Kira-kira hampir dua tahun sudah kita bergelut dengan penularan pandemik Covid-19. Malah dalam tempoh tersebut kita telah mengharungi ujian ‘lockdown’ selama beberapa bulan lamanya. Selain sektor pekerjaan dan perniagaan yang terjejas teruk terdapat pelbagai perkara yang turut terjejas sama.
Salah satunya ialah penjagaan kenderaan. Dalam tempoh tersebut ramai di antara kita tidak terlalu menggunakan kereta. Bagi yang boleh meletakkan kereta di kawasan tertutup mungkin tidak akan terasa sangat akan kesan haba dan cuaca panas terhadap kereta.
Meletakkan kereta atau ‘parking’ di kawasan terbuka dalam kondisi cuaca panas dalam tempoh masa yang lama memang boleh memberikan kesan serta kerosakan kepada beberapa komponen kereta.
Walaupun kita kini sudah hampir kepada kehidupan normal semula namun masih ramai yang kadang-kadang tidak ambil peduli akan perkara ini. ‘Berjemur’ di tengah panas untuk kereta bukan sahaja boleh merosakkan beberapa komponen tetapi membuatkan kereta nampak lebih ‘tua’ dari usia sebenar.
Memetik perkongsian dari Sinarplus yang mendapatkan padangan pemilik bengkel Aali Bother Garage, Muhhamd Nafiz Hamizan yang berkongsi sedikit ilmu dan kepakarannya dalam menjelaskan perkara ini.
Jelasnya apabila kita membiarkan kereta atau kenderaan di bawah panas cahaya matahari dalam masa yang lama ia akan menyebabkan suhu menjadi sangat panas. Haba boleh mencecah sehingga 70 ke 80 darjah Celcius pada bahagian dalam kereta.
Ads
KEROSAKAN KOMPONEN
Di antara komponen atau peralatan kereta yang paling dibimbangi jika kereta dibiarkan lama di bawah panas matahari ialah bateri.
“Bateri kereta akan menjadi lemah jika terminal negatifnya tidak dicabut kerana masih ada arus yang ‘bekerja’,” jelasnya.
Selain itu, komponen kereta yang diperbuat daripada getah akan cepat keras seperti wiper atau getah pengelap cermin. Andai kata anda terpaksa juga perking kereta di bawah matahari, sila pastikan wiper diangkat agar ia tidal rosak dan dapat tahan lebih lama.
Ads
Foto: Columbus Car Audio
“Paling ketara, apabila kereta atau motosikal diletakkan di kawasan terbuka dan panas pula, warna cat akan pudar dan lama-kelamaan akan rosak. Bukan itu sahaja masalahnya, jika kenderaan terdedah lama kepada haba matahari, ia akan menyebabkan papan pemuka kereta menjadi keras dan mengecil,” tambahnya lagi.
Selain itu MASKULIN berpendapat kereta yang diletakkan di bawah panas matahari terlalu lama juga boleh menyebabkan bahagian lampu hadapan akan menjadi kekuningan dengan cepat. Bahagian getah di dalam dan luar kereta juga boleh merekah jika dibiarkan lama.
Pemilik motosikal juga perlu berikan perhatian yang sama. Motosikal juga boleh berdepan dengan beberapa masalah apabila dijemur di bawah terik matahari dalam tempoh masa terlalu lama.
Ads
Minyak petrol di dalam tangki motosikal akan berkurang, manakala tempat duduk bertukar kering dan senang terkoyak.
Bagaimanapun, menurutnya, kenderaan yang terdedah kepada cahaya matahari tidak akan menjejaskan enjin kereta kecuali jika terkena air kerana ia akan berkarat.
Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update paling terkini!
https://www.youtube.com/watch?v=2cPvQaE-C8c&t=54s
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika anda seorang pemilik kereta pastinya anda akan perasan terdapat pelbagai jenis simbol yang terdapat pada dashboard kereta anda. Simbol yang paling normal akan sentiasa anda perasan ialah simbol handbrake yang datang dalam bentuk tanda seruan.
Tapi bagaimana pula dengan simbol lain dan apakah maknanya jika ia menyala? Anda perlu tahu bahawa kereta anda akan memberikan amaran dengan menyalakan simbol-simbol tertentu jika berlaku sesuatu yang tidak kena atau rosak.
Jangan ula nanti anda biarkan pula ia terus menyala sampai kereta habis jahanam rosak kemudian pergi mengadu di pusat servis atau mekanik.
Berikut merupakan 15 simbol pada dashboard kereta anda yang wajib anda tahu maknanya!
1. Amaran Suhu Enjin
Jika suhu enjin menjadi terlalu panas, lampu ini akan bernyala untuk memberikan amaran kepada anda. Hentikan kereta dengan segera bagi elak ia terus over heat dan menyebabkan kerosakan lebih teruk.
2. Lampu Amaran Tekanan Tayar
Tekanan di salah sebuah tayar kereta anda terlalu rendah dan perlu diberikan perhatian segera.
3. Amaran Paras Minyak
Enjin kenderaan anda kekurangan minyak hitam atau berlakunya kerosakan pada sistem tekanan minyak enjin.
Ia boleh bernyala atau berkelip kerana beberapa sebab yang berlaku pada enjin. Yang pasti ada sesuatu yang tidak kena pada bahagian enjin.
6. Amaran Antilock
Jika ia bernyala ini bermakna brek sistem anti-lock kereta anda ada yang tak kena dan perlu menjalani pemeriksaan lanjut.
7. Penunjuk Start Indicator
Anda perlu tekan brek atau perlu hidupkan kereta atau letakkan pada gear neutral.
8. Amaran bateri
Sistem pengecasan kereta anda mengalami masalah kekurangan kuasa. Dan bateri kereta anda berdepan masalah dan perlu dicas atau diganti bateri baru.
9. Simbol Minyak Kereta
Ini simbol paling basic yang MASKULIN yakin semua orang pun tahu. Jika ia berkelip ternyata minyak adalah rendah.
10. Amaran Tali Pinggang Kaledar
Tak semua kereta dilenhkapi dengan penggera amaran ini. Tapi kebanyakan model yang terbaru mempunyai fungsi ini. Jika ia bernyala dan berbunyi itu memberi amaran supaya anda memasang tali pinggang kalendar.
11. Indikator Airbag
Jika ia bernyala ia bermakna salah satu airbag anda ada masalah dalam sistemnya. Segeralah bawa ke pusat servis untuk periksa kerana ia boleh membahayakan keselamatan anda dan penumpang.
12. Indikator Lampu Kabus
Jika anda membuka lampu kabus, simbol inilah yang akan menyala.
13. Isyarat Keselamatan
Bila terdapat kerosakan penggera pada sistem anti-theft yang anda pasang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat anda yang sudah memiliki kereta mungkin sudah masak dan tahu tentang betapa pentingnya untuk memiliki insurans kenderaan. Tapi tidak dinafikan dengan wujudnya pelbagai jenis polisi berbeza kadang-kadang proses memilih insurans terbaik itu agak menyukarkan.
Tapi tahukah anda memilih polisi insurans kereta yang sesuai tidak semestinya dihadapi dengan sukar. Apa yang palingpenting ialah mendapatkan maklumat dan info dengan batul dengan turut mengetahui faktor yang patut dipertimbangkan. Jika dilakukan dengan betul cabaran memilih polisi insurans mungkin hanyalah semudah memesan secawan kopi.
Berikut MASKULIN kongsikan 5 langkah dan tip cepat dan mudah mampu membantu anda memilih polisi insurans yang terbaik.
SEDIAKAN DOKUMEN LENGKAP
Pertama sekalu mulakan dengan perkara asas. Pastikan anda mempunyai dokumen yang betul dan terkini untuk diri sendiri, pemandu lain dan sudah tentunya kenderaan itu sendiri. Sebagai contoh, salinan kad pengenalan atau pasport untuk semua pemandu yang ingin didaftarkan pada kenderaan dan butiran pendaftaran kereta.
Jika anda pemilik kereta sedia ada, pastikan anda menyediakan polisi insurans anda yang terdahulu. Ia sangat berguna apabila membandingkan had perlindungan anda sebelum ini dan butiran lain dengan polisi baharu anda.
Bagi sesetengah orang dokumen insurans mungkin nampak seperti himpunan teks dan doumen mengelirukan. Sebagai contoh, apakah perlindungan nilai yang dipersetujui, penambahbaikan, elaun bantuan banjir dan sebagainya?
Sama seperti bagaimana kita perlu menjalani penilaian kesihatan oleh doktor semasa mendaftar untuk polisi insurans hayat, anda perlu mengetahui nilai kereta anda sebelum melindunginya dengan insurans.
Ia agar liputan yang dibeli adalah memadai. Mungkin anda tidak perlu membuat penilaian untuk kereta baharu, tetapi ia sememangnya maklumat penting untuk kereta lama. Selain itu, pastikan kereta anda didaftarkan dengan jenama, model dan tahun pembuatan yang betul untuk penilaian optimum pada polisi anda.
CARA TERBAIK DAPATKAN POLISI
Tidak kiralah sama ada membeli polisi insurans untuk kereta baharu atau hanya memperbaharui polisi sedia ada, pembelian insurans daripada pengedar kebiasannya merupakan pilihan terbaik. Bukan sahaja mudah malah lebih menjimatkan masa. Tambahan pula anda boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dengan polisi yang direka khas untuk kereta dan keperluan anda.
Agen pengedar anda tentunya mahir dalam selok-belok pilihan polisi sambil dapat memberikan nasihat profesional. Tambahan pula, agen pengedar akan menjadi sumber sokongan terbaik apabila anda memerlukan bantuan dalam situasi yang tidak diingini.
Sebagai contoh, dia akan dapat membantu anda mendapatkan Auto Assistance, jika kereta anda rosak, jika anda perlu menggantikan tayar pancit atau bateri, malah ketika kereta anda kehabisan minyak.
Jika terlalu cerewet berkemungkinan besar pemilihan polisi sesuai tidak akan ada kesudahannya. Sudah tentu kos premium adalah komponen utama dalam membuat keputusan.
Namun kita juga perlu ingat supaya meneliti kos dan yuran tersembunyi dalam terma dan syarat. Amat penting untuk menyemak nilai yang diinsuranskan dan takat perlindungan, serta jenis pembayaran sekiranya berlaku kerugian menyeluruh, serta faedah lain yang ditawarkan.
Sebagai contoh, pemilik kereta lama hendaklah sentiasa menyemak butiran seperti dasar penambahbaikan. Ini kerana anda pastinya tidak mahu ditimpa bil besar yang tidak dijangka sekiranya banyak kerja pembaikan diperlukan.
Anda juga dinasihatkan tidak terlepas pandang ciri-ciri lain dalam pelan insurans seperti liputan gabungan untuk perlindungan tambahan, perlindungan cermin depan, perlindungan kerosakan banjir, perlindungan inklusif untuk semua pemandu dan banyak lagi.
PEMBELIAN POLISI
Selepas berpuas hati kini tiba masanya untuk anda menurunkan tandatangan. Tapi jangan lupa, urusan memperbaharui polisi insurans adalah tugas tahunan, meskipun anda tidak banyak melakukan perjalanan kebelakangan ini.
Sentiasa ingat untuk memperbaharui insurans kereta anda tepat pada masanya untuk memastikan anda dilindungi sepenuhnya, tidak kira sama ada anda memandu setiap hari atau pun kereta anda tidak bergerak selama berbulan-bulan.
Akhir sekali, memandangkan keadaan hidup kita sentiasa berubah, semak keperluan insurans setiap tahun dan semak sama ada polisi insurans yang anda miliki masih bersesuaian. Jangan hanya memperbaharui polisi semasa secara automatik. Keperluan kita sering berubah, jadi liputan insurans juga perlu berubah.
Bagaimana jika anda boleh memilih daripada polisi yang direka khas untuk kereta anda – dan anda boleh membeli dan memperbaharui polisi secara terus dengan pengedar, tanpa perlu bersusah payah, daripada pusat sehenti yang menawarkan semua yang diperlukan untuk kereta kesayangan anda.
Melalui Program Insurans Proton, PROTON menawarkan pelanggannya pilihan daripada enam penyedia utama (Allianz General Insurance, AmGeneral Insurance, Liberty General Insurance, Zurich General Insurance, Etiqa General Takaful and Zurich General Takaful), termasuk perkhidmatan nilai tambahan khas dan sokongan 24 jam sehari untuk mengurangkan kebimbangan.
Ia hadir tanpa sebarang kos tambahan. Program Insurans Proton juga menawarkan elaun bantuan sehingga RM1,000 jika kereta rosak akibat banjir; perlindungan sehingga RM1,000 untuk membaiki atau menggantikan kunci kereta anda jika hilang atau rosak akibat kecurian (iaitu ragut, rompakan atau pecah rumah) dan penepian kos penambahbaikan sehingga 10 tahun.
Itu merupakan satu manfaat jika anda bercadang menggunakan kereta bagi jangka masa panjang.
Selain itu, pelanggan juga menerima perlindungan nilai yang dipersetujui sehingga 12 tahun, di mana pembayaran untuk jumlah tuntutan kerugian adalah berdasarkan nilai yang dipersetujui dalam polisi bergantung pada model dan tahun pengeluaran kereta anda – lebih berbaloi berbanding dengan pembayaran berdasarkan nilai pasaran kenderaan anda yang dikira pada masa tuntutan.
Pelanggan Program Insurans Proton juga boleh menikmati kelulusan tuntutan segera* sekiranya berlaku tuntutan kemalangan – tanpa memerlukan sebarang khidmat penyelaras!
Untuk mengurangkan lagi kerisauan, anda juga akan mendapat bantuan 24 jam semasa perjalanan dan untuk penundaan dengan menghubungi Talian Perkhidmatan Penjagaan PROTON di 1-800-88-8398.
Akhir sekali, untuk menambah lagi manfaat, kos RM10 untuk mendaftar setiap pemandu tambahan juga akan diketepikan, yang mana Program Insurans Proton akan memperakui setiap pemandu yang anda benarkan tanpa sebarang kos tambahan. Jika berminat, ketahui lebih lanjut mengenai Program Insurans Proton di https://www.proton.com/en/shopping-tools/proton-insurance-program.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Salah satu model yang menarik perhatian di reruai Yamaha ialah motosikal tiga rodanya. Secara peribadi menurut penulis model berkenaan lebih baik berbanding Can-Am Spyder dan sekurang-kurangnya tidaklah anda tersekat di belakang kenderaan lain.
Motosikal jenis Roller Leaning Multi-Wheeler (LMW) itu dinamakan sebagai Yamaha Niken. Bagaimanapun, spesifikasi lengkap jentera berasaskan model MT-09 itu masih belum didedahkan sepenuhnya pada Tokyo Motor Show (TMS) 2017.
Difahamkan maklumat terperinci akan didedahkan pada EICMA (6 November) di Milan, Itali. Spesifikasi yang ada setakat ini hanyalah bahagian jana kuasa dan dimensi. Yamaha Niken menggunakan enjin DOHC penyejukan cecair, pancitan bahan api, 4-lejang. Tanpa perlu diragui tentunya enjin berkenaan daripada Yamaha MT-09 bersesaran 847cc.
Merujuk siaran akhbar yang dikeluarkan, jentera tiga roda itu dilengkapi dengan teknologi LMW yang berfungsi mengurangi kesan perubahan tunggangan mengikut keadaan dan menawarkan kestabilan apabila melalui selekoh.
Yamaha Niken dikatakan tetap selesa ditunggang pada pelbagai permukaan jalan. Motosikal tiga roda yang pertama di dunia itu memiliki dimensi panjang 2,150mm ,lebar 885mm dan tinggi 1,250mm.
Bagi mendapatkan tunggangan sporty, Yamaha menggunakan mekanisme suspensi depan yang belum pernah dipakai sebelum ini. Ia memadankan rim depan 15 inci bersama dua tiub suspensi USD sehingga terlihat sporty dan tampil mewah.
Buat masa ini soal harga masih belum dibahaskan lagi dan model berkenaan kemungkinan akan berada di pasaran tahun depan.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.