Khabib Nurmagomedov Anggap ‘Ring Girl’ Sebagai Sesuatu Yang Tak Perlu Dalam Sukan MMA

Share

Siapa tidak kenal dengan nama Khabib Nurmagomedov terutamanya di kalangan penggemar sukan seni bela diri lasak Mix Martial Art (MMA). Nama Khabib Nurmagomedov juga menjadi sebutan ramai terutamanya di negara majoriti penduduk Islam kerana dia merupakan seorang beragama Islam.

Di sebalik jaguh yang tidak pernah kalah dalam sukan MMA ini, Khabib Nurmagomedov merupakan seorang yang cukup lantang menyuarakan pendapatnya. Kini beliau sudah bergelar seorang jurulatih dan mula menjadi mentor kepada beberapa muka-muka baru dalam sukan tersebut.

Foto: Instagram Khabib

Terbaru menerusi sebuah sidang media, suara Khabib sekali lagi mencuri perhatian ramai dengan padangannya yang tersendiri. Legenda MMA tersebut menyuarakan pendapatnya tentang apakah keperluan seorang ‘rig girl’ atau gadis gelanggang oktagon dalam perlawanan seni bela diri.

Jelasnya, mereka merupakan orang yang tidak diperlukan di dalam sukan tersebut. Untuk rekod, sejak kejohanan MMA dilangsungkan tradisi wanita seksi berjalan mengellilingi gelanggang membawa sepanduk pusingan telah diamalkan di serata dunia.

Foto: UFC

Namun sejak kebelakangan ini budaya tersebut mula dipersoalkan dan ramai menganggap ia sudah ketinggalan zaman. Dan suara tersebut menjadi semakin jelas dengan lontaran pendapat dinyatakan oleh seseorang yang berpengaruh seperti Khabib Nurmagomedov.

“Lihat, saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Gadis oktagon ini yang paling tidak diperlukan di atas gelanggang.

“Saya ingin tanya, apa fungsi mereka? Anda boleh tunjukkan ia pusingan kedua di skrin. Terdapat orang yang faham seni bela diri dan gadis-gadis ini berjalan. Ini pandangan peribadi saya.

“Saya juga tak mahu tetapkannya ketika pertarungan anda. Saya fikir anda ada pandangan sendiri. Saya fikir gadis-gadis ini paling tak berguna dalam sukan seni bela diri. Apa fungsi mereka? Bagaimana?

Apabila ditanya mengenai sejarah, Khabib yang kini mempromosikan Eagle Fighting Championships, berkata: “Saya sedar sejarah itu tetapi sejarah juga buat silap. Ini pandangan peribadi saya.

“Dana White (Presiden UFC) mungkin suka, begitu juga anda tetapi nama saya bukan Dana, nama saya Khabib,” jelasnya dengan tegas.

Bagaimana pula dengan pendapay anda? Adakah anda bersependapat dengan jaguh tidak terkalah, Khabib?

Published by
Farizul Izwany Ibrahim