Masih ramai lelaki di Malaysia kurang peka terhadap penjagaan wajah. Tak susah sebenarnya untuk lelaki menjaga kulit. Untuk mendapat kulit muka yang bersih dan licin adalah dengan menjaganya dengan baik. Baik membawa maksud anda kerapkan mencucinya dari sebarang kotoran dan minyak yang berlebihan.
Kami ingin kongsikan tips dan cara untuk menjaga kulit dan wajah lelaki. Diharap agar pembaca lelaki mendapat manfaat dari artikel ini.
PASTIKAN KULIT ANDA BERSIH
Untuk membantu anda mendapatkan kulit wajah yang bersih, anda harus mencuci muka anda pada waktu malam untuk menghilangkan minyak yang berlebihan dan habuk. Ini akan membantu anda dengan mendapatkan wajah yang bersih terutamanya semasa bercukur dan mengelakkan luka.
SKRUB MUKA
Skrub wajah merupakan cara terbaik untuk mencapai kulit yang berseri. Proses ini menghilangkan sel-sel kulit mati. Kalau kita lihat, struktur kulit wajah lelaki agak kasar berbanding wanita kerana mereka tidak pernah skrub wajah atau badan. Terdapat banyak produk skrub khas untuk lelaki tau. Cari je!
PELEMBAP
Adalah penting untuk melembapkan kulit anda, tetapi pelembap yang berlebihan boleh membawa kepada masalah-masalah kulit, disebabkan oleh liang pori yang tersumbat. Cuba menggunakan pelembap ringan selepas mencukur dan sebelum tidur. Ini membantu untuk mengelakkan kerengsaan kulit dan kulit kering serta menggelupas. Kalau tidak mahu pakai pelembap yang macam perempuan tu, cuba pakai pelembap Johnson & Johnson yang sesuai untuk seluruh badan.
Ads
JERAWAT
Elakkan produk yang boleh mengakibatkan jerawat, mengikuti diet yang seimbang untuk mengurangkan keradangan kulit, mengunyah makanan anda dengan betul dan mengelakkan makanan yang berminyak, berempah dan pedas. Juga, minum banyak air.
KULIT KERING
Kulit kering boleh disebabkan oleh perubahan persekitaran, umur, genetik dan suhu. Minum air, menggunakan pelembap adalah langkah-langkah asas untuk melawan kulit kering. Jika kulit anda kering hingga bersisik, gunakan pelembap khas yang boleh didapati di farmasi.
KULIT BERMINYAK
Perubahan hormon, tekanan, alam sekitar dan genetik adalah sebab untuk kulit berminyak. Basuh muka anda dengan pembersih kulit yang lembut, elakkan makanan berminyak, elakkan daripada menggunakan sabun yang kuat terutama pada muka dan minum air yang banyak.
Ads
BLACKHEAD
Bintik hitam adalah pelopor kepada jerawat kerana ia mengumpul bakteria, sel-sel mati dan minyak. Bintik hitam adalah dicetuskan oleh hormon dan muncul di hidung, dahi dan tulang pipi. Bersihkan kulit dengan kerap dan mengelakkan menghabiskan terlalu banyak masa di bawah sinar matahari. Menggunakan nose strip untuk blackheads juga bagus untuk menghilangkan bintik hitam.
LIANG PORI
Lubang yang kelihatan pada kulit dan di sekitar hidung adalah disebabkan liang pori terbuka. Adalah penting untuk mengekalkan kebersihan pada kulit untuk mencegah jerawat dan jangkitan kulit. Banyakkan minum air dan kalau rajin sikit, gunakan toner kerana ia membantu mengecilkan liang pori wajah.
KEDUTAN
Lelaki juga boleh mendapatkan kulit yang sempurna dan menghilangkan kedutan. Kedutan adalah paling jelas di dahi, sudut mata dan mulut. Lebih terdedah kepada matahari menyebabkan kedutan, tetapi cukup tidur dengan postur yang betul, mencuci muka dengan kerap, diet yang kaya dengan antioksida dan Omega-3 boleh mengurangkan kedutan.
Ads
TIPS BERCUKUR
Adalah penting untuk mencukur mengikut arah pertumbuhan bulu kerana ia dapat mengurangkan gatal-gatal dan radang kulit selepas bercukur. Untuk mengelakkan kerengsaan kulit, jangan pakai pencukur yang memberi tekanan pada kulit semasa mencukur. Adalah penting untuk menukar pencukur dengan kerap, untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria.
Tak susah sebenarnya untuk lelaki menjaga kulit. Tak kira jantina apa, kesihatan kulit boleh dijaga dengan pemakanan yang betul dan sapuan di bahagian luaran dengan losyen atau produk penjagaan kulit yang lain. Lelaki jika tidak pandai memakai sabun ketika mandi, alamatnya bukan sahaja akan dijauhi oleh perempuan, lelaki lain pun akan anda.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika anda dikalangan lelaki kacak yang sentiasa menjaga penampilan diri dan ingin sentiasa kelihatan segak, ini mungkin berita buruk untuk anda.Kenapa Eh…..Kajian mengatakan lelaki kurang kacak lebih membahagiakan wanita.
Kajian saintifik menunjukkan, rata-rata wanita lebih bahagia dengan pasangan yang kurang menarik daripada dirinya sendiri.
Hasil kajian Florida State University menganalisis hubungan 113 pasangan yang baru berkahwin dalam usia 20-an. Tujuannya ialah untuk mengetahui sama ada penampilan menarik seseorang itu adalah kunci kebahagiaan dalam hubungan.Kajian sebelum ini pada tahun 2011 oleh Journal of Personality and Social Psychology menyebut lelaki biasa dengan isteri cantik umumnya mempunyai perkahwinan yang lebih berkekalan dan bahagia.
Penemuan terbaru ini menyokong kajian di mana ramai wanita memang lebih bahagia dengan lelaki rupa ‘biasa’. Hasil kajian juga mendedahkan, wanita yang mempunyai suami menarik ternyata lebih bimbang dari segi penampilan mereka dan sanggup berusaha untuk berdiet dan menjaga penampilan. Mereka juga lebih takut jika suami mereka akan dirampas oleh orang lain.
1.POKET TEBAL!
Walaupun diri anda tidak berapa sempurna di mata rakan-rakan, dicemuh para masyarakat kerana raut wajah persis pintu, usah risau sekiranya anda memiliki wang ringgit yang mega mewah. Inilah masanya untuk anda membuktikan wajah tidak membawa erti, duit berkuasa mengubah segalanya. Tak ramai wanita yang akan menolak cinta anda. Trust me, kau taburlah beg Chanel, Gucci mesti diorang kata andalah lelaki paling hot pernah dia jumpa!
2.KAU ADALAH LELAKI PALING LUCU DI DUNIA!
Perempuan ni kadang-kadang pelik, kau cuba la borak, layan sikit dengan lawak bodoh pun diorang boleh sangkut, tapi tak ramai la camni, mungkin 40% je la suka lelaki lawak. Melainkan kau seorang lawak dan kaya mereka akan lebih tertarik. Ok anda lawak? Apa lagi tunjukkan skil anda!
3.MULUT MANIS MACAM GULA
Kau cakap diorang lawa, puji setiap apa yang diorang pakai, mesti lama-lama akan sangkut, yela perempuan ni cepat perasan walaupun kau tak la berupa mana, asalkan pandai berkata-kata, manis ayat, kaulah putera idaman dia.
4.TAK HANDSOME NI KEBANYAKANNYA LELAKI SEJATI
Sekarang adalah zaman paling sukar untuk wanita mendapatkan pasangan hidup, yelah yang handsome, sado ni asyik jadi geng kunyit je, so perempuan akan memilih wajah-wajah pecah rumah sebagai pasangan hidup. Biar tak kacak, asalkan tulen banggg.
5.KAU HANYA UNTUK DIA, SEBAB TAK ADA ORANG PUN NAK KAU SELAIN DIA
Faham la konsep tu kan, kau hanyalah untuk dia. Dia rasa selamat bila kau memilih dia, lagipun orang lain tengok ko sebelah mata, dia je tengok kau dengan dua mata dan hati. Oitshh
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun sudah tiga tahun berlalu, Awal Ashaari akui, sehingga kini dia masih terkesan dengan kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawanya sewaktu memandu di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Hentian Rawat & Rehat (R&R) Ayer Keroh arah selatan.
Memetik kapsyen yang dimuat naik di laman media sosialnya, Awal, 37, bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk terus bernafas menyambung hayatnya meskipun kereta yang dipandunya mengalami kerosakan teruk dan remuk.
“Sejak kejadian tersebut, saya berjanji kepada diri sendiri untuk tidak mensia-siakan peluang kedua yang telah Allah berikan ini.
“Insiden itu juga telah menukar persepsi dan merubah diri saya buat selama-selamanya,” kata Awal memetik perkongsiannya yang disertakan klip video di akaun Instagram miliknya.
Terdahulu, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.15 pagi pada 29 Mac 2015 itu, Awal hanya mengalami cedera ringan di bibir.
Pada masa itu, Awal dan rakannya, Izuan Mokhtar dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka bagi mengacarakan rancangan Melodi sempena Karnival Jom Heboh.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ada lelaki risau tatkala rambut bertukar warna, berasakan diri tidak lagi menarik.Helai-helai rambut putih atau uban akan muncul bila usia kita semakin tua. Namun, ada juga uban yang tumbuh lebih awal pada usia yang masih muda. Uban yang muncul pada usia muda ini boleh jadi petanda bahawa anda kekurangan nutrisi atau kerana faktor genetik.
Mewarnakan uban dengan inai atau pewarna menjadi salah satu cara untuk melindungi masalah rambut ini namun melakukannya terus menerus sudah tentu memenatkan dan kurang baik untuk kesihatan rambut.
Berikut merupakan beberapa remedi yang boleh dicuba, ia bukan sahaja berkesan malah dijamin selamat.
Rosemary dan Sage
Rosemary dan Sage adalah tonik rambut yang sangat baik bagi mendapatkan rambut yang sihat. Rebus setengah cawan rosemary dan setengah cawan sage bersama-sama di dalam air selama kira-kira 30 minit. Biarkan air tersebut sejuk dan gunakannya secara berkala untuk mengurut kulit kepala dan rambut anda. Tonik ini amat berkhasiat untuk rambut dan mampu mencegah banyak isu berkaitan rambut, termasuk masalah uban.
Daun Kari
Daun kari perlu direbus dalam minyak kelapa sehingga ia bertukar gelap. Selepas itu, sejukkan minyak tersebut dan urut ke dalam kulit kepala dan rambut anda untuk mendapatkan hasil yang ajaib. Daun kari juga boleh digunakan dengan dadih dan susu mentega untuk faedah yang lebih baik untuk rambut dan mengatasi masalah uban.
Jus Bawang dan Jus Lemon
Bersama-sama, jus bawang dan jus lemon mewakili gabungan yang sangat kuat untuk mencegah dan mengurangkan uban pada rambut. Sebelum pewarna rambut dicipta, ramai yang menggunakan bawang untuk digosokkan pada kulit kepala mereka untuk merawat uban. Ini kerana bawang mengandungi banyak enzim catalase yang meneutralkan hidrogen peroksida dan meliputi uban.
Selamat Mencuba!
Sumber : Wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.