Salah satu cara untuk menghilangkan bulu-bulu halus yang tumbuh dekat badan, muka atau nak merapikan misai, janggut dan jambang misalnya boleh dilakukan dengan menggunakan cara waxing.
Selain lebih cepat dan murah berbanding rawatan laser, menggunakan benang (threading) atau pelunturan, waxing mampu mencabut bulu-bulu halus tersebut terus dari akarnya.
Walaupun begitu, demi memastikan kita mampu tampil sebagai golongan maskulin yang boleh dikategorikan sebagai lelaki sofistikated, anda perlu mengetahui baik dan buruknya untuk melakukan waxing ini :
Kebaikan
1. Kesan waxing lebih tahan lama berbanding bercukur dan kebiasaannya, ia boleh bertahan sehingga 2 minggu lamanya.
2. Proses waxing adalah mencabut bulu dari akarnya. Jadi jika tumbuh bulu baharu, ia akan lebih halus dan lembut berbanding kesan daripada bulu yang dicukur.
Ads
3. Teknik waxing mampu menanggalkan kesemua bulu-bulu yang ada dan dijamin tidak satu helai bulu pun yang akan tertinggal.
4. Kesan kerosakan folikel rambut akibat waxing bukanlah sesuatu yang merbahaya, sebenarnya ia memberi kebaikan dalam jangka masa panjang kerana folikel yang rosak akan mengurangkan pertumbuhan rambut atau bulu yang baharu.
5. Amat sesuai untuk mereka yang mempunyai bulu halus yang banyak kerana ia meninggalkan kesan yang lebih halus dan licin berbanding teknik pelunturan.
Ads
6. Apa yang paling penting adalah proses waxing sememang murah dan sangat menjimatkan dan boleh melakukan waxing sendiri di rumah dengan pelbagai produk waxing dijual di pasaran.
Keburukan
1. Rasa sakit sedikit. Tapi tak adalah sakit mana pun. Sakit geli-geli jer.. Bukan apa, kulit muka kan lebih sensitif dan nipis. Nak kacak kenalah tahan sikit. Baru jantan!
Ads
2. Anda mungkin mengalami kesan kulit seperti terbakar, kegatalan atau alergi. Jadi, pilihlah barber shop, butik atau spa kecantikan yang profesional untuk melakukan waxing.
3. Jangan pernah serik untuk mendapatkan kesan yang konsisten. Anda cuma terpaksa hadapi rasa sakit geli-geli setiap bulan untuk menerima hasil yang terbaik.
4. Hati-hati apabila anda terlalu kerap waxing, pori-pori yang ‘kosong’ tanpa bulu boleh menyebabkan bintik putih timbul atau lebih teruk lagi bisul. Jadi tunggu masa sesuai.
5. Anda terpaksa menghentikan aktiviti luar selama 24 jam bagi mengelakkan sebarang jangkitan terhadap kulit yang baharu sahaja di waxing.
6. Bergantung juga kepada individu, waxing ada kalanya boleh menyebabkan timbul tompokan darah sementara akibat kesan tarikan waxing.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, sudah beberapa kali terkena apabila membeli perfume yang tidak tahan lama dan tidak sesuai dengan jenis bau badan sendiri. Mencari perfume yang sesuai dengan badan dan juga karakter diri kadangkala bukanlah senang. Apatah lagi mencari yang sesuai dengan hidung kita sendiri.
Antara pengajaran yang diperolehi, jangan beli berdasarkan jenama semata. Kerana setiap orang mempunyai karakteristik berbeza. Jadi tidak salah kita jadi lebih cerewet dalam memilih perfume yang sesuai. Lagipun harga perfume berkualiti pun bukanlah murah.
Berdasarkan misi mencari perfume sesuai, MASKULIN ingin kongsi beberapa info tan tip berguna untuk anda..
FAHAMI JENIS BAU DAN KARAKTERNYA
FRESH ATAU MENYEGARKAN
Antara bauan yang sinonim dengan karakter segar ialah Giorgio Armani Acqua di Gio. Sesuai untuk anda yang tak melakukan aktiviti terlalu lasak dan lebih banyak habiskan mada dalam pejabat.
FLORAL
Ya, lelaki juga boleh guna minyak wangi berbau bungaan. Tapi tidak semua jenis bau bunga yang sesuai. Buat lelaki bau bunga lavender mampu memberikan personaliti seksi kepada pemakainya. Dior Homme antara contoh perfume bau seperti ini.
WOODY ATAU KAYU
Minyak wangi yang paling sinonim dengan karakter maskulin dan kelelakian. Mampu menyerlahkan sifat kejantanan paling maksima kerana ia lebih keras dan mampu memberikan gaya keyakinan kepada pemakainya.
Setiap minyak wangi mempunyai keistimewaan tersendiri. Sebagai contoh keberkesanannya di dalam kondisi atau persekitaran tertentu. Jika anda mahu elemen tarikan luar biasa di pejabat pilihlah bau woody. Manakala untuk lebih santai dan bersahaja, bauan fresh paling sesuai buat anda. Dan jika anda ingin tampil seksi pada janji temu pilihlah bauan floral.
PENGGUNAAN KE MAJLIS
Setiap majlis pastinya datang dengan tema berbeza. Sebagai seorang lelaki yang mementingkan karakteristik bauan pastinya anda ingin memilih minyak wangi sesuai dengan acara.
Majlis formal – bauan yang mempunyai sifat elegan dan eksklusif seperti Amouage, Creed atau Tom Ford
Majlis tak formal – sesuai dengan bauan woody atau fresh yang sesuai dengan karakter anda. Antara pilihan sesuai Polos Sport Extreme dan Bleu de Chanel.
Aktiviti luaran – pilihlah minyak wangi yang menyerlahkan bau ketika anda berpeluh.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mencari perfume yang betul-betul sesuai. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memberi kesegaran maksima pada kulit wajah lelaki. Tidak sekadar memberi kelembapan malah memulihkan kulit dari dalam dan memberi perubahan secara keseluruhan dari aspek kualiti kulit dengan membasmi kelesuan dan keletihan yang diekspresikan oleh wajah akibat seharian bekerja serta mengurangkan garis halus selain membaiki tona kulit agar lebih sekata.
RAMBUT TIDAK TERURUS?
Bad Lab Like A boss
Mampu buat rambut tampak lebih kemas mengikut stail dan gaya anda. Clay rambut yang mempunyai garapan ‘fluidipure’ 8G yang merupakan ‘biometric’ aktif agar dapat mengelakkan iritasi pada kulit kepala dan rambut serta menjadikan rambut kelihatan stail dan segar.
RAMBUT BERMINYAK DAN BUSUK?
Schwarzkopf Profesional BC Scalp Therapy Deep Cleansing Shampoo
Nyata syampu yang membersihkan secara mendalam sehingga ke akar rambut agar membasmi kekotoran dan minyak akibat udara kotor. Kaya dengan panthenol, glycerin, asid amino dan vitamin B3 untuk melembut dan memberi kesegaran pada rambut.
WAJAH TIDAK BERMAYA?
Kiehl’s Ultra Facial Overnight Hydrating Masque
Memberi hidrasi berpanjangan pada kulit wajah kusam agar tampak lebih segar dan bermaya. Ia dirumuskan khas untuk semua jenis kulit agar kulit tampak lebih sihat.
BADAN BERBAU BUSUK?
Jack Black Cool CTRL Natural Deodorant
Bukan sekadar deodorant biasa yang hanya memberi perlindungan sementara. Mempunyai formula ‘free-alumunium’ yang hadir dalam teknologi membasmi bau badan, ia juga berfungsi sebagai anti-bakteria secara semula jadi untuk menghalang bau badan yang ketara untuk kesegaran sepanjang hari.
Biotherm Homme Aquafitness Shower Gel
Memberi kesegaran nyata buat tubuh dan rambut secara maksima. Hadir bersama sensasi haruman yang ‘fresh’ dan nyaman pasti buat diri anda rasa paling istimewa kala dibelai lembut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masalah kelemumur boleh menyerang kulit kepala semua golongan tak kira lelaki mahupun wanita. Kelemumur adalah keadaan dimana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan. Lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari.
Dalam keadaan kelemumur, kulit kepala akan tumbuh dengan cepat dan diperbaharui setiap 11 hari. Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan diatas kulit kepala boleh menyebabkan bertambahnya pembentukan kelemumur.
Jika ia tumbuh sikit-sikit rasanya okay lagi, tapi kalau dah berkeping-keping tu, euww tengok pun geli. Bila kelemumur terlalu banyak, kadangkala ia boleh dilihat gugur pada baju. Ada juga individu yang malu apabila ditegur.
Jadi, apa yang korang boleh buat untuk merawat masalah kelemumur ini? Rawatan awal adalah dengan menggunakan syampu anti-kelemumur. Untuk meningkatkan keberkesanan syampu, buang sisik-sisik kelemumur perlahan-lahan dengan sikat atau berus rambut.
Berikut adalah jenis-jenis syampu yang disyorkan oleh Public Health Malaysia untuk merawat masalah kelemumur.
1. Syampu berasaskan Tar
Neutrogena T/Gel
Memperlahankan kematian sel kulit kepala
2. Pyrithione Zink Shampoo
Derma Zink
Anti-bakteria dan anti-kulat
3. Syampu Selenium Sulfide
Salsun Blue, Head & Shoulder Intensif
Mengandungi anti-kulat
4. Syampu dengan Salicylic Acid
Neutrogena T/Sal, Baker’s P&S
Untuk membuang sisik kelemumur
5. Syampu dengan Ketoconazole
Bagi korang yang mempunyai masalah kelemumur, bolehlah cuba untuk mencari syampu-syampu seperti yang dinyatakan diatas. Namun, sekiranya penggunaan syampu tidak berkesan, dapatkan pemeriksaan lanjut dan nasihat daripada doktor pakar.