta.
2. Punya daya tarikan misteri
Ada kalanya, segelintir wanita itu tidak tahu kenapa mereka sukakan lelaki yang berambut seperti itu. Yang mereka rasa, kelibat lelaki botak sangat mendebarkan hatinya.
Wanita anggap lelaki seperti ini dapat jimat berbelanja terutamanya dari segi pengurusan rambut kerana lelaki botak tidak perlu pening cari syampu yang sesuai.
4. Ringkas dan kemas
Lelaki berambut kosong dilihat sebagai ringkas dan kemas. Paling menarik di mata wanita, golongan lelaki berkepala sebegini lebih cepat bersiap untuk keluar ke temu janji.
5. Percayakan diri
Biarlah apa orang nak kata, lelaki botak lebih percayakan diri sendiri dan mampu pergi ke mana-mana dengan selesa sekali gus menunjukkan tiada sikap hipokrit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tak semua orang dikurniakan kelebihan mempunyai ketinggian. Tapi jangan silap sangka kerana ramai orang yang rendah sebenarnya sangat hebat.
Ya tak dapat dinafikan kebanyakan wanita lebih cenderung memilih atau mendambakan seorang kekasih yang lebih tinggi daripada dirinya. Namun pernah tak dengar orang tua-tua cakap, jika isteri lebih tinggi rezeki pasangan itu lebih murah.
Dengar boleh tapi percaya jangan. Hehe.
Rami juga selebriti dan tokoh terkenal yang tidak memeliki ketinggian sangat popular di kalangan wanita. Nama-nama seperti Daniel Radcliffe, Jason Statam, James McAvoy dan ramai lagi merupakan antara selebriti yang tak berapa tinggi tapi sangat popular.
Pernah tengok cara memereka berpakaian dan bergaya. Sekali imba memang tak perasan yng mereka sebenarnya soerang lelaki yang rendah. Nak tahu apa rahsianya? Jom ikuti 7 trik bergaya khas untuk anda yang bersaiz kecil nampal lebih tinggi.
PAKAI WARNA MONOKROM
Untuk nampak lebih tinggi anda dinasihatkan untuk memakai pakaian yang menggunakan tema warna monokrom. Maksud monokrom di sini ialah anda memakai pakaian yang menggunakan satu warna untuk satu jenis pakaian. Contohnya jika anda pakai baju putih pastikan seluar lebih terang seperti warna hitam atau biru. Pastikan warna seluar lebih terang daripada baju.
Seluar jenis baggy atau mempunyai ukuran pinggang rendah perlulah anda elakkan. Menggunakan seluar baggy akan membuatkan anda nampak lebih rendah dan memendekkan garis kaki. Pastikan juga anda tak memakai seluar yang mempunyai ‘cawat’ labuh.
MEMAKAI BLAZER
Ya, memakai blazer yang sesuai mampu memberikan imej anda lebih tinggi. Tapi carilah blazer yang mempunyai saiz slim fit dengan badan anda. Jika anda berdiri sentiasa pastikan anda mengenakan butangnya. Ia akan memberikan gambaran slim yang menampakkan dada anda lebih bidang sekaligus lebih tinggi.
TUKANG JAHIT
Untuk pakaian tertentu seperti sut, baju melayu dan seluar kerja seeloknya ada menempahd engan tukang jahit. Ini kerana saiz seluar yang terdapat di pasaran biasanya tidak sesuai untuk anda yang rendah. Ini kerana ration saiz pinggang dan ketinggian yang disediakan biasanya tak sesuai dengan anda. Jika menempak dengan tukang jahit anda akan perolehi pakaian yang benar-benar fit dengan badan.
LABUH BAJU
Selain seluar yang baggy anda juga perlu elak memakai baju bersaiz besar. Dan antara yang penting sekali jangan pakai t-shirt yang mempunyai labuh melebihi parasatulang pinggul. Baju yang terlalu labuh akan membuatkan kaki anda nampak lebih pendek.
LENGAN BAJU PENDEK
Anda ada lengan yang berotot? Usah terlalu obses untuk tayangkan otot anda kepada umum kerana lengan terlalu pendek hanya membuatkan anda nampak lebih pendek. Jika lengan anda nampak pendek, badan anda juga akan nampak sama.
TERLALU BANYAK AKSESORI
Untuk nampak lebih tinggi anda dinasihatkan tidak terlalu sarat menggunakan aksesori seperti rantai, kepala tali pinggang yang besar, gelang besar dan juga kasut yang berwarna terlalu terang. Penggunaan aksesorui yang banyak hanya menampakkan anda lebih pendek. Ingat, anda harus simple dan bersahaja untuk berikan ilusi dan tampil lebih tinggi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.