Ketiak Hitam & Berkerak Bukan Sebab Daki Banyak Tapi Tanda Penyakit Merbahaya!

Share

Daki yang berkerak hitam senang kelihatan di bahagian leher, lengkuk, pelipat tangan dan dikawasan-kawan yang terselindung. Peluh dan habuk yang melekat di permukaan kulit saban hari mampu membuatkan penampilan kulit kelihatan kusam dan lebih parah apabila ia meninggalkan kesam lebam dan kehitaman dipanggil daki.

Okay. Melalui beberapa tinjauan di beberapa web kesihatan, terdapat fakta tertentu tentang kaitan masalah ketiak hitam dengan penyakit merbahaya.

Kulit yang bertukar menjadi keras, menebal dan hitam ini mengalami kondisi dipanggil acanthosis nigricans yakni boleh berlaku pada kulit ketiak, leher, lutut, dahi, siku dan lain-lain. Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah ini dan biasanya mengikut genetik keluarga. Jika anda kerap bercukur juga boleh menimbulkan masalah pigmentasi kerana kulit akan mengalami iritasi.

Mari kita sama-sama selidik apa yang tersirat tentang masalah kulit ketiak hitam dan menebal…

Obesiti

Tanda-tanda obesiti boleh dilihat dengan keadaan kulit seperti ini. Ia berpunca dari pengeluaran insulin berlebihan atau tidak teratur. Kandungan insulin tinggi dalam darah boleh menyebabkan warna kulit menjadi gelap.

Diabetes

Kaitan masalah obesiti sejurusnya menjadi kepada penyakit kencing manis. Jadi silalah berhati-hati penukaran warna kulit pada bahagian tertentu tanda awal anda mungkin menghidap diabetes.

Hormon

Ia berkaitan dengan perubahan hormon termasuklah insulin atau kesan dari pengambilan ubat-ubatan. Medikasi yang boleh menyebabkan pigmentasi tebal seperti pil perancang, pil diet dan lebihan dos Vitamin B (niacin).

Kanser

Bukan niat untuk menakut-nakutkan tapi ia boleh tanda awal penghidap kanser hati, perut dan kolon. Pembesaran sel kesan mampu mengubah pigmentasi kulit.

Apa perlu anda lakukan jika mampu masalah ketiak hitam?

Mulailah dengan diet dan gaya hidup yang senam serta aktif. Pilihlah produk kesihatan yang bersesuaian dengan kulit anda. Jika ragu-ragu, berbincang dengan doktor supaya mendapat makluman dan info kesihatan lebih tepat.

Selamat beramal dan semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Sumber : Wanista

Published by
Ruziana Zainal