Kesihatan

Khairul Aming Terkena Jangkitan E. Coli Ketika Misi Bantuan Banjir. 6 Info Virus Ini!

Share

Personaliti media sosial ternama tanah air, Khairul Aming baru-baru ini dikejarkan ke hospital selepas selesai menjalankan misi bantuan banjir di Kelantan.

Menerusi di media sosial beliau, Khairul menegaskan keadaan kesihatannya merosot ekoran dijangkiti bakteria selepas selesai menjalankan misi bantuan banjir.

Khairul Aming

Ujarnya, beliau terkena jangkitan Bakteria dari saluran pemakanan iaitu Escherichia coli atau nama ringkasnya E. coli ketika membuat bantuan banjir.

Akibat daripada jangkitan itu, Khairul Aming mengalami cirit-birit yang teruk selama lima hari sehingga tubuhnya mengalami dehidrasi atau kurang air.

 

INFO E.COLI

1-Sekadar info, E. coli ialah bakteria dari saluran pemakanan iaitu Escherichia coli yang mengeluarkan sejenis toksin yang tahan suhu panas.

2-Memetik Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak, makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria tersebut ialah yang berasaskan daging seperti burger separuh masak, keju, cendol, makanan segera dan minuman yang tercemar

3. Ia merebak menerusi makanan tidak dimasak dengan sempurna, air yang tercemar dan pencemaran silang dari daging mentah kepada makanan yang telah dimasak

4. Antara tanda-tanda keracunan makanan disebabkan bakteria itu ialah cirit birit berdarah, sakit perut yang teruk dan loya. Namun dalam kes yang sangat teruk, kesan dari keracunan makanan oleh bakteria E. coli boleh menyebabkan radang usus terutama sekali pada kanak-kanak dan warga tua dan sindrom Haemolytic Uraemic malah boleh juga menyebabkan kematian.

5. Tempoh jangkitan boleh mengambil masa selama enam jam hingga ke tiga hari. Namun kebiasaannya ia berlaku dalam masa 10 hingga 15 jam.

6. Antara langkah-langkah pencegahan yang patut dilakukan ialah memasak daging dengan sempurna (pada suhu lebih dari 75 darjah Celcius), menyediakan makanan dan minuman dengan menggunakan air yang bersih dan memasak apa juga hidangan dengan masak dengan sempurna.

Sumber: X Khairul Aming

BACA LAGI : Faisal Halim Pernah Terfikir Nak Terus Bersara Bermain Bola Sepak

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Nana