MASKULIN yakin bahawa ramai di antara anda memang suka makan roti putih. Malah tidak keterlaluan untuk MASKULIN katakan bahawa ramai yang berdietjuga suka makan roti putih dan mengurangkan pengambilan nasi.
Tapi tahukah anda pengambilan roti putih yang berlebihan dan banyak juga tidak baik untuk kesihatan? Apa kesannya jika anda terlalu banyak mengambil roti putih dalam tabiat pemakanan harian.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa kesan yang boleh berlaku kepada anda.
Roti memiliki kadar sodium yang sangat tinggi. Apabila anda kerap makan roti putih, kadar garam di dalam tubuh akan meningkat dan ia bakal menjejaskan kesihatan anda.
Roti putih mempunyai nutrisi yang rendah. Memang ia mengenyangkan perut terutamanya bagi anda yang mahu mengelak nasi tetapi ia tidak memberikan vitamin atau protein yang secukupnya untuk tubuh. Malah roti penuh gandum juga mengurangkan penyerapan nutrisi dari makanan lain.
Ramai yang yakin, makan roti putih untuk mengelak nasi akan membuatkan mereka menjadi kurus. Sebenarnya, roti mengandungi kalori yang akan meningkatkan berat badan anda.
Kandungan gluten dalam roti boleh memberi reaksi negatif kepada mereka yang sensitif terhadapnya. Bila anda mengambil roti tanpa bebas gluten, sistem imunisasi anda boleh terganggu, cepat kepenatan, masuk angin dan sistem penghadaman tidak baik.
Majoriti makanan berasaskan roti memiliki jumlah karbohidrat yang tinggi. Jika anda kerap makan roti putih, karbohidrat yang ada di dalam tubuh akan menyebabkan gangguan otak yang dapat menurunkan fungsi kognitif.
Pati yang terdapat pada roti akan cepat memasuki saluran pencernaan tubuh, seterusnya memasuki aliran darah dengan menjadi glukosa. Apabila ini terjadi, ia akan menyebabkan kadar gula dalam darah dan kadar insulin naik dengan cepat.
Roti mengandungi sirap jagung fruktosa (gula) yang tinggi. Ia merupakan sejenis gula yang memberi kesan kepada kepada kesihatan anda khususnya mereka yang mengalami gout. Ini kerana menurut kajian untuk pesakit gout, antara penyebab kenaikan asid urik dalam darah adalah disebabkan kandungan fruktosa yang tinggi dalam tubuh.
Oleh itu makanlah roti putih secara berpada-pada dan jangan makan secara berlebihan.