Queen control merujuk kepada perlakuan seorang isteri yang mengawal segala-galanya dalam rumah sehingga memperlihatkan sang suami seperti tiada apa-apa kuasa.

Banyak faktor yang terjadi sehingga tercetusnya isu ini dan kebanyakan pengkaji meletakkan kesalahan itu bermula daripada sikap suami yang ‘takut bini’.

Takut bini bersebab

Isu lelaki takut bini banyak sebab. Antaranya pernah melakukan kesalahan dan masih terbawa-bawa perangai lama yang sukar diubah tetapi jauh dari sudut hati, sangat mencintai isteri.

Maksud perangai lama sukar diubah ini samalah seperti walaupun sudah berkahwin, masih suka melepak bersama-sama rakan di warung kopi atau sengaja menggatal dengan perempuan lain sekadar untuk suka-suka.

Ads

Selain itu, ini adalah sebab-sebab popular kenapa wanita sanggup bertindak luar jangka sehingga menjadi queen control :

1. Gagal kawal peranan

Suami gagal menjalankan peranan sebagai ketua keluarga. Tak pasal-pasal isteri pula terpaksa ambil alih tanggungjawab suami seperti mencari nafkah dan sebagainya.

Ads

2. Harap berubah sikap

Suami pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga menyebabkan isteri bertindak mengawal tindak tanduk suami dengan harapan suami dapat berubah sikap.

3. Suami terlalu berlembut

Kegagalan suami mengawal si isteri dalam rumah tangga. Suami terlalu berlembut, tidak tegas dan membiarkan isteri banyak buat keputusan termasuk hal-hal yang penting.

Ads

Apa tindakan lelaki?

1. Tegas

Jadilah lelaki sebenar. Maksudnya, lebih bertanggungjawab, tegas dan punya keperibadian yang baik.

2. Yakinkan isteri

Jika anda pernah tersilap langkah, yakinkan si isteri anda sudah berubah ke jalan lebih baik.

3. Beri nasihat

Jika si isteri ‘queen control’ bukan kerana anda, anda harus bersedia ambil risiko dengan memberi nasihat dan ubah sikapnya.

4. Lebihkan berkomunikasi

Ingatkan si dia semula tentang ketetapan syarak bahawa lelaki adalah ketua keluarga dan suami masih mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI