Personaliti media sosial ternama tanah air, Khairul Aming baru-baru ini dikejarkan ke hospital selepas selesai menjalankan misi bantuan banjir di Kelantan.
Menerusi di media sosial beliau, Khairul menegaskan keadaan kesihatannya merosot ekoran dijangkiti bakteria selepas selesai menjalankan misi bantuan banjir.
Ujarnya, beliau terkena jangkitan Bakteria dari saluran pemakanan iaitu Escherichia coli atau nama ringkasnya E. coli ketika membuat bantuan banjir.
Akibat daripada jangkitan itu, Khairul Aming mengalami cirit-birit yang teruk selama lima hari sehingga tubuhnya mengalami dehidrasi atau kurang air.
Baru lepas discharged from hospital. Long story short, terkena jangkitan E. Coli masa buat bantuan banjir last week. Severe diarrhea for 5 days sampai dehydrated badan. Now alhamdulillah dah fully recovered and back to work 😁
1-Sekadar info, E. coli ialah bakteria dari saluran pemakanan iaitu Escherichia coli yang mengeluarkan sejenis toksin yang tahan suhu panas.
Ads
2-Memetik Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak, makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria tersebut ialah yang berasaskan daging seperti burger separuh masak, keju, cendol, makanan segera dan minuman yang tercemar
3. Ia merebak menerusi makanan tidak dimasak dengan sempurna, air yang tercemar dan pencemaran silang dari daging mentah kepada makanan yang telah dimasak
4. Antara tanda-tanda keracunan makanan disebabkan bakteria itu ialah cirit birit berdarah, sakit perut yang teruk dan loya. Namun dalam kes yang sangat teruk, kesan dari keracunan makanan oleh bakteria E. coli boleh menyebabkan radang usus terutama sekali pada kanak-kanak dan warga tua dan sindrom Haemolytic Uraemic malah boleh juga menyebabkan kematian.
Ads
5. Tempoh jangkitan boleh mengambil masa selama enam jam hingga ke tiga hari. Namun kebiasaannya ia berlaku dalam masa 10 hingga 15 jam.
6. Antara langkah-langkah pencegahan yang patut dilakukan ialah memasak daging dengan sempurna (pada suhu lebih dari 75 darjah Celcius), menyediakan makanan dan minuman dengan menggunakan air yang bersih dan memasak apa juga hidangan dengan masak dengan sempurna.
Pil panjang umur bukan lagi sekadar fiksyen sains. Dengan pelaburan besar-besaran daripada golongan bilionair, sains kini menghampiri titik di mana umur panjang manusia mungkin menjadi kenyataan.
Mengikut laporan New York Post, antara tokoh yang terlibat adalah pengasas syarikat teknologi seperti Jeff Bezos (bekas CEO Amazon), Sam Altman, dan Peter Thiel (pelabur utama dalam teknologi). Mereka telah melaburkan berbilion dolar ke dalam syarikat bioteknologi seperti Altos Labs, Calico Labs (anak syarikat Google), dan Unity Biotechnology. Fokus syarikat-syarikat ini adalah mencari jalan untuk “menghidupkan semula” sel-sel yang telah rosak akibat penuaan serta mencegah degenerasi tubuh badan manusia.
Bagaimana Pil Panjang Umur Berfungsi?
Penyelidikan tentang umur panjang sering kali memfokuskan kepada beberapa aspek biologi manusia, termasuk:
Menghapuskan Sel Tua (Senescent Cells): Sel-sel tua yang tidak lagi berfungsi dengan baik boleh menyebabkan keradangan dan penyakit. Pil umur panjang dijangka dapat menghapuskan sel-sel ini untuk memanjangkan tempoh kesihatan.
Regenerasi DNA: Teknologi baharu membolehkan pembaikan DNA yang rosak akibat faktor penuaan seperti radikal bebas.
Pemanjangan Telomere: Telomere ialah “penutup” di hujung DNA yang semakin pendek setiap kali sel membahagi. Penyelidikan kini cuba untuk mengekalkan atau memanjangkan telomere bagi melambatkan proses penuaan.
Moral dan Etika: Perlukah Kita Hidup Selamanya?
Walaupun teknologi ini menjanjikan harapan untuk memperbaiki kesihatan manusia, banyak persoalan etika timbul. Adakah manusia berhak mencabar konsep kematian yang dianggap sebagai “semula jadi”? Apakah kesannya terhadap sumber bumi jika populasi manusia tidak lagi berkurangan akibat kematian?
Golongan pengkritik juga bimbang jika teknologi ini hanya akan memanfaatkan golongan kaya, mewujudkan jurang ketidaksamaan yang lebih besar antara kelas sosial. Jika pil ini dicipta, adakah ia mampu dimiliki oleh rakyat biasa, atau hanya menjadi produk eksklusif untuk bilionair sahaja?
Revolusi Kesihatan atau Utopianisme?
Walaupun penyelidikan ini masih di peringkat awal, kejayaan dalam bidang ini boleh membawa revolusi dalam sektor kesihatan. Penyakit seperti Alzheimer, kanser, dan penyakit jantung mungkin dapat dihapuskan sepenuhnya, memberikan manusia peluang untuk hidup lebih lama dan sihat.
Namun, adakah usaha ini akan membawa kepada dunia utopia yang lebih baik, atau sekadar memenuhi impian golongan kaya untuk “melarikan diri” daripada kematian? Hanya masa dan kemajuan sains yang akan menentukan.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tak perlu bedah plastik di bawah ini ada 7 teknik mudah yang boleh anda amalkan untuk menghapuskan lemak di bawah dagu anda itu.
Teknik 1
Berdiri tegak, angkat kepala seperti memandang atas hingga dagu juga terangkat. Bibir ditutup dan mulut dimuncungkan sampai otot pipi dan dagu rasa ditarik. Tahan selama 10 saat. Kembali ke posisi berdiri, ulang gerakan ini 10 kali.
Teknik 2
Berdiri tegak, tundukkan kepala dan mula buat gerakan mengikut pusingan jam. Ulang lima kali dan lima kali lagi mengikut arah jam sebaliknya.
Teknik 3
Berdiri tegak, tutup mulut rapat, tarik bibir seperti gerakan tersenyum lebar. Lakukan sampai otot rahang dan dagu rasa seperti ditarik. Tahan selama 10 saat. Ulangi gerakan sama sebanyak 10 kali.
Teknik 4
Mengunyah gula-gula getah – gerakan mengunyah gula-gula getah akan membuat otot rahang dan dagu bekerja lebih keras. Namun, pastikan anda memilih tanpa gula agar tidak menjejaskan gigi.
Teknik 5
Menguap – ketika menguap, otot mulut, dagu, dan leher juga akan ditarik sehingga mampu membakar lemak di pipi dan dagu. Oleh itu tiada ada salahnya jika anda melakukan gerakan menguap meskipun sedang tidak mengantuk.
Teknik 6
Urutan – urutan lembut yang dilakukan setiap hari boleh membantu menegangkan wajah. Cara urutan mulakan dari hujung leher membawa ke dagu hingga rahang. Ketika mengurut bahagian bawah dagu yang berlemak, arahkan urutan ke luar dengan gerakan searah.
Teknik 7
Senaman bola tenis – letak bola tenis di antara dagu dan leher. Kepit dengan kuat menggunakan dagu selama 10 saat, kemudian kendurkan selama lima saat. Ulangi 10 kali.
Senang sajakan cara nak hilang lemak bawah dagu, boleh dilakukan sambil duduk menonton tv. Selamat mencuba.
Perkongsian Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sering meraih perhatian terutamanya dalam mendidik anak.
Rahsia Didik Anak Jadi Bijak Sejak Kecil Stail Dr. SHEIKH MUSZAPHAR!
Menjadi ibu bapa yang baik memerlukan kesabaran, kefahaman dan kemahiran untuk memberikan keselamatan dan keamanan selain memenuhi keperluan asas mereka. Seperti perkongsian saudara Azlan Noor, lelaki ini memberikan info mengenai cara didikan yang boleh dijadikan panduan. Mungkin lain orang, lain caranya. Tapi tak salah untuk kita ambil mana yang sesuai dengan cara kehidupan kita.
Stail Parenting Dr. Sheikh Muszaphar
Satu hari tu, terjumpa satu info menarik, ’15 Cara Didik Anak Stail Dr. Sheikh Muszaphar’. Maklumlah, hidup saya sekarang seputar keluarga. Disamping isteri dan anak-anak. Jadi saya suka baca apa-apa berkaitan keluarga dan parenting. Buku, artikel, ebook.
Selepas baca satu persatu tip itu, saya rasa saranannya kena dengan jiwa, ringkas dan praktikal untuk mak ayah zaman sekarang.
Rupanya Ini Rahsia Didik Anak Jadi Bijak Sejak Kecil
Saya kongsikan di sini:
1. Ucap “I love you” kepada anak, paling kurang 10 kali sehari. Bunyi macam senang. Tapi cuba check berapa kali kita dah cakap sayang kepada anak-anak hari ni?
2. Jangan biar masa anak terbazir. Isikan dengan aktiviti yang produktif. Bukan tengok tv dan gajet. Jangan biarkan anak-anak bebas isi sendiri masa mereka.
3. Guna sebaik baiknya ‘The golden age of the kids’. Golden Age kanak-kanak adalah dari lahir hingga umur 6 tahun. Dalam 6 pertama mereka ni, tanam minat pada anak sebanyak mungkin. Biar mereka explore apa sahaja.
4. Inspire and encourage your kids. Push their limit. Bila anak-anak nak buat sesuatu, kita bagi dorongon, beri sokongan. Apabila berjaya, kita puji. Jangan kondem atau perlekeh usaha anak-anak.
5. Stick with your rules. Kita boleh jadi penyayang, tapi perlu tegas bab peraturan dan akhlak. Kita lah polis dalam rumah. Bila waktu bangun, bila waktu belajar. Waktu tidur.
6. Expose anak-anak dengan pelbagai aktiviti. Boleh bantu anak bina pengalaman baru untuk bentuk peribadi dan emosi. Mak ayah boleh dedahkan anak-anak dengan benda baru.
7. Kanak-kanak sukakan rutin. Cipta rutin untuk mereka. Dari bangun tidur, sampai malam nak masuk tidur.
8. Children will never get tired. Tak berhenti bermain. Penuhi masa dgn pelbagai aktiviti. Guna tenaga unlimited mereka untuk tolong kita dalam rumah.
9. Comunicate, communicate, communicate. Paling penting Eye contact. The best is kena sama paras dgn mata anak bila bercakap. Sebab, bila kita bercakap macam tu, anak akan rasa point kita tu penting. Dan anak rasa diri mereka penting.
10. Never say NO. Sebab komunikasi macam tu adalah komunikasi satu hala. Banyakkan guna “Kenapa”. Dapat latih anak berfikir dan berkomunikasi dua hala.
11. Start young. Perkenalkan apa sahaja sejak dari awal. Contohnya, nak suruh anak-anak minat membaca, dedahkan dengan buku sedari kecil.
12. Home environment. Sediakan persekitaran rumah yang baik untuk anak-anak. Suasana yang selesa untuk belajar dan selamat untuk bermain.
13. Belajar bahasa. Ajar anak-anak bertutur bahasa baru.
14. Identify the signs of stress. Jika ada tanda-tanda tu, kena ubati cepat-cepat. Jangan biarkan berlarutan.
15. Education start at six(umur). But learning begin at birth. Ajarkan anak apa sahaja yang kita nak mereka mahir seawal umur sehari.
Itulah ’15 Cara Didik Anak Stail Dr. Sheikh Muszaphar‘, Angkasawan Negara kita. Sebetulnya, ada pelbagai kaedah dan cara parenting untuk anak-anak zaman moden ni.
Banyak buku-buku hasil kajian oleh pakar kanak-kanak telah diterbitkan. Tinggal kita mak ayah nak pilih dan praktikkan. Ikut keselesaan dan kesesuaian dengan anak-anak masing-masing. Tak ada salah dan betul.
Yang salah dan jadi masalah adalah apabila kita taksub dengan satu cara, dan kritik cara orang lain, seolah-olah cara kita saja yang betul, orang lain salah.
Apabila dah taksub, mak ayah terlalu memaksa anak-anak. Sampaikan anak-anak stress. Setiap anak ada kecenderungan mereka. Ada minat tersendiri mereka. Jangan sampai anak-anak stress dan kita rosakkan masa depan mereka. Sudahkah kita lupa apa yang terjadi kepada anak genius Sufiah Yusuf akibat tekanan semasa kecil?
Satu lagi, ada mak ayah suka rendahkan anak orang lain. Bangga anak kita lebih pandai daripada anak orang. Anak sendiri umur 5 tahun dah pandai baca buku. Anak kita umur 6 tahun dah khatam Quran. Anak kita mampu buat apa pun, cukup kita sahaja yang meraikan, tak perlu heboh.
Setiap anak sudah ada potensi dan kemampuan tersendiri mereka. Ada yang cepat, ada yang perlukan lebih perhatian dan dorongan. Tugas mak ayah untuk cungkil dan asah bakat mereka.
Cara dan kaedah parenting semua ini hanyalah rujukan atau pemudahcara untuk mak ayah. Tak perlu taksub kepada satu-satu cara sahaja. Yang penting anak-anak suka, mak ayah gembira, tak serabut kepala.
Sekadar info, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Pasangan itu dikurniakan tujuh anak iaitu Sophea Isabella, 10; Sophea Natasha, 8; kembar lelaki berusia empat tahun iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar lelaki dan perempuan, Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia dilahirkan pada November 2020.