Kami ingin kongsikan tips dan cara untuk menjaga kulit dan wajah lelaki. Diharap agar pembaca lelaki mendapat manfaat dari artikel ini.
Untuk membantu anda mendapatkan kulit wajah yang bersih, anda harus mencuci muka anda pada waktu malam untuk menghilangkan minyak yang berlebihan dan habuk. Ini akan membantu anda dengan mendapatkan wajah yang bersih terutamanya semasa bercukur dan mengelakkan luka.
Skrub wajah merupakan cara terbaik untuk mencapai kulit yang berseri. Proses ini menghilangkan sel-sel kulit mati. Kalau kita lihat, struktur kulit wajah lelaki agak kasar berbanding wanita kerana mereka tidak pernah skrub wajah atau badan. Terdapat banyak produk skrub khas untuk lelaki tau. Cari je!
Adalah penting untuk melembapkan kulit anda, tetapi pelembap yang berlebihan boleh membawa kepada masalah-masalah kulit, disebabkan oleh liang pori yang tersumbat. Cuba menggunakan pelembap ringan selepas mencukur dan sebelum tidur. Ini membantu untuk mengelakkan kerengsaan kulit dan kulit kering serta menggelupas. Kalau tidak mahu pakai pelembap yang macam perempuan tu, cuba pakai pelembap Johnson & Johnson yang sesuai untuk seluruh badan.
Elakkan produk yang boleh mengakibatkan jerawat, mengikuti diet yang seimbang untuk mengurangkan keradangan kulit, mengunyah makanan anda dengan betul dan mengelakkan makanan yang berminyak, berempah dan pedas. Juga, minum banyak air.
Kulit kering boleh disebabkan oleh perubahan persekitaran, umur, genetik dan suhu. Minum air, menggunakan pelembap adalah langkah-langkah asas untuk melawan kulit kering. Jika kulit anda kering hingga bersisik, gunakan pelembap khas yang boleh didapati di farmasi.
Perubahan hormon, tekanan, alam sekitar dan genetik adalah sebab untuk kulit berminyak. Basuh muka anda dengan pembersih kulit yang lembut, elakkan makanan berminyak, elakkan daripada menggunakan sabun yang kuat terutama pada muka dan minum air yang banyak.
Bintik hitam adalah pelopor kepada jerawat kerana ia mengumpul bakteria, sel-sel mati dan minyak. Bintik hitam adalah dicetuskan oleh hormon dan muncul di hidung, dahi dan tulang pipi. Bersihkan kulit dengan kerap dan mengelakkan menghabiskan terlalu banyak masa di bawah sinar matahari. Menggunakan nose strip untuk blackheads juga bagus untuk menghilangkan bintik hitam.
Lubang yang kelihatan pada kulit dan di sekitar hidung adalah disebabkan liang pori terbuka. Adalah penting untuk mengekalkan kebersihan pada kulit untuk mencegah jerawat dan jangkitan kulit. Banyakkan minum air dan kalau rajin sikit, gunakan toner kerana ia membantu mengecilkan liang pori wajah.
Lelaki juga boleh mendapatkan kulit yang sempurna dan menghilangkan kedutan. Kedutan adalah paling jelas di dahi, sudut mata dan mulut. Lebih terdedah kepada matahari menyebabkan kedutan, tetapi cukup tidur dengan postur yang betul, mencuci muka dengan kerap, diet yang kaya dengan antioksida dan Omega-3 boleh mengurangkan kedutan.
Adalah penting untuk mencukur mengikut arah pertumbuhan bulu kerana ia dapat mengurangkan gatal-gatal dan radang kulit selepas bercukur. Untuk mengelakkan kerengsaan kulit, jangan pakai pencukur yang memberi tekanan pada kulit semasa mencukur. Adalah penting untuk menukar pencukur dengan kerap, untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria.
Tak susah sebenarnya untuk lelaki menjaga kulit. Tak kira jantina apa, kesihatan kulit boleh dijaga dengan pemakanan yang betul dan sapuan di bahagian luaran dengan losyen atau produk penjagaan kulit yang lain. Lelaki jika tidak pandai memakai sabun ketika mandi, alamatnya bukan sahaja akan dijauhi oleh perempuan, lelaki lain pun akan anda.
sumber: lelakisihat.com