Rasanya nama Khairulaming tidak perlu lagi diperkenalkan. Pencipta kandungan yangj uga ahli perniagaan ini telah dianggap sebagai ikon anak muda serta usahawan muda yang cukup disegani di Malaysia.
Mencipta nama jenamanya dengan perancangan yang cukup rapi dan penuh dedikasi, Khairulaming bukan sahaja membawa revolusi dalam dunia masakan, tetapi juga menjadi sumber inspirasi bagi banyak anak muda yang mengagumi kreativiti dan keusahawanannya.
Khairulaming melangkah lebih jauh dari menjadi sekadar pencipta kandungan di media sosial. Dengan memanfaatkan bakat dan popularitinya, dia telah berjaya membina empayar perniagaan dengan produk makanan sendiri.
Siapa tidak kenal dengan Sambal Nyet Berapi, produk pertamanya yang telah mencatatkan kejayaan luar biasa selama tiga tahun.
Dan terbaru, Khairulaming mengumumkan kemunculan produk keduanya yang diberi nama ‘Dendeng Nyet Berapi’. Sekali gus menandakan satu lagi evolusi Khairulaming dalam perjalanan bisnes.
Dendeng Nyet Berapi
Berat : 180g
Harga : Rm 14.99
Kuantiti : 80,000 unit
Dalam video ni kita buat full explanation mengenai purchase limit, level kepedasan, dan juga info yang lain kenapa kita pilih dendeng sebagai produk kedua. Jumpa you guys hari jumaat ni! 😃 pic.twitter.com/bQxTNAGtxm
Menerusi perkongsiaannya di laman media sosial, Khairulaming mengumumkan dia telah memilih TikTok Shop sebagai platform eksklusif untuk meluncurkan produk barunya pada 2 Februari 2024, tepat pada jam 9 malam.
Dipasarkan pada harga RM14.99 untuk sayu unit, Khairulaming mengatakan bahawa sebanyak 80,000 unit akan tersedia untuk jualan.
Melihatkan sambutan luar biasa dari pengikut dan peminat kuliner, ramai menjangkakan pelancaran produk kedua Khairulaming ini bakal mencatatkan rekod baharu sebagai produk tempatan pertama yang mencapai jualan RM1 juta paling pantas di platform TikTok Shop Malaysia.
Ads
Kejayaan ‘air tangan’ Khairulaming di pasaran bukanlah satu rahsia baharu. Kejayaan Sambal Nyet Berapi terjual dengan cepat menjadi indikasi potensi besar Dendeng Nyet Berapi untuk mengulangi kejayaan sama pada jualan 2.2 nanti.
Dengan hampir 60% jualan yang dihasilkan melalui TikTok Shop dan sisanya dari platform lain, Khairulaming bukan hanya menciptakan produk, tetapi juga memimpin trend dalam cara produk dijual dan dipasarkan.
Ads
Jadi tidak hairanlah pada masa kini nama Khairulaming tidak hanya dikenali sebagai pencipta kandungan masakan tetapi juga seorang yang sentiasa membuktikan dengan usaha yang keras, ilmu yang dipraktiikan dan juga perancangan rapi kejayaan itu akan datang dengan sendiri.
Dia juga membuktikan dengan daya kreatif dan keberanian mengambil risiko, seseorang dapat mencapai kejayaan di berbagai bidang.
Buat anda lelaki yang mencari inspirasi dalam menggabungkan minat dan karier, Khairulaming adalah contoh sempurna tentang bagaimana memadukan kedua aspek tersebut.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kadangkala kita sering terlupa akan nikmat dan kesenangan hidup yang dikurniakan Allah. Setiap hari ramai antara kita tak perlu bersusah payah untuk makan dan tinggal di bawah bumbung yang selesa.
Namun hakikatnya masih ramai yang tidak bernasib baik. Hari demi hari dilalui diharungi dengan cukup sukar walapun untuk sekadar mengisi perut yang kosong. Apatah lagi tempat tinggal dan berteduh yang selsa dan selamat.
Jika anda merupakan seorang pengguna laman media sosial dan juga sering megikuti program keagamaan dan kemanusian pastinya nama Ustaz Ebit Lew cukup mesra di ingatan. Sering muncul dan berkongsi pengalamannya menyantuni pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan yang sering disishkan masyarakat merupakan kelebihan yang sering buat ramai orang kagum dengannya.
Ustaz Ebit Lew sering mengajak masyarakat untuk mengikuti cara hidup mengikut Nabi Muhammad SAW. Dengan sikap merendah diri dan sering turun padang menyantuni pelbagai lapisan dan golongan masyarakat membuatkan Ustaz Ebit Lew disegani ramai.
Terbaru beliau berkongsi tentang pertemuannya dengan seorang lelaki berusia 20 tahn yang tinggal seorang diri di bawah jambatan. Perkongsian Ustaz Ebit Lew ini mendapat perkongsian yang cukup banyak dan cukup menginsafkan. Malah ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada anak muda yang diceritakan Ustaz Ebit Lew ini.
Ikuti perkongsian beliau di bawah:
TERUS SALAM CIUM TANGAN
Sebak ya Allah hati ini tadi turun jambatan. Terkejut tiba -tiba ada seorang terbaring macam ni. Cuba pergi dekat hati kuat berdebar rasa sesuatu. Sekali panggil banyak kali lepas tu saya kuatkan hati pegang dia dan kejut dia. Rasa nadi dia. Dia tidur ni. Saya sangka dia akan marah nanti.
Sekali dia tak marah. Bangun tidur terus salam cium tangan saya. Dia pernah jumpa saya. Bersih muka dia.. Ustaz. Terima kaseh ustaz. Saya tanya berapa lama kat sini. Dah 2 bulan. Dulu masa 2 tahun ikut ayah merantau kl ni. Sekarang duduk seorang diri jer bawah jambatan ni. Tunjuk belakang kepala dia baru kena pukul terbelah sikit. Ya Allah. Saya tengok ic saja nak kenal. Ya Allah baru 20 tahun umurnya. Selalu jumpa anak muda dari kecil tiada siapa sangat dalam hidupnya. Tiada mak ayah. Tiada adik beradik. Takde sesiapa. Mula hidup di jalan dan lorong-lorong.
“BERDOSA RASA PADA ADIK”
Saya minta maaf padanya. Ustaz ni berdosa sangat kat kau. Ceramah sana sini. Makan sedap-sedap. Hidup senang lenang. Kau duduk dekat sini. Apalah saya nak jawab nanti Allah tanya. Tak sangka anak muda begini tidur bawah sini. Pasti ada masalah besar dalam hidupnya. Berdosa rasa pada adik. Ya Allah…Takper ustaz. Ustaz sudi cari saya di bawah sini. Ustaz selalu cari kami macam ni dekat bawah longkang ni. Saya jadi sedih sangat. Tak tahu nak buat apa.
Kau nak kerja tak adik? Nak ustaz. Nanti ustaz tolong carikan kau kerja. Kau kerja elok-elok yer..nak ustaz tolong yer cari saya kerja. Kalau ada asrama boleh saya duduk dekat situ.
TAK HENTI CAKAP TERIMA KASIH
Sedih lak rasa. Saya nak peluk dia. Ustaz. saya kotor busuk. Ustaz pakai jubah. Ish takper adik. Kau mulia baik Allah sayang. Ustaz ni kotor berdosa biarkan kau dekat sini. Dia tak berhenti cakap terima kaseh dan lambai saya. Saya hadiahkan sedikit duit padanya dan makanan. Nanti saya cuba fikirkan bagaimana nak bantunya. Ya Allah tuhanku maafkanlah diriku ini. Apa nak jawab pada Allah dan apa nak jawab pada Nabi saw…maafkanlh diriku ya Allah..-ebitlew #doortodoorebitlew #astroAosis
Antara reaksi warganet di perkongsian Ustaz Lew
Terima kasih Ustaz Ebit Lew di atas usahanya yang tak pernah kenal erti penat. Bertuah masyarakat kita mempunyai seseorang sepertinya yang sentiasa memperjuangkan mereka yang kurang bernasib baik.
Semoga perkongsian ini menginsafkan kita.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
David Beckham, salah satu nama paling terkenal dalam dunia bola sepak.
Beckham terus menunjukkan bahawa beliau bukan sahaja seorang bintang di padang bola tetapi juga seorang ikon global yang berpengaruh dalam pelbagai aspek kehidupan.
Terbaru, David Beckham meraih perhatian peminat bola sepak apabila berkongsi aktiviti berkebunnya menerusi akaun media sosial miliknya.
Pemain itu dilihat begitu teruja dan berterima kasih kepada peminat yang memberikan nasihat dan kata-kata semangat untuk dirinya bersantai dengan cara tersendiri.
David Beckham Kini Berkebun & Berladang, Bangga Aktiviti Buahkan Hasil
Beckham, yang kini berusia 49 tahun, juga kelihatan gembira menanam sayur-sayuran dengan hampir setiap aktivitinya dirakam untuk tontonan pengikutnya.
Suami kepada Victoria itu turut berbangga dan tersenyum apabila usaha berkebunnya membuahkan hasil.
Beliau sempat meninggalkan pesanan buat isteri tercinta dengan menjamin rumah mereka tidak akan kekurangan bekalan bawang.
“Nampaknya Victoria Beckham akan mempunyai bekalan bawang yang cukup untuk makan tengahari dan malam beberapa minggu ini,” katanya.
Sementara itu, peminat ikon bola sepak tersebut berseloroh ingin menjadi seperti ayam ternakannya kerana berasa bertuah dipelihara oleh bintang bola sepak dunia.
Setiap hamba di muka bumi ini mempunyai rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan namun bagaimanapun kita hendak la berusaha agar lebih berjaya dan jangan lupa diri apabila berada di atas.
Kisah pemuda ini mungkin boleh menjadi inspirasi buat anda diluar sana. Ridzuan Khalid berterima kasih kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang menjadi individu penting dalam perjalanannya mengenggam Ijazah Sarjana Pengurusan Hospitaliti di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Ridzuan, 34, menganggap pertolongan kecil penyanyi wanita itu dalam mempromosikan kuih bangkit ibunya secara tidak langsung membantu dia untuk meneruskan pengajian selama lebih setahun itu.
Perkongsian beliau
KISAH PENJUAL KUIH
” Ini adalah penghargaan buat seseorang yang amat berjasa sepanjang perjalanan Master saya. Beliau adalah bintang yang sangat disayangi ramai iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza @ctdk . Saya harap sangat beliau dapat baca penghargaan ni. @rozisangdewi Mesti ada yang teringat bagaimana saya sibuk belajar dan pada masa sama terpaksa menguli tepung bersama Opah Sapiah untuk memenuhi tempahan kuih bangkit #projekkuihbangkit. Ketika mendapat tawaran menyambung pengajian saya memang gembira tetapi pada yang sama saya tahu bakal berhadapan dengan masalah kewangan. Saya terpaksa berjimat kerana simpanan semakin susut dan elaun lewat diterima. Saya tiada pilihan lain. Pada awalnya Opah Sapiah agak keberatan tapi saya cuba yakinkan Opah Sapiah. Kami bermula agak perlahan dan susah. Orang tak tahu macamana kita struggle untuk berjaya.
Allah bukakan rezeki dengan cara yang tidak disangka. Seorang kawan datang ke rumah dan memberitahu akan bertemu Tokti. Masa tu kebetulan ada stock kt rumah. Saya minta bantuan kawan untuk memberikan hadiah kuih kepada Tokti. Keesokan hari ketika di dalam kelas, saya pelik kenapa handphone saya tak henti vibrate. Notification untuk WhatsApp dengan IG penuh dekat skrin. Masa rehat baru saya bukak tengok. Allahuakbar! Tangan saya mengeletar.Jantung macam nak luruh. Tokti post gambar kuih kat Instagram. Macam dalam mimpi je. Opah Sapiah sampai menangis yeh. Terima kasih kerana mempromosikan kuih kami. Sejak tu kami tak menang tangan. Masa Aidilfitri 2017, beribu balang tempahan sampai kami terpaksa tolak. Masa tu jadi gila kejap. Mana nak belajar lagi..Mana nak mengadap kuih lagi. Tapi Alhamdulillah saya dapat bahagikan masa. Cuma sekarang terpaksa berehat kejap sebab abah tak sihat.
Disebalik setiap rezeki kita ada rezeki milik orang lain yang Allah SWT amanahkan. Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat kami berkongsi rezeki dengan pelbagai aktiviti kebajikan.Terima kasih Allah! Saya dah berjaya menamatkan pengajian dan Anugerah Sarjana Cemerlang ini saya tujukan juga kepada Tokti. Ternyata post Instagram Tokti menjadi magis yang telah mengubah hidup kami. Terima kasih..Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya.”