Orang ramai yang terkandas di kampung disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diberi kebenaran oleh kerajaan untuk melakukan perjalanan rentas antara negeri bermula Khamis ini.
Setiap pergerakan untuk pulang ke kediaman masing-masing hendaklah didaftarkan dengan mengisi permohonan maklumat melalui aplikasi mudah alih Gerak Malaysia.
7 Mei 2020 – Kuala Lumpur
8 Mei 2020 – Perak, Johor, Kelantan
9 Mei 2020 – Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang
10 Mei 2020 – Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu
Sebelum memulakan perjalanan pulang ke kediaman masing-masing, pastikan anda baca 11 soalan lazim tentang aplikasi mudah alih Gerak Malaysia dan Perjalanan Rentas Antara Negeri sebagaimana yang dikongsikan Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
ini.Semoga kepulangan anda ke kediaman masing-masing berjalan lancar.
Terdapat enam perkara utama yang perlu dipatuhi oleh orang ramai ketika membuat pergerakan rentas negeri bermula 7 hingga 10 Mei 2020.
Setiap pergerakan yang ingin dibuat hendaklah didaftarkan melalui aplikasi mudah alih Gerak Malaysia atau secara manual dengan memuat turun borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia, www.rmp.gov.my.