Ketahui Cara Untuk Elak Mulut Bau Busuk Dan Dikecam Orang Sebelah!

Share

Cara untuk merapatkan sesuatu hubungan adalah dengan berkomunikasi dan bercakap secara verbal adalah langkah normal yang sering digunakan.

Namun yang sering menjadi masalah adalah apabila orang yang bercakap itu tidak sedar bahawa mulutnya berbau busuk sehingga mengganggu orang sebelah.

Perkara ini menunjukkan penting bagi seseorang itu menjaga kebersihan mulut untuk meningkatkan keyakinan diri dan keselesaan orang lain.

Berikut adalah cara terbaik untuk menjaga kebersihan mulut daripada terus berbau busuk :

1. Berus gigi dengan sempurna

Anda disarankan untuk memberus gigi dua kali sehari, pada awal pagi dan sebelum masuk tidur. Ia bertujuan untuk menghapuskan bakteria, kuman dan plak yang boleh menyebabkan pereputan dan nafas berbau. Ketika memberus,jangan tergesa-gesa. Dua minit sudah memadai.

2. Gunakan ubat gigi yang kandungi fluorida

Gunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida (Melindungi pereputan gigi) dan berus berbulu lembut. Penggunaan berus gigi elektrik mungkin satu kelebihan kerana ia lebih bertenaga (masih lembut) dan benar-benar dapat membersihkan gum di celah-celah gigi.

3. Teknik gosokan harus betul

Tidak kira apa jenis berus gigi, teknik memberus yang betul sangat digalakkan agar gigi tidak mudah rosak, gusi terkoyak ketika memberus dan menanggalkan kuman atau bakteria yang melekat. Apa penting untuk memberus bahagian dalam dan permukaan gigi. Jangan lupa pada lidah yang dipenuhi dengan bakteria/kuman penyebab bau nafas.

4. Tukar berus gigi lama

Tukar atau beli berus gigi baru setiap dua bulan sekali atau secepat mungkin jika bulu rosak, anda menjatuhkan berus gigi di atas lantai tandas atau terdedah dengan sesuatu yang kotor.

5. Flos celahan gigi

Dengan hanya memberus tidak mencukupi untuk mengekalkan mulut bersih dan sihat. Jadi, gunakan flos untuk menanggalkan kotoran pada celah antara gigi serta gum yang sukar untuk ditanggalkan oleh berus gigi. Pada mulanya ia sedikit menyakitkan, lama-lama ia sangat ringkas dan mudah.

6. Gunakan flos 18 inci

Untuk menggunakan flos, panjang paling sesuai ialah 18 inci.

7. Teknik guna flos dengan betul

Gulung flos di sekeliling jari telunjuk pada sebelah tangan dan selebihnya di sekeliling jari tangan yang lain. Tinggalkan kira-kira 1 inci atau lebih flos. Gunakan ibu jari dan jejari untuk tarik lembut flos dari garisan gum ke bahagian atas gigi, ia mudah mengikis plak degil pada celah gigi.

Published by
Akyem Samad