Emoji sudah menjadi perkara biasa digunakan masa kini sama ada di aplikasi chat atau media sosial. Pasti tidak lengkap chat atau komen anda jika tidak disertakan dengan emoji.
Antara emoji yang sering digunakan dan popular ialah emoji hati. Namun tentu anda tertanya-tanya, kenapa emoji bentuk hati ini mempunyai pelbagai warna, padahal hati sering digambarkan dengan warna merah?
Ketahui maksud di sebalik setiap warna emoji bentuk hati ini. Jadi pastikan selepas ini anda tidak tersalah guna.
1. Merah
Ia menggambarkan simbol klasik tentang cinta sejati yang sedang berkobar-kobar dan semangat untuk terus mencintai.
2. Hitam
Digunakan dalam konteks yang bertentangan dengan hati merah, emoji warna hitam mengekspresikan kesedihan dan penderitaan. Sesetengah pengguna memilih emoji warna ini bagi menggambarkan jenaka gelap (dark humor).
3. Kuning
Emoji hati warna kuning pula menandakan cinta kasih dan kemurnian hati. Ia cenderung ke arah kebahagiaan, hubungan persahabatan dan perasaan gembira dalam hidup.
4. Hijau
Nama lain untuk emoji warna hijau ialah “emoji cemburu”. Ia menunjukkan perasaan iri hati, selain menggambarkan kehidupan yang dekat dengan alam, organik dan gaya hidup sihat.
5. Ungu
Emoji warna ungu sering digunapakai oleh pengguna yang memuat naik gambar pakaian atau solekan. Selain itu, ia juga menggambarkan kasih sayang atau cinta sesama manusia.
6. Biru
Emoji hati warna biru pula sering dipakai bagi menunjukkan sokongan dan kesedaran Autisme. Ia juga melambangkan kepercayaan, keharmonian, kedamaian dan kesetiaan.
7. Merah jambu dengan kilauan
Dikenali sebagai “emoji bintang”, emoji ini sering digunakan oleh Instagrammers untuk menarik perhatian pengikut di media sosial.
8. Beating heart
Emoji ini dikenali sebagai “emoji penggera jantung”. Ia membawa maksud perasaan gementar lebih-lebih lagi ketika kali pertama anda menghantar mesej dengan orang yang disayangi.
9. Growing heart
Emoji merah jambu yang kelihatan seperti hati di dalam hati lain ini dicipta untuk menggambarkan perasaan jatuh cinta yang semakin berkembang. Ada ketikanya, emoji ini digunakan oleh pengirim yang merasa dia sedang jatuh cinta.
Sumber: The Sun UK
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI