Tak dinafikan, apabila di pejabat, kita akan rasa mudah mengantuk terutamanya pukul 10 atau 11 pagi, itu sebelum rehat tengahari. Selepas itu, waktu petang, antara pukul 3 hingga 4 petang, rasa mengantuk pasti akan hadir serta menganggu pretasi kerja anda.
MASKULIN akan bantu anda bagaimana untuk kembali segar di pejabat agar produktiviti kerja anda tidak terganggu.
Masa yang sama, ada juga antara kita yang suka tidur lewat kerana melayan YouTube, lepak bersama kawan dan tidak kurang juga bermain games seperti Mobile Legends dan PUBG.
Kesannya, anda akan berasa mengantuk pada waktu siang terutamanya pada sebelah petang di tempat kerja.
Kena pula kalau pejabat itu sunyi, sejuk.. fuhh.. dugaan benar pada mata yang semakin kelat itu.
BACA: Anda Boleh Hilangkan Sakit Migraine Tanpa Guna Panadol, Guna Sahaja 3 Bahan Ini
Namun demikian, Maskulin tahu anda masih ada banyak kerja yang perlu diselesaikan. Jadi apa kata lakukan 8 tips ini untuk hilangkan rasa mengantuk anda :
1. Minum air kosong atau air suam
Antara faktor yang membuatkan anda cepat mengantuk adalah kerana kekurangan air dalam badan. Jadi rasa mengantuk itu ibarat memberi isyarat bahawa badan anda sedang letih dan berada dalam keadaan yang kurang baik. Apa yang perlu dibuat? Sentiasa sediakan sebotol air kosong. Kalau rasa malas, minta bos anda belikan satu mesin air yang ada suhu sejuk dan panas. Mudah-mudahan bermanfaat untuk anda dan rakan sekerja juga.
2. Segera ke sinki dan basuh muka
Air sejuk yang mengalir keluar dari paip mampu memberi satu renjatan kesegaran pada muka sekali gus menghilangkan rasa mengantuk serta-merta. Memang kita tidak boleh mengawal rasa mengantuk itu tetapi dengan cara ini, ia sangat berkesan.
3. Hidu bau-bauan aromaterapi
Bau-bauan segar aromaterapi dapat memberi satu perasaan yang cukup nyaman. Sediakan satu wangian kegemaran anda dan hidu apabila mula rasa tidak selesa. Kebiasaannya, bauan aromaterapi seperti mint dan lemon sangat berkesan untuk mengurangkan rasa mengantuk.
4. Dengar muzik yang sesuai
Mendengar muzik yang sesuai antara langkah yang paling pantas untuk kurangkan rasa mengantuk. Ini kerana sesetengah bunyian atau alunan muzik boleh membantu memberi kecergasan kepada minda. Maka tidak salah untuk buat kerja sambil mendengar muzik. Dengar lagu yang rancak atau ada beat yang boleh menyentak rasa mengantuk. Jangan layan lagu yang boleh mendodoikan anda pula!
5. Lakukan senaman ringan
Berdiri, duduk, berdiri, duduk. Itu antara senaman ringan yang boleh dilakukan segera apabila mengantuk. Ada banyak tip renggangan dan senaman ringan yang sesuai dipraktikan di tempat kerja. Amalkan senaman-senaman itu ketika mengantuk.
6. Pandang pokok-pokok berwarna hijau
Rehatkan mata anda dengan memandang kawasan yang banyak warna hijau atau dipenuhi pokok-pokok yang menghijau. Bangun sebentar dan berdirilah di tepi jendela, lontarkan pandangan sejauh hijau mata memandang. Tarik nafas dan nikmatilah keindahan alam ciptaan Tuhan ini kerana warna hijau mampu memberi kesegaran kepada mata.
7. Tarik dan hembus nafas sedalam-dalamnya
Tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembuskan perlahan-lahan. Lakukan rutin ini beberapa kali seperti sedang bersenam. Dengan teknik yang betul, anda dapat melancarkan kembali perjalanan oksigen dalam badan yang membuatkan badan kembali segar. Tarik nafas dan hembus. Sebelum hembus nafas, tahan nafas sekejap dan hembus perlahan-lahan.
BACA: Selain Bantu Sihatkan Jantung, Terdapat 5 Khasiat Lain Yang Bawang Miliki Untuk Manusia
8. Tidur dengan cukup
Sudah-sudahlah jadikan rutin tidur lewat itu sebagai satu perkara yang biasa. Anda perlu memastikan tidur cukup setiap malam supaya tidak menganggu prestasi kerja anda pada waktu siang. Jika mengantuk disebabkan tidak cukup tidur, maka tidak banyak tip atau cara dapat membantu kecuali anda perlu ambil masa untuk tidur sekejap sebagai ganti rehat yang tidak cukup.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI