Khasiat Biji Tembikai Untuk Tubuh, Salah Satunya Baik Pulih Kesuburan Lelaki

Share

Cuaca panas terik sebegini dapat pula makan buah tembikai, memang nikmat tak terkata! Buah tembikai mengandungi kandungan air tinggi dan kaya dengan vitamin dan mineral yang sangat bermanfaat untuk tubuh anda.

Tapi yang menariknya bukan menurut sumber boldsky.com, biji tembikai mempunyai manfaat yang sangat besar dan mampu menyembuhkan penyakit seperti masalah jantung dan batu karang. Tidak beracun dan tidak berbahaya buat tubuh badan manusia, siapa sangaka sebenarnya biji tembikai itu boleh dimakan, dikunyah dan ditelan. Ketahui kebaikan mengamal pengambilan biji Tembikiai sebelum kamu mempraktikannya. Nak tahu kena baca info ini.

1. Galak Kesihatan Jantung

Menurut sebuah kajian yang dijalankan, magnesium dalam biji tembikai berfaedah untuk menggalak jantung untuk berfungsi secara normal. bukan itu sahaja ia juga melancarkan tekanan darah.

2.  Baik Pulih Kesuburan Lelaki

Ha, pada lelaki kat luar sana tu kalau korang takut ada masalah kesuburan atau memang ada masalah kesuburan, boleh mula makan biji tembikai ni. Kadar zat besi yang terkandung dalam tembikai akan bertindak sebagai makanan tambahan terbaik untuk menyalur kesuburan lelaki sekaligus meningkatkan kualiti sperma yang dihasilkan.

3.  Penawar Diabetes

Menurut sebuah kajian yang dijalankan di Iran, biji tembikai bisa menjadi penawar diabetes terbaik bahkan ekstrak nya juga boleh dikira mampu mengurangkan kadar glukos plasma.

4.  Bantu Cerdaskan Mental

Kekurangan magnesium dalam badan sering dikaitkan dengan risiko Alzheimer (naynyok). Oleh itu, biji tembikai yang kaya dengan pelbagai vitamin termasuk magnesium akan memperkukuh kecerdasan otak, kekuatan memori dan mental.

5.  Kuatkan Akar Rambut

Magnesium sangat penting untuk pertumbuhan rambut jadi untuk mengelakkan keguguran rambut lebih banyak, mengambil makanna yang penuh dengan khasiat magnesium seperti biji tembikai memang memantu.

6.  Baiki Permukaan & Tekstur Kulit

Jangan tak tahu, magnesium dalam biji tembikai boleh memulih masalah kemerahan pada kulit. Ia juga akan membersihkan kulit termasuk mengawal penuaan serta membaiki keadaan kulit yang terjejas.

Sesiapa yang ada eksema juga bagus mengamalkan pengambilan biji tembikai kerana masalah utama wujudnya ekzema adalah kerana badan kekurangan magnesium.

Cara Makan Biji Tembikai

Minuman Teh: Guna empat sudu besar biji tembikai dan kisar halus. Kemudian, didihkan 8 cawan air putih, sebelum menuangkan air yang sudah dididih ke dalam gelas yang dipenuhi biji tembikai kisar. Biar ia bercampur selama 10 hingga 15 minit sebelum tapiskan sisa biji tembikai dan minum begitu sahaja seperti teh.

Snek Panggang: Basuh biji tembikai dan keringkan. Taburkan biji tembikai di atas kuali kemudian curahkan beberapa titis minyak zaitun serta sedikit garam. Sangai biji tembikai sehingga garing dan bertukar warna keemasan. Siap!

Dah tahu ni lepas ini jangan la buang jauh-jauh biji hitamnya? Rugi, tersangatlah rugi.

Jadikan snek sihat okay? Selamat beramal!

 

Sumber :  boldsky.com

Published by
Ruziana Zainal