
Orang ramai yang terkandas di kampung disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diberi kebenaran oleh kerajaan untuk melakukan perjalanan rentas antara negeri bermula Khamis ini.
Setiap pergerakan untuk pulang ke kediaman masing-masing hendaklah didaftarkan dengan mengisi permohonan maklumat melalui aplikasi mudah alih Gerak Malaysia.
Berikut merupakan jadual pergerakan merentas antara negeri bermula 7-10 Mei:
7 Mei 2020 – Kuala Lumpur
8 Mei 2020 – Perak, Johor, Kelantan
9 Mei 2020 – Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang
10 Mei 2020 – Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu
Sebelum memulakan perjalanan pulang ke kediaman masing-masing, pastikan anda baca 11 soalan lazim tentang aplikasi mudah alih Gerak Malaysia dan Perjalanan Rentas Antara Negeri sebagaimana yang dikongsikan Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) ini.
Semoga kepulangan anda ke kediaman masing-masing berjalan lancar.
11 Perkara tentang aplikasi mudah alih Gerak Malaysia dan Perjalanan Rentas Antara Negeri
6 perkara utama yang membabitkan Pergerakan Merentas Antara Negeri
Terdapat enam perkara utama yang perlu dipatuhi oleh orang ramai ketika membuat pergerakan rentas negeri bermula 7 hingga 10 Mei 2020.
Setiap pergerakan yang ingin dibuat hendaklah didaftarkan melalui aplikasi mudah alih Gerak Malaysia atau secara manual dengan memuat turun borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia, www.rmp.gov.my.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
7 Sebab Rakyat Malaysia Lambat Kahwin Terutamanya Lelaki, Salah Satunya Bab Hantaran Tinggi Melambung

Bernikah, berkahwin atau kata lain mendirikan rumahtangga merupakan sebuah proses yang sangat kompleks yang memerlukan persediaan fizikal,bahkan mental yang tinggi.
Menurut kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sebab utama rakyat Malaysia memilih untuk tidak berkahwin berbeza mengikut jantina. Lebih separuh responden lelaki meletakkan masalah kewangan sebagai punca tidak berkahwin walaupun sudah menemui pasangan yang sesuai. 35 peratus responden wanita menyatakan punca mereka tidak berkahwin adalah kerana tidak menemui pasangan yang sesuai.
Berikut adalah tujuh penghalang paling besar yang admin rasakan kerap menjadi punca mengapa seseorang itu enggan berkahwin dan mengapa masyarakat perlu bersedia untuk berubah sekiranya kita masih sayangkan institusi perkahwinan.
1. Kita tetapkan hantaran tinggi
Agak tak logik permintaan masyarakat kita tentang perihal hantaran sekarang ini. Dengan kos sara hidup yang meningkat, jumlah mereka yang mempunyai simpanan melebihi 6 bulan gaji di negara kita adalah hanya 6 peratus sahaja. Tetapi seperti sudah biasa pula kita dengar hantaran perkahwinan melebihi RM10 ribu ringgit, sehinggakan ramai anak muda kita memilih untuk tidak berkahwin selagi tidak ada wang hantaran yang cukup. Sekiranya pihak keluarga perempuan merasakan hantaran itu perlu, kenapa selalunya nilai yang ditetapkan tak masuk akal?
Memang sukar untuk dipercayai dalam sebuah masyarakat yang setuju banyak perkara memerlukan kos yang tak masuk akal, kita sendiri burukkan lagi dengan permintaan hantaran yang mampu membuatkan ramai lelaki rasa lebih baik membujang.
2. Masyarakat terkejut kalau kenduri diadakan ringkas!
Dek kerana kita dah terbiasa dengan kenduri yang besar, kenduri-kenduri yang diadakan secara kecil-kecilan atau sederhana kerap dijadikan isu viral. Kita semua tahu kenapa perkara itu berlaku; jangkaan masyarakat terhadap sesuatu kenduri itu normanya berada di satu tahap yang agak tinggi. Kenduri yang besar kerap dijadikan contoh pada masyarakat kita, selain pengaruh pihak media yang kerap menjulang perkahwinan bersifat mega atau ‘wedding of the year’ selebriti.
