Kulit lelaki cepat tua apabila adanya pengurangan pada fungsi organ dan tisu secara menyeluruh. Ia terjadi bila kulit terdedah dengan serangan radikal bebas yang disebabkan oleh beberapa faktor seperti sinaran ultraungu (UV), pencemaran dan tekanan.
Apabila usia semakin berlanjutan, kesannya pada kulit menjadi semakin ketara. Baik lelaki mahupun wanita, tentu anda sentiasa mencari penyelesaian terbaik untuk mengekalkan dan memulihkan keadaan kulit supaya kelihatan muda.
Oleh itu, anda perlu tahu punca kenapa kulit lelaki cepat tua dan cara-cara untuk mengatasinya.
Maskulin mendapatkan pandangan Dr. Desmond Fernandes iaitu Doktor Pakar Bedah Plastik Afrika Selatan yang terkenal di seluruh dunia dan juga pengasas produk penjagaan kulit generasi baru, Environ®, tentang proses penuaan terjadap kulit lelaki.
Oleh itu, sebelum masalah ini terus melarat sebaiknya anda cegah dahulu. Ini rahsia untuk yang lelaki perlu amalkan kalau nak elak kulit cepat tua.
Penjagaan kulit lelaki bukanlah sekadar pisau cukur dan krim mencukur kerana banyak lagi yang perlu anda pertimbangkan. Bagi memastikan penampilan anda sentiasa elok, berikut adalah regim penjagaan kulit lelaki yang ringkas dalam masa 10 minit sahaja.
Pembersihan adalah satu-satunya perkara yang paling penting untuk muka anda. Jika anda menggunakan sabun mandi, kulit anda akan menjadi kering akibat bahan kimia di dalamnya. Gunakanlah sabun pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit anda dan sapukan amaun bersaiz duit syiling untuk menghapuskan segala habuk dan kekotoran harian. Jika anda kesuntukan masa, gunakan sabun pencuci muka sewaktu mandi semasa kulit anda masih basah. Tempoh Masa: 2 minit.
Gunakan sental harian yang membersihkan minyak dan kekotoran dalam liang-liang anda bagi menghasilkan kulit yang bersih dan licin sepanjang hari. Untuk melicinkan dan mengelakkan kulit menjadi suram, sapukan sental kepada hujung jari anda dan urut permukaan muka anda dengan lembut mengikut pergerakan membulat. Tempoh Masa: 3 minit.
Sabun pencuci badan kuat dengan bahan detoksifikasi dan keharuman maskulin klasik boleh mengembalikan tenaga anda apabila anda memerlukannya. Gunakan sabun pencuci badan yang direka untuk mencuci kekotoran dan meninggalkan perasaan bersih, segar dan sedia bertindak. Tempoh Masa: 3 minit.
Kulit anda sentiasa memerlukan pelembab dengan SPF 15 untuk muka dan perlindungan UV untuk badan bagi mengembalikan kandungan kelembapan kulit, bagi melindungi kulit anda daripada sinaran merbahaya dan meredakan kerengsaan akibat bercukur. Sejukkan kulit kering anda dengan losen badan yang mengandungi Vitamin E dan Perlindungan UV bagi mengekalkan kesegaran kulit apabila anda melangkah keluar. Tempoh Masa: 2 minit.