Seorang individu boleh kentut sehingga 20 kali sehari. Sama ada anda mengaku atau tidak, tiada siapa yang boleh mengelakkan proses semulajadi ‘membuang angin’ ini. Namun, jika kekerapan kentut anda lebih daripada itu, ia mungkin faktor-faktor berikut.
1. Makan terlalu laju
Setiap kali makan, kita sebenarnya turut menelan udara bersama-sama makanan dan minuman tersebut. Maka lebih laju anda makan, lebih banyak udara yang anda telan. Kebanyakannya akan dikeluarkan kembali apabila anda sendawa, tetapi udara selebihnya itulah yang akan menyebabkan kembung dan menambahkan kekerapan anda buang angin. Anda juga mungkin menelan banyak udara apabila mengunyah gula-gula getah, menghisap gula-gula atau minum melalui straw.
2. Terlalu banyak mengambil pemanis tiruan
Ya, pemanis tiruan mengandungi kurang nilai kalori berbanding gula biasa. Walaubagaimanapun, sistem badan manusia tidak boleh bertoleransi dengan pemanis tiruan seperti sorbitol, mannitol dan sorbito. Tambahan pula, pemanis tiruan turut mengandungi alkohol gula yang boleh menyebabkan gas dan perut kembung.
3. Menghidap Irritable Bowel Syndrome (IBS)
IBS merupakan sindrom kronik yang menyerang usus besar. Bagi sesetengah penghidap IBS, koordinasi pengecutan otot yang menggerakkan makanan dari perut ke rektum menjadi lebih kuat atau lama, menyebabkan gas, kembung dan cirit-birit. Atau pengecutan otot menjadi semakin lemah, melambatkan proses pergerakan makanan sehingga menyebabkan sembelit.
4. Tidak toleran terhadap laktosa
Sesetengah individu tidak boleh menghadam produk tenusu seperti keju, yogurt dan susu dengan baik. Laktosa – gula yang terkandung si dalam susu – perlu diuraikan oleh enzim laktase yang dihasilkan oleh usus kecil. Kekurangan enzim laktase menyebabkan laktosa tidak dapat dihadam dan terus masuk ke kolon lalu diuraikan oleh bakteria; maka bermulalah masalah gas. Intoleransi laktosa merupakan perkara biasa yang biasanya bermula di peringkat dewasa, apabila penghasilan enzim laktase turun mendadak.
5. Hidangan berkarbohidrat
Jika diet anda mengandungi banyak kekacang, tauge, kubis atau bunga kubis, kandungan fiber di dalamnya adalah baik untuk sistem penghadaman, mengatur gula dan kolesterol dalam darah, dan mengawal berat badan. Namun kesan sampingannya anda akan kentut selepas makan. Ini disebabkan perut dan usus kecil tidak dapat menyerap kesemua karbohidrat (gula, kanji, fiber) di dalam makanan yang diambil. Brokoli dan kekacang, makanan yang dikatakan ‘berangin’ pula sebenarnya tinggi kandungan raffinose (sejenis karbohidrat) yang tidak dapat dihadamkan oleh badan. Ia akan diuraikan oleh bakteria di dalam kolon, dan menghasilkan gas sebagai produk sampingan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI