Jerawat bukan satu benda dan perkara yang pelik kan. Jerawat adalah keadaan di mana terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit. Masalah kulit ini terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Masalah jerawat
boleh dikategorikan dari biasa kepada masalah yang teruk. Yang teruk tu bahaya sebab ia boleh membabitkan emosi bila kita rasa kurang berkeyakinan dan malu.
PETUA BERKESAN KECUTKAN JERAWAT TANPA PARUT
Ni percubaan pertama aku mengunakan kunyit dan timun. Aku share pengalaman aku yea. Tujuan aku pakai mask ni. Sebenarnya nak kecutkan jerawat kat atas kening ni dan aku campur dengan timun untuk haluskan kulit aku dan kecilkan pori pori. Timun tu juga bertindak untuk mengawal minyak yang bertakung kat muka aku ni. HahaPerbezaan selepas aku pakai mask kunyit timun ni. Muka nampak lebih fresh. Kulit rasa lembut. Jerawat atas kening dah mula tunjuk kesan nak mengecut. Kulit aku jenis berminyak. Aku pakai pagi. Alhamdulillah sampai malam kulit aku mantain ja tak berminyak. Sampai malam kulit mantain lembut dan lembab. Mungkin sebab aku buh timun tu. Pori pun nampak lebih halus.
Kunyit tu hampa buh 1 sudu kecik. Sudu kfc tu. Pakai jangan lama sangat. Nanti muka jadi kuning. Pakai dalam 5 minit dan terus cuci guna air bersih.
1. Parutkan timun
2. Campur bersama kunyit
3. Gaulkan sehingga sebati
4. Inilah hasilnya. Boleh letak di wajah anda.
Sumber : Nauf Safuan