Platform media sosial terkenal berasaskan video, Tiktok mengumumkan calon pilihan ramai bagi anugerah yang julung kali diadakan di dalam negara, Tiktok Awards Malaysia 2023.
Antara yang tercalon bagi kategori ‘Creator of The Year’ adalah Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali dengan nama Khairul Aming, seorang pempengaruh media sosial yang terkenal dengan kandungan masakan.
Turut tercalon dalam kategori yang sama ialah Noor Suhaili Mohamed Amin atau dikenali sebagai Auntie Purple di media sosial kerana sering mencipta kandungan video dengan menonjolkan warna ungu yang digemarinya.
Dalam pada itu, selebriti seperti Anna Jobling, Zizan Razak, Janna Nick dan kumpulan Dolla merupakan antara yang tercalon bagi kategori ‘Celebrity of The Year’.
Kategori lain yang turut dipertandingan adalah ‘Live Creator of The Year’, ‘Popular Animation Account of The Year’, ‘Popular Creator of The Year’, ‘Rising Star of The Year’ dan ‘Tiktok Shop Creator of The Year’.
Orang ramai boleh mula mengundi calon pilihan mereka di TikTok dari 15 Ogos hingga 26 Ogos 2023.
Anugerah ini merupakan acara tahunan terbesar TikTok tahun ini bertujuan meraikan kejayaan pencipta kandungan Malaysia yang telah memberi impak besar pada platform berkenaan melalui cerita dan bakat mereka yang kreatif.
Selain memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada pencipta kandungan tempatan, anugerah ini akan memberi mereka keterlihatan yang lebih tinggi di dalam dan luar platform Tiktok, membuktikan nama seseorang mampu menjadi besar walaupun melalui skrin yang kecil.
Pengguna TikTok yang menetap di Malaysia juga boleh menjadi sebahagian daripada acara terbesar TikTok tahun ini dengan menghantar penyertaan untuk anugerah kategori ‘Judge’s Pick.
Anda hanya perlu berkongsi kisah inspirasi anda sendiri di TikTok dari 30 Julai hingga 14 Ogos 2023 dengan hashtag #RoadtoTikTokAwardsMY untuk dikira sebagai penyertaan.
Melalui penyertaan ini, anda berpeluang memenangi Telefon Pintar HONOR 90 (12+512GB) dan calon yang terpilih bagi kategori ini bakal diumumkan dalam satu sesi sidang media di Kuala Lumpur pada 15 Ogos ini.
Tekan pautan ini untuk maklumat lanjut.