Ini menjadikan perkahwinan kecil dipandang unik sementara perkahwinan besar dianggap norma masyarakat. Sama seperti hantaran, ini juga satu perkara yang berada dalam kawalan kita tetapi entah mengapa, kita sendiri setuju untuk menyusahkan pasangan dan keluarga.
3. Ramai takut hidup berubah selepas berkahwin
Sudah pasti hidup kita akan melalui banyak perubahan ekoran perkahwinan. Anak muda yang sebelum ini bebas keluar siang malam tiba-tiba perlu menghadkan masanya untuk rumah. Gadis yang sebelum ini bebas, tiba-tiba perlu memikul tanggungjawab menjadi suri rumah. Kesan yang paling ketara ketara dalam karier. Bagaimanapun, meletakkan karier nombor satu bukanlah solusi kepada isu ini, kerana ini akan membawa kepada masalah lain kemudian hari. Apa yang lebih baik sebenarnya adalah anda mengorbankan diri melakukan kedua-duanya serentak, tanpa memilih salah satu sejak mula.
Kenapa kita hadkan diri kita salah satu, sama ada memilih karier atau memilih untuk membangunkan keluarga?
4. Tak suka terikat dengan Komitmen
Justeru lelaki beranggapan mereka tidak kesunyian dengan masa terluang mereka dihabiskan menghadap komputer. Jika berkahwin, pasti mereka tidak berkesempatan melakukan itu semua dan perlu memenuhi tanggungjawab sebagai suami dan bapa.
Orang zaman sekarang ini terlalu manja. Oleh kerana kita ada banyak minat, banyak hobi serta banyak kemahuan sendiri – kita rasakan baik untuk kita mementingkan. Akan tiba satu masa kita tersedar, barulah kita rasa gelabah untuk berubah melihat orang lain gembira bersama keluarga.
5. Rekod media sosial bakal pasangan
Jika zaman dahulu kualiti seseorang bakal pasangan hanya dapat dinilai daripada tingkah laku dan kelakuan, zaman sekarang bukan setakat pasangan, seluruh ahli keluarga dapat menilai sendiri bagaimana bakal pasangan keluarga kita melalui perkara yang direkodkan dalam media sosial. Apa saja perangai tak senonoh, mengada-ngada atau memalukan yang berlaku dicatat dalam internet, daripada gambar bersama bekas kekasih, aktiviti harian, siapa jaringan kawan kita, corak hidup kita dan bermacam lagi.
6. Tak fikir masa depan
Majlis perkahwinan zaman sekarang sudah jadi satu bukti nyata pemikiran singkat, di mana seseorang itu dianggap perlu bersedia membelanjakan satu amaun yang banyak untuk upacara dua tiga hari. Kes-kes pasangan berkahwin dan kemudian bersusah payah membayar pinjaman peribadi sudah jadi perkara biasa. Kes bercerai sebelum habis bayar pinjaman pun dah selalu dibaca.
Sudah banyak tips dan nasihat ditulis bagi membantu pasangan mendapatkan pinjaman dalam internet! Bukankah itu sesuatu yang gila? Perkara yang sepatutnya dilakukan adalah dengan mengubah mentaliti masyarakat supaya hanya berbelanja sekadar mampu. Namun dalam dunia yang semakin materialistik ini, ramai pula orang yang sanggup berkorban untuk kemewahan sementara kemudian mengeluh kesusahan nak kumpul deposit beli rumah sepanjang hayat mereka.
7. Ilusi pilihan yang menipu
Masyarakat dunia ketika ini kerap menekankan kepentingan mengutamakan pilihan peribadi pada manusia. Setiap pilihan individu dikatakan terbaik untuk diri sendiri kerana kita diyakinkan pilihan sendiri, adalah pilihan yang terbaik untuk kita. Kita rasa hebat bila kita mampu buat pilihan sendiri, tanpa campur tangan pihak lain – tetapi dalam hidup bermasyarakat dan berkeluarga, pendapat pihak lain sebenarnya sangat penting dalam membantu kita membuat keputusan.
Banyak pilihan dibuat berdasarkan hawa nafsu semata-mata tanpa memikirkan sebab praktikal dan kesan jangka panjang keputusan yang akan kita buat. Atas sebab itulah pada admin, terlalu ramai individu yang takut untuk kahwin, kerana kita masih lagi mahu kawalan sepenuhnya ke atas hidup kita. Kita takut dengan perkahwinan kerana itu akan membuat kita hilang kawalan dan terpaksa ‘go with the flow’ dengan hidup, ekoran tanggungjawab baru berkeluarga.
Dalam bab kehidupan selepas perkahwinan, perubahan yang bakal berlaku dan kesan-kesan positif serta negatif yang akan terjadi akibat perkahwinan pula, itu pula isu yang anak muda zaman sekarang cuba nak kawal sebaik mungkin, walaupun perkara itu belum berlaku.
Rujukan : Till Debt Do Us Part
Via : Illuminasi
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Pomade Paling Senang Nak Dicuci Selepas Dipakai

PENAMPILAN RAMBUT YANG KEMAS DAN MENARIK TIDAK HANYA MILIK WANITA. DALAM MAJORITI TAYANGAN IKLAN, DRAMA JUGA FILEM, GAYA RAMBUT LELAKI DITAMPILKAN PENUH KEMAS DAN SEGAK YANG MENYERLAHKAN LAGI DAYA MASKULIN.
BAGI KAUM ADAM, RAMBUT YANG BERSIH DAN BEBAS KELEMUMUR SEMEMANGNYA MENJADI ASET BERHARGA UNTUK MEREKA. IA JUGA DIKATAKAN SERING BERTINDAK SEBAGAI DAYA TARIKAN LELAKI UNTUK MEMIKAT HATI WANITA IDAMAN.
Selain bersyampu dan merapikan rambut, penggunaan produk untuk membentuk rambut juga menjadi satu kemestian bagi lelaki moden. Pomade adalah sejenis minyak rambut yang diperbuat daripada zat minyak atau lilin yang digunakan untuk pengayaan rambut. Pomade membuat rambut kamu lebih licin dan kilat. Nampak seperti basah tetapi tidak. Ia memberi ketahanan kepada rambut ketika kamu mengayakan stail rambut kamu itu. Kalau kamu nak tahu, pomade zaman sekarang berbeza dengan Pomade zaman dulu. Dulu gunakan lemak beruang atau khinzir sebagai bahan asas. Pada zaman sekarang mereka menggunakan Lanolin, Beeswax dan Petroleum Jelly. Pomade terkenal di kalangan lelaki kerana dapat membuat rambut menjadi keras! Kita boleh lihat pelbagai jenama pomade yang sedia ada ketika ini. Siap ada perisa buah-buahan lagi. Seperti kita tahu, pomade kini dijual dengan harga yang agak tinggi (mahal juga sebenarnya) tetapi kamu harus tahu juga kelebihan dan keburukan memakainya.
Kelebihan
- Membuat rambut seperti baru lepas mandi (kira nampak fresh la bila orang tengok tu).
- Membuat rambut duduk dalam keadaan rapi dan tidak mudah di tiup angin.
- Mudah untuk kamu mengayakan rambut mengikut cita rasa kamu sendiri.
KAMI LISTKAN BEBERAPA JENIS POMADE YANG SANGAT BAGUS, MURAH DAN TAHAN LAMA!
HIPSTER POMADE (VANILLA)
RM35.00
SUAVECITO POMADE – Original Hold
RM55.00
Suavecito pomade (ORIGINAL HOLD) Suavecito pomade adalah pomade berasaskan air yang mempunyai bau yang hebat dan mampu menjaga rambut anda rapi sepanjang hari. Suavecito pomade boleh dibasuh dengan air. Sabun atau syampu tidak diperlukan untuk membersihkan pomade. Tiada bahan kimia!
Gunakan pada rambut yang lembap, letakkan sedikit di telapak tangan anda gosokkan telapak tangan dan jari anda untuk memanaskan produk. Sapukan secara merata ke rambut anda. Sikat rambut anda ke dalam gaya yang diingini.
SUAVECITO PREMIUM BLENDS HAIR POMADE
RM75.00
Dicipta dari campuran kualiti terbaik berasaskan air berasaskan pomade dan berasaskan berasaskan minyak. Tidak boleh merosakkan rambut pengguna atau kulit kepala. Pomade ini boleh bertahan sepanjang hari dan pengguna tidak akan merasa renyah dan kekal selesa. Mudah dibasuh dan tahan lama, tidak berminayk. Dicipta untuk kepala yang sihat dari bahan semula jadi seperti Minyak Kelapa, Minyak Jojoba dan Minyak Lavender Tiada aroma buatan, warna atau bahan kimia.
JS SLOANE POMADE – HEAVYWEIGHT BRILLIANTINE
RM75.00
Disyorkan untuk menggunakan pada rambut kering untuk rasa yang lebih mudah diurus dan sepanjang hari menyegarkan. Letakkan brilliantine kecil ke telapak tangan, gosok sekali dengan kuat, kemudian keluarkan tangan ke atas rambut dari depan ke belakang. Ini boleh diulang pada sisi untuk melihat licin tambahan. Anda juga boleh menambah beberapa titis air di tangan untuk kelihatan licin, menyikat rambut ke dalam gaya yang diingini.
MAGNUM POMADE
RM40.00
Gosok sebilangan kecil sama rata melalui rambut lembap dan gaya yang dikehendaki. Untuk restyling, tambah sedikit air untuk mengaktifkan semula pomade. Mudah dibasuh dengan air
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Bagaimana Untuk Menaikkan Stamina Diri Kamu? Lelaki, Kamu Wajib Baca!

Kita sering mendengar mengenai istilah stamina, tak pancit, fit dan sebagainya. Semua orang tentu tahu apakah itu stamina yang sebenarnya, dan di mana terletaknya stamina seseorang.
KITA JUGA TELAH DIDEDAHKAN DENGAN ISTILAH STAMINA SEJAK KITA MENGENAL MATAPELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KETIKA BERADA DI SEKOLAH LAGI, ATAU SEJAK KITA BERKECIMPUNG DENGAN AKTIF DALAM SUKAN-SUKAN TERTENTU.
Pada artikel kali ini, kita tidak mahu bercerita mengenai hal lelaki tua yang pancit (tiada stamina) ketika berfutsal malam semalam, atau pakcik tua yang semput menaiki tangga ketika pergi untuk memperbaharui lesennya pada minggu lepas.
Kita akan menyenaraikan 5 fakta menarik mengenai stamina, yang kemungkinan ada di kalangan anda sudah tahu, atau tak tahu.
1 – Seseorang itu akan dikatakan mempunyai stamina yang tinggi jika dia mampu melakukan sesuatu pekerjaan (yang melibatkan pergerakan fizikal tubuh badan) secara berterusan untuk suatu tempoh yang agak lama, tanpa menunjukkan tanda-tanda letih ataupun lelah.
2 – Stamina juga kadangkala mengambil masa yang agak panjang untuk dibentuk, namun untuk kehilangannya hanya akan mengambil masa yang singkat. Kebiasaannya, stamina seseorang individu itu berkemungkinan akan hilang lebih 50% jika berhenti bersenam selama 2 minggu.
3 – Stamina amat bergantung pada faktor usia. Semakin berusia seseorang individu itu maka stamina mereka juga semakin menurun. Ini bukan sahaja merujuk pada stamina mereka untuk aktiviti kecergasan malah stamina ketika berada di ranjang bersama pasangan juga.
4 – Tahap stamina anda boleh dianggap pada tahap yang sangat memuaskan jika anda mampu untuk berjogging sambil bercakap seperti biasa dalam jangkamasa yang agak lama, tanpa berasa mengah mahupun pancit.
5 – Antara sukan-sukan yang secara umumnya memerlukan stamina yang tinggi adalah berlari untuk maraton, bertinju, tenis, bola sepak, dan berenang. Mendaki bukit ataupun gunung juga tidak kurang hebatnya dalam mencabar stamina seseorang.
Jadi kita telah berjaya kupaskan sedikit sebanyak mengenai stamina dan apakah istilah sebenar stamina kepada seseorang lelaki. Lepas ni kemungkinan kita juga akan turut mengupas tentang cara untuk meningkatkan dan juga mengekalkan stamina, dan juga tanda-tanda penurunan stamina. Diharapkan perkongsian ini akan membawa manfaat buat anda.
sumber: lelakisihat.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI