Kasut putih memang cantik, tetapi kesan kuning yang muncul selepas dibasuh boleh merosakkan penampilannya. Jangan risau! Anda tidak perlu produk mahal untuk mengatasinya cukup dengan tisu.
Sebenarnya kesan ini adalah saki baki kotoran yang tertinggal di permukaan kasut ketika proses pengeringan berlaku. Jangan risau, ada cara yang perlu digunakan untuk mengelakkan kesan kuning ini tertinggal.
Caranya mudah sangat hanya menggunakan tisu tandas atau tisu dapur.
1. Sediakan tisu dapur atau tisu tandas.
2. Selepas mencuci bersih kasut, lapiskan keseluruhan kasut yang masih basah menggunakan tisu tadi. Jika menggunakan tisu tandas buat 2 lapisan. Biarkan tisu melekat pada kasut basah tadi.
3. Kemudian boleh jemur atau biarkan kasut mengering.
4. Selepas kasut kering, angkat tisu dan anda akan dapati kotoran kuning akan melekat pada tisu bukan pada kasut.
Selamat mencuba
BACA LAGI : Rambut Pendek Lebih Kemas! Lihat Gaya 9 Selebriti Ini Dengan ‘Buzz Cut’!
Artikel ini diambil dan diolah dari VK.
Sumber: Ease Elias, vtmo6
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.