Khairul Aming Pesan Habiskan Belajar, Jadi Pelapis Content Creator Yang Bagus

Share

Temasya anugerah berprestij bagi pencipta kandungan (content creator) yang julung kali diadakan di Malaysia, Tiktok Awards 2023 melabuhkan tirainya malam tadi, menyaksikan Khairul Aming sebagai perangkul pertama anugerah Creator Of The Year.

Menurut Khairul, menjadi seorang pencipta kandungan bukan semudah yang dilihat. Selain mencipta video yang menarik di laman sosial, ia juga perlu memberi manfaat kepada penonton.

CUKUPKAN ILMU, BUAT VIDEO BERMANFAAT

Content creator ni satu industri yang sangat memerlukan banyak skill dan juga pengetahuan. Bukan setakat pandai buat video, kena ada problem-solving skill

, kreativiti, kena pandai komunikasi, kena pandai jaga adab dengan orang,” katanya ketika ditemui media sejurus selepas memenangi anugerah tersebut.

“Bila dah ada ilmu yang cukup nanti, share lah sebanyak mungkin, buatlah video sebanyak mungkin. Ramai orang boleh ambil manfaat nanti,” tambahnya.

Dalam ucapan kemenangannya juga, Khairul sempat berpesan kepada golongan muda yang berhasrat untuk menjadi pencipta kandungan agar tidak berhenti melanjutkan pelajaran.

Baginya, menjadi seorang pencipta kandungan bukanlah sekadar untuk menjadi tular semata-mata.

“Untuk relevan lama dalam industri ini, awak (golongan muda) perlukan banyak pengetahuan… Jadi habiskan pembelajaran dan jadilah pelapis content creator yang bagus, yang boleh majukan negara kita, okay?”.

@maskulinmy Tahniah Khairul Aming kerana menjadi individu pertama di Malaysia dinobatkan sebagai Creator of The Year di TikTok Awards 2023. Dengarkan pesanan berharga dalam ucapan kemenangannya sebentar tadi. #tiktokawards
#tiktokawards2023 #tiktokawardsmalaysia #tiktokawardsmalaysia2023 #khairulaming #creatoroftheyear #maskulin #majalahmaskulin ♬ Inspiring, Uplifting and Motivational Corporate(1311942) – studio s.mount

Khairul Aming, atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman mula aktif mencipta kandungan resipi menarik di laman sosial sejak lapan tahun lalu.

Kata-kata sapaan “Hey, whassup guys” di permulaan setiap videonya menjadi sinonim dengannya, di samping siri video “30 Hari 30 Resipi” yang sentiasa ditunggu-tunggu pengikut setianya setiap kali bulan suci Ramadan.

PEMENANG ANUGERAH LAIN

Kemenangan Khairul semalam menumpaskan lima calon lain, iaitu Gaston Pong, Auntie Purple, Ceddy, Lawyer Gandhi dan Caryn.

Sumber foto: Aplikasi X (Twitter) Khairul Aming.

Pencipta kandungan lain yang turut membawa pulang anugerah People’s Choice’s Awards

termasuklah Ryan Bakery bagi kategori Popular Creator Of The Year, Aeril Zafrel bagi kategori Celebrity Of The Year, Anas Zahrin bagi kategori Tiktok Shop Creator Of The Year dan lain-lain.

Bagi anugerah Judge’s Pick Awards pula menyaksikan Sir Asai memenangi Best Of Education, Shahira Azlan bagi Best Of Beauty and Fashion, Syifa Jamill bagi Best Of Foodie dan banyak lagi.

Published by
Ruszaini Ruslan