Foto hiasan: freepik - www.freepik.com

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, pada penghujung bulan ini kerajaan akan memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Ia merupakan satu berita baik yang cukup dinantikan oleh kita semua. Dan bagi meyakinkan orang ramai, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 buatan Pfizer.

Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin. Program berskala mega tersebut menyasarkan 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu menerima vaksin yang akan diberikan secara percuma dalam tiga fasa.

Fasa pertama dari Februari hingga April adalah untuk sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terbabit secara langsung dalam memerangi wabak itu.

Ketahui Sama Ada Anda Sesuai Atau Tidak Menerima Vaksin COVID-19
Foto hiasan: freepik – www.freepik.com

Fasa kedua dari April-Ogos adalah bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi selain golongan orang kurang upaya (OKU).

Fasa ketiga pula bagi golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas dari Mei ini hingga Februari tahun depan.

CARA VAKSIN BERTINDAK

Namun mungkin ramai masih tertanya-tanya bagaimanakah vaksin ini bertindak di dalam tubuh kita. Memetik penjelasan dari laman sesawang khas COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menjelaskan, vaksin ini adalah dari jenis mRNA (messanger ribonucleic acid).

IKLAN

Vaksin mRNA terdiri daripada jujukan genetik yang diselaputi oleh bahan yang boleh melindungi mRNA daripada tindakbalas enzim di dalam badan dan memastikan mRNA dapat memasuki sel imun tertentu seperti sel dendritic dan makrofaj di dalam nodul limpa yang berdekatan kawasan suntikan.

Ketahui Sama Ada Anda Sesuai Atau Tidak Menerima Vaksin COVID-19
Foto hiasan: pikisuperstar – www.freepik.com

Ia akan menterjemahkan jujukan genetiK untuk menghasilkan protein tertentu COVID-19 yang unik yang dikenali sebagai “spike protein”. “Spike protein” ini boleh merangsang imuniti badan tanpa menyebabkan penyakit.

Vaksin mRNA akan dimusnahkan oleh enzim di dalam sel selepas “spike protein” dihasilkan. Jujukan mRNA ini tidak memasuki nukleus dan tidak melibatkan bahan genetik DNA di dalam sel.

IKLAN

“Spike protein” yang dihasilkan oleh vaksin mRNA akan merangsang pembentukan antibodi yang spesifik terhadap COVID-19 dan boleh bertindakbalas sekiranya terdapat jangkitan COVID-19 pada masa akan datang.

Kita juga tidak perlu risau kerana Vaksin Comirnaty ini tidak menggunakan virus SAR-CoV-2 yang hidup. Oleh itu ia tidak akan menyebabkan penyakit COVID-19.

INDIVIDU TIDAK SESUAI TERIMA VAKSIN

Selain individu 18 tahun ke atas sahaja bpleh mengambil vasin terdapat beberapa kategori yang tidak sesuai menerima vaksin ini. Berikut merupakan beberapa kumpulan yang tidak sesuai menerimanya.

IKLAN

Vaksin Comirnaty tidak sesuai diberikan kepada:

  • Individu mempunyai sejarah alahan/alergi yang serius (cnth: anafilaksis) terhadap makanan/ubat/persekitaran sehingga memerlukan rawatan hospital.
  • Individu yang mengalami alahan/alergi yang serius selepas menerima dos pertama vaksin Comirnaty.
  • Individu yang menjalani transplan/pemindahan organ seperti buah pinggang atau sel stem darah dalam masa 3 bulan sebelum divaksinasi.
  • Individu yang sedang menjalani rawatan kanser seperti kemoterapi, radioterapi, imunoterapi.
  • Individu yang mengidap penyakit HIV dengan sel darah putih CD4 < 200 cells/mL
  • Ibu yang mengandung atau merancang untuk hamil
  • Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus/bakteria
  • Individu yang menerima rawatan antibodi monoclonal atau plasma darah sebagai rawatan untuk COVID-19 dalam masa 3 bulan sebelum divaksinasi
  • Individu yang mempunyai sel darah platelet yang rendah (< 50,000 per microlitre)

KKM juga memberi jaminan bahawa petugas kesihatan di pusat vaksinasi akan menerangkan dan memastikan hanya individu yang layak akan menerima vaksin Comirnaty.

Bagi kesan sampingan pula ia mungkin berbeza-beza bagi individu. Beberpa bentuk kesan sampingan yang mungkin boleh berlaku ialah:

Kesan sampingan yang mungkin boleh berlaku adalah seperti berikut:

  • Sakit pada kawasan suntikan
  • Sakit kepala/ pening
  • Sakit otot
  • Demam / menggigil
  • Sakit sendi
  • engkak pada Kawasan suntikan
  • Loya / rasa ingin muntah
  • Rasa lesu
  • Bengkak kelenjar nodus limp

Untuk maklumat lanjut tentang program vaksinasi ini, anda boleh dapatkan segala info penting di laman sesawang KKM di sini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI