Kesan Kerosakan ‘Engine Mounting’, Kalau Tak Kesan Awal Sedialah Wang Ribuan Ringgit!

Share

Mungkin anda hairan dari mana puncanya stereng bergegar kuat dan apakah kesan yang boleh menimpa terhadap kereta.

Terlebih dahulu kita perlu tahu apaitu engine mounting. Secara asasnya engine mounting merupakan komponen yang ‘memegang’ enjin kereta dan juga kotak gear. Kebiasaannya terdapat dua atau tiga pada bahagian enjin dan ia juga mempunyai lapisan getah yang membawa fungsi menyerap gegaran.

Foto: Getty Image

Di antara punca utama mengapa kesorasakan pada engine mouting ini boleh rosak adalah disebabkan bahagian getahnya yang sudah keras atau kedudukan besi mounting rosak dan tercabut daripada bahagian casis enjin.

KESAN AKIBAT KEROSAKAN

Terdapat beberapa jenis kesan dan kerosakan yang boleh berlaku kepada kereta anda sekiranya engine mouting rosak. Antaranya ialah;

  • Enjin kereta boleh jatuh dan teralih dari kedudukan asal. Ini akanmenyebabkan kerosakan teruk kepada komponen lain seperti sistem eksos, driveshaft, alignment lari dan kerosakan lain lagi.
  • Juga boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian panel body dan casis kereta akibat gegaran berterusan dari mounting enjin yang rosak
  • Pergeseran akan berlaku di antara komponen yang berada berdekatan dengan enjin seperti turbocharger, manifold, bateri, radiator, kipas dan sebagaintya. Secara tal langsung boleh menyebabkan lagi banyak komponen rosak
Foto: freepik – www.freepik.com

PETANDA AWAL

Dalam penjagaan kereta sebelum berlakunya apa-apa kerosakan kebiasaannya kereta akan memberikan pentunjuk. Begitu juga kerosakan pada bahagian engine mounting. Ia merupakan jenis kerosakan yang jarang sekali berlaku secara tiba-tiba.

Berikut merupakan tanda-tanda engine mounting kereta anda sudah rosak;

  • Selepas enjin kereta dihidupkan anda dapati timing engine jadi turun naik. Ia lebih buruk apabila penghawa dingin dipasang. Selain itu, kereta juga turut bergegar dengan kuat lalu menjadikan pengalaman menawa kereta jadi tidak selesa.
  • Rasa bergoyang atau tidak stabil semasa mengambil selekoh atau ketika memusingkan kenderaan. Engine tidak diikat dengan betul dan menyebabkan inersia lebih semasa pusing.
  • Bagi kereta jenis manual ia lