Antara selebriti Hollywood yang dikenali ramai sebagai peminat setia Siri Anime Jepun Popular, Naruto adalah Micheal B Jordan. Baru-baru ini dia telah berpadu tenaga bersama jenama pakaian terkenal Coach untuk melancarkan beberapa jenis pakaian yang bertemakan siri anime tersebut.
Koleksi yang telah dilancarkan adalah Pakaian Siap-Untuk-Dipakai kedua-dua jantina, kasut dan pelbagai pilihan koleksi bag. Antara yang menarik perhatian adalah beberapa pilihan Parka, Jaket denim, pullovers, backpacks, sneaker hybrid dan macam-macam lagi.
Koleksi Coach X Micheal B. Jordan kini sudah boleh didapati secara atas talian dan juga akan mula memasuki pasaran global Pop-Ups di Jepun, Malaysia dan Amerika Syarikat.
IKLAN
Selain itu, bintang filem Black Panther ini juga turut ditampilkan dalam video pendek memaparkan beberapa koleksi edisi khas di laman instagram mereka.
Bagi pencinta manisan, kadangkala donat boleh memuaskan keinginan anda. Itu antara sebab mengapa jenama jam tangan terkenal Swatch memperkenalkan jam tangan istimewa yang meraikan perkara berkenaan di samping sitkom animasi terkenal The Simpsons.
Dijamin mampu membangkitkan keceriaan dan mengukir senyuman di wajah anda, jam tangan yang dikenali sebagai Seconds Of Sweetness ini diinspirasikan daripada donat beraising merah jambu yang cukup ikonik dan sinonim dengan watak Homer Simpson.
Tampil dengan rekaan yang menggiurkan, jam ini mempamerkan dial berbentuk donut dengan kesan gigitan dihiasi taburan coklat urai berwarna-warni. Ia turut menampilkan rekaan aising berwarna merah jambu terang berserta corak coklat urai berwarna-warni di sepanjang tali jam yang berwarna kuning terang.
Gelung jam tangan menammpilkan logo Simpson dan pembungkusan jam itu sendiri menzahirkan nilai keseronokan jenaka subversif rancangan itu.
Lebih menarik, jam ini juga hadir dengan ciri-ciri SwatchPay. Di sesetengah negara yang terpilih, urusan pembayaran di kedai boleh dilakukan dengan jam tangan ini sahaja.
Seconds Of Sweetness dan Seconds Of Sweetness Pay ialah aksesori yang sesuai untuk peminat rancangan itu dan pencinta manisan. Ia akan tersedia di kedai Swatch dan di laman web Swatch mulai 2 November, berikutan pelancaran rancangan itu yang memecahkan rekod musim ke-35.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sejak sekian lama sneakers merupakan pelengkap gaya seorang lelaki yang ingin tampil dengan imej smart kasual atau gaya streetwear. Jadi amat penting untuk anda tahu tip sneakers agar tidak nampak janggal bila memakainya.
Di pasaran terdapat ratusan jenis dan jenama sneakers ditawarkan kepada pengguna. Kadangkala tidak dapat dinafikan memang sukar untuk membuat pilihan. Bagi sneakers yang edisi khas atau terhad pula pastinya harga sangat tinggi di pasaran jualan semula.
Ingin dapatkan pada harga retail pastinya sukar. Namun gaya anda tidak bergantung kepada sneakers edisi terhad atau tidak. Ia sebenarnya terpulang kepada bagaimana anda menggayakannya.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi tip sneakers untuk anda nampak lebih kacak, trendy dan semestinya tidak kalah dengan gaya!
Jom ikuti tip sneakers bersama kami di bawah!
MULAKAN DENGAN KLASIK
Jika anda baru berjinak-jinak dengan sneakers, mulakan dengan model klasik yang tidak lapuk ditelan zaman. Model seperti Adidas Stan Smith, Converse Chuck Taylor atau Nike Air Force One sentiasa relevan untuk gaya.
PILIHAN WARNA PUTIH
Pilih sneakers yang versatil dengan apa juga pakaian anda gayakan. Untuk itu carilah sneakers berwarna putih. Ia bukan sahaja sesuai untuk pelbagai majlis dan acara tetapi nampak lebih kemas dan senang dipadankan dengan apa jua warna pakaian.
CHUNKY SNEAKERS
Trend sneakers yang lebih tebal atau chunky juga cukup menarik. Jika anda memilih untuk memakai sneakers jenis ini pastikan outfit anda sidatnya lebih mute. Jauhi warna-warna terang kerana fokus utama pada diri anda terletak pada sneakers tersebut.
ELAKKAN SELUAR STRAITGH CUT
Ini terutamanya jika anda meanggayakan sneakers jenis high cut atau dalam kategori ‘dad shoes’. Untuk estetika lebih urban anda boleh padankan dengan seluar jenis jogger, rolled up chinos atau jeans yang singkat pada potongan buku lali.
USAH RISAU JIKA KOTOR
Menggayakan sneakers terutamanya dari material jenis kanvas pastinya lebih mudah untuk kotor. Namun anda jangan risau jika ia terpalit sedikit kotoran. Itulah sebenarnya mencerminkan personaliti sneakers itu sendiri. Ia nampal lebih rugged dan bergaya dalam personanya tersendiri.
PIN ROLL
Jika anda memakai seluar jenis khaki, usah segan untuk melakukan pin roll. Lipatan pin roll boleh memberikan gaya estetika lebih menarik kepada sneakers yang anda pakai. Ini terutamanya jika anda menggayakan sneakers jenis low cut.
USAH IKUT HYPE
Anda pasti pernah mendengar istilah hypebeast bukan? Usahlah anda terlalu terikut-ikut dengan trend sehinggakan terpaksa berkejaran ingin mengikuti apakah sneakers paling ‘hype’ masa kini. Ingat anda menggayakan sneakers untuk keselesaan, gaya dan juga menyerlahkan personaliti tersendiri. Bukannya mengejar untuk jadi siapa lebih hebat.
Semoga perkongsian tip fesyen ini boleh memberikan manfaat kepada anda.
“3 rakyat Malaysia cipta teknologi pengecasan tanpa wayar di angkasa, bulan”, itulah tajuk utama laporan media tempatan yang membawa nama mereka menjadi sebutan dan meraih perhatian MASKULIN kali ini.