Zaman sekarang semakin ramai lelaki yang berani mewarnakan rambut mereka dengan pelbagai jenis gaya dan warna. Dan trend warna yang digayakan pula haruslah sentiasa kena dengan arus semasa. Sebagai contoh pada awal tahun ini warna silver atau kelabu sangat popular digayakan.
Apatah lagi ia turut popular di kalangan selebriti di dalam dam luar negara. Aktiviti meawarnakan rambut ini kebiasaanya dilakukan di kedai rambut atau saloon. Namun ada juga yang ingin lebih berjimat melakukan sendiri di rumah.
Tapi ramai yang seakan ambil muda akan pewarna rambut yang digunakan. Adakah ia betul-betul selamat? Dan adakah mewarna rambut berulang kali dalam tempoh singkat boleh memberi kesan terhadap kesihatan?
Anda masih ingin mengikut peredaran semasa, namun bimbang akan kesan sampingan yang mungkin akan merosakkan rambut anda lebih teruk. Ada ke bahan pewarna yang tidak mempunyai kesan sampingan yang tinggi?
Sebuah hospital universiti mengambil kaji selidik dari 319 orang dewasa berusia lebih 20 tahun yang telah mencelupkan rambut mereka sebelum dan mendapati 23.8% telah mengalami kesan sampingan yang negatif.
Ads
Di samping itu, didapati bahawa satu daripada setiap empat orang yang mewarna rambut mereka untuk menutupi uban turun terkesan juga. Tapi apakah sebabnya?
Siapa tahu mungkin satu hari nanti trend mewarnakan jambang pula popular.
Pewarna yang paling biasa adalah campuran ammonia dan hidrogen peroksida. Ammonia kuat berasid membantu menembusi permukaan rambut dan membantu pewarna rambut meresap ke dalam rambut.
Asid hidrogen peroksida yang kuat memainkan peranan dalam memusnahkan pigmen melanin rambut.
Walau bagaimanapun, masalahnya ammonia yang kuat dan hidrogen peroksida bukan sahaja merosakkan lapisan kulit kepala tetapi juga menyebabkan masalah kulit, ruam mata dan mengurangkan imuniti rambut.
Ads
Semakin tinggi kandungan ramuan, semakin buruk kesan sampingan, dan dalam kes yang teruk, ia membawa kepada keguguran rambut.
BAHAN SEMULA JADI
Henna, yang dipercayai lebih selamat daripada pewarna biasa, juga menyebabkan sedikit kesan sampingan. Oleh kerana ramuan henna semula jadi mempunyai daya pewarna yang terhad, tidak ada pilihan selain campuran bahan-bahan lain.
Khususnya, untuk menghasilkan warna hitam, komponen kimia yang dipanggil paraphenylenediamine (PPD) perlu ditambah, dan semakin tinggi kepekatan komponen, semakin kuat kerosakan pada kulit.
Ads
Menurut Lembaran Data Keselamatan Bahan (MSDS), sentuhan kulit jangka panjang dengan ramuan boleh menyebabkan penyakit asma dan sukar untuk bernafas, dan jika ia mempunyai hubungan dengan mata untuk jangka masa yang panjang, ia boleh menyebabkan penglihatan kabur atau buta.
Ini kerana bahan kimia serap kedalam akar rambut yang boleh menyentuh sedikit saraf mata jika ia kerap dilakukan. Oleh itu, kami mencadangkan anda mencuba ujian patch untuk memeriksa kesan sampingan daripada menggunakan pewarna tanpa bahan kimia.
TANPA BAHAN KIMIA
Ada cara untuk mewarna tanpa bahan kimia? Walaupun terdapat kesan sampingan yang berterusan, kebanyakan pusat kecantikan rambut masih lagi mewarna rambut pelanggan dengan pewarna biasa dan inai.
Untuk mengatasi realiti ini, ada pewarna baru muncul sebagai alternatif. Ia adalah ‘pewarna rambut jenis serbuk herba’ dari Jayeon-e Meuldeulida.
Pewarna hypoallergenic, yang tidak mengandungi ammonia dan parabens, sangat baik untuk melindungi kulit kepala dengan meminimumkan tahap kerosakan rambut.
Ia juga sangat mudah kerana anda boleh mencelupkan rambut anda dengan segera dengan mencampurkannya dengan air sahaja. Tepuk dada tanya selera. Jika anda rasa was was dengan pewarna, lebih baik anda berhentik dari mewarna.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sekarang ni ekonomi bukanlah hebat sangat, banyak graduan yang menganggur akibat tiada kerja tetap. Kalau dapat kerja pun, gaji yang paling boleh diberi oleh syarikat 1500-2000 ribu sebulan. Alahai, dah lah harga barang mahal dalam dunia serba canggih ini, RM 1500 mana cukup! Macam mana nak save duit ni?
1) Keperluan vs kehendak
Mungkin tak mudah untuk anda kawal nafsu anda ketika pergi membeli- belah. Anda harus bijak dalam mengawal kepentingan dalam berbelanja. Fikir mana yang lebih penting. Kalau tak ada barang itu, ok ke tak? Fikir masak- sebelum anda membeli. Tak salah kalau nak self treat hujung bulan, tapi anda perlulah set target pembelian anda. Jika bulan ini anda perlukan kasut baru, maka anda harus beli kasut saja! Jangan beli benda lain pulak
2) Diari
Setiap bulan, senaraikan apa yang anda perlu bayar. Seperti contoh:-
Bil telefon: RM60
Bil air: RM 20
Bil elektrik: RM 140
Ptptn: RM 200
Makan: RM 300 (sehari RM10)
Senaraikan jumlah yang perlu anda bayar setiap bulan. Dengan cara ini, anda sudah tahu berapa duit anda untuk anda habiskan untuk perkara tidak penting.
3) Jangan beli kereta
Kalau aim anda untuk beli rumah, jangan beli kereta dulu. Pernah dengar dengan bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian? Anda boleh menaiki Grab ataupun pengangkutan awam lain. Perbelanjaan anda akan tersasar sedikit jika anda membeli kereta. Mana nak bayar bulan-bulan lagi, minyak. Kalau anda nak jugak beli kereta, tiada masalah, tapi anda harus lebih bijak menggunakannya.
4) Bawa bekal
Rajin-rajinkan diri anda untuk membawa bekal ke pejabat. Ini untuk mengelakkan anda dari terima pelawaan rakan-rakan untuk keluar makan tengah hari. Anda pun tahu kan, makan tengah hari saja sudah mencecah RM10 . Bukankah anda telah bajet RM10 sehari? Tak kan anda nak belanja sampai RM10 untuk makan tengah hari saja? Malas nak sediakan lunch? Masak malam sebelum anda tidur, pagi tu, panaskan aje. Nak save duit, jangan malas-malas ok.
5) Aim kecil
Kenapa kena aim kecil? Sebab anda perlu ingat, gaji anda bukan 4k, jadi anda tak perlu menyimpan angan-angan untuk memiliki rumah seperti Nur Sajat. Aim rumah pangsa yang harganya RM150,000. Janji anda ada rumah, dari anda menyewa kan. Kalau ada rezeki lain, anda boleh sewa kan rumah tersebut. Invest kena bijak!
6) Unfollow Sosial Media
Zaman sekarang ni, nak tengok baby artis pun boleh terjebak dengan peniaga online yang berleluasa hari ini. Selain dari kawal nafsu anda, jangan sesekali follow atau searchhashtag kedai online ni. Bahaya! Kalau dah terpaksa anda berhadapan dengan kedai-kedai apabila anda nak tengok Instagram anak-anak artis tu, kawal nafsu anda. Selain dari tu, jangan download aplikasi beli belah, ini pun bahaya. Nak nak jika anda seorang yang tak boleh mengawal saka. kalau boleh elak, sila elak ye.
7) Buka akaun ASB
Kenapa kena buka akaun ASB? Simpan je duit dalam bank. ASB ni banyak manfaatnya. Anda juga boleh turut bergantung pada KWSP, namun kita jadikan EPF/Socso anda untuk hari tua. Bukan akaun ASB membolehkan anda konsisten dalam penyimpanan duit. ASB juga menawarkan macam-macam kelebihan jika anda membuka akaun bersama mana-mana bank. Terpulang pada anda. Ini cara untuk anda lebih bijak menguruskan wang .
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anda tidak akan boleh menarik perhatian si dia hanya dengan mengingati untuk memberus gigi. Apa yang benar-benar penting bagi mereka adalah impresi pertama apabila mereka melihat anda.
Apa yang menarik perhatian mereka berbeza dari satu wanita ke wanita yang lain. Kerana wanita sekarang lebih mementing pemerincian gaya dalam setiap penampilan.
Di sini ada 5 perkara yang boleh memberikan impresi baik atau buruk tentang diri anda pada si dia.
1. Bulu Hidung, Telinga Dan Kening
Si dia akan perasan terutama mengenai bulu-bulu yang tidak sepatutnya muncul pada wajah anda. Mereka lebih rela untuk berbual bersama lelaki yang mulutnya berbau dari mereka yang bulunya tumbuh di merata tempat.
Anda harus memperbaiki penampilan anda dan uruskan bulu-bulu di hidung atau telinga anda agar tidak terlalu kelihatan.
2. Gigi
Gigi anda adalah salah satu daya menarik bagi seseorang wanita kerana mereka kerap berada pada paras tersebut dan duduk di meja bertentangan, maka itulah perkara yang mereka akan perasan selalu.
Anda boleh bersihkan gigi anda dan melakukan flos gigi seminggu sekali jika mempunyai kesempatan kerana wanita menggemari lelaki yang bergigi putih.
3. Bulu Leher
Wanita dengan segera akan perasan apabila seseorang lelaki itu memiliki garis leher yang kemas dan licin. Bulu yang tumbuh di leher boleh mencacatkan penampilan anda.
Singgah kedai gunting seketika untuk memperbaiki bulu yang tumbuh pada leher anda setelah menggunting rambut anda untuk memperkemaskan penampilan.
4. Kuku Jari
Hubungan peribadi dan profesional semuanya bermula dengan berjabat tangan – oleh itu penggayaan kuku anda juga haruslah berada pada tahap yang setanding dengan profesionalisma anda.
Tiada wanita yang ingin keluar bertemujanji dengan lelaki yang kukunya kelihatan seperti tinggal di hutan berbulan lamanya.
5. Wangian Dan Pewangi
Wanita ini cepat perasan jika anda memakai bau-bauan yang berlebihan. Bukan sahaja berkenaan pewangi anda tapi juga berkenaan mandian badan yang anda kadangkala pakai selepas pulang dari gimnasium.
Gunakan mandian badan tanpa bau yang kuat seperti mandian badan yang bebas dari wangian keluaran Dove dan Aveeno.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sepanjang tahun 2021 jenama New Balance dilihat mengukuhkan kedudukan mereka dalam pasaran kasut atau sneakers. Malah di kalangan sneakerhead jenama New Balance kini dianggap sebagai salah satu jenama wajib perlu ada dalam koleksi mereka.
Meneruskan kecemerlangan tahun lalu, New Balance dilihat cukup agresif dan proaktif meletakkan jenama mereka terutamanya menerusi sneakers. Bersempena Tahun Baharu Cina tahun ini, New Balance turut memperkenalkan beberapa kasut menerusi koleksi yang cukup istimewa ini.
New Balance meraikan kedatangan Tahun Baru Cina dengan koleksi edisi terhad baru yang diinspirasikan daripada baris sajak ‘In Me, the Tiger Sniffs the Rose’ oleh Siegfried Sassoon dalam karyanya ‘In Me, Past, Present, Future Meet’.
Menerusi koleksi terbaru, jenama peneraju kasut dan pakaian sukan ini, ingin menggalakkan generasi muda untuk menonjolkan keberanian mereka dan pada masa yang sama, sisi lembut diri.
New Balance 5740
Dengan penuh semangat dan tenaga, New Balance memulakan Tahun Harimau dengan kasut istimewa yang menyerlahkan semangat berani harimau melalui rekaan menarik dan menonjol dalam koleksi ini. Koleksi Tahun Baru Cina daripada New Balance menampilkan rekaan rangkaian model popular 57/40 dan 327 serta rekaan XC-72.
New Balance 327
Koleksi 327 didatangkan dalam warna hitam dan perang yang dihiasi tona merah yang melambangkan keberanian dan kecekalan.
Manakala koleksi 57/40 boleh didapati dengan warna biru gelap dan dihiasi tona merah jambu dan hijau yang melambangkan ketelitian. Koleksi 327 dijual pada harga RM499 dan 57/40 pada RM519.
New Balance XC-72
Bagi koleksi XC-72, rekaannya bertujuan menggabungkan keindahan dan elemen hutan belantara melalui padanan warna tanah dan belang harimau, seterusnya menggalakkan si pemakai untuk menjadi lebih bersemangat dan berani.
Ia turut menampilkan bahan ‘retro suede’ yang lembut untuk menampakkan tekstur organik. Siri XC-72 dijual pada harga RM539.
Koleksi terbaru New Balance boleh didapati secara eksklusif di 3 rangkaian utama New Balance: Pavilion KL, Mid Valley Megamall dan Mid Valley Southkey. Koleksi ini dtawarkan untuk waktu yang terhad.
Buat anda yang ingin tampil dengan gaya tersendiri bolehlah mendapatkan koleksi ini di pasaran sekarang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila dipukul, apa tindakan yang boleh dibuat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.