Ada sesuatu yang menarik dengan kemeja berwarna putih. Mungkin ia dekat dengan diri anda kerana ia merupakan jenis warna sama yang dipakai ketika berada di bangku sekolah? Atau warnanya yang melambangkan kesusian membuatkan penampilan menjadi lebih segar dan ‘innocent’.
Tapi ada satu perkara yang tidak boleh kita nafikan. Kemeja putih membawa sifat yang cukup versatail dan boleh digayakan dalam pelbagai jenis gaya untuk semua peringkat umur.
Namun anda sebagai seorang lelaki harus bijak untuk menggayakannya agar nampak lebih menyerlah dan menarik.
Ikuti beberapa tip padanan gaya dari MASKULIN untuk anda cuba!
Ini merupakan kombinasi klasik yang telah popular sejak sekian lama. Gaya ini pastinya tidak akan pernah lapuk dan relevan untuk sepanjang zaman.
Sama ada anda ingin padankan dengan jean gelap atau gaya rugged jean koyak, ia bergantung kepada personaliti sendiri. Namun anda harus bijak memilih cutting jean yang sesuai dengan bentuk badan sendiri.
Kemeja putih merupakan pelengkap gaya sempurna untuk anda yang bergaya memakai sut lengkap.
Ia merupakan kanvas kosong yang boleh dihiasi dengan aksesori seperti tali leher dan sapu tangan atau pocket square yang diletakkan di dalam poket baju. Antara warna paling sesuai dengan kemeja putih ialah dark navu atau kelabu.
Cuaca panas tatkala anda sedang berada di kawasan panas atau tepi pantai. Gayakan sahaja kemeja putih dan seluar pendek. Namun seluar pendek yang dipilih haruslah sesuai dengan penggayaan terkini. Carilah seluar dari material French linen yang berkualiti. Keselesaan sambil bergaya, itu adalah bonus yang besar buat anda.
Kemeja atau t-shirt berwarna putih juga sesuai dipadankan dengan seluar khakis. Dengan penambahan warna menerusi khakis ia memberikan imej yang lebih serius dan matang untuk anda.
Jika memakai kemeja putih adalah amat sesuai jika anda turut menggayakan kasut dari warna yang sama. Percayalah kasut atau sneakers berwarna puith memberikan anda looks yang sangat ‘clean’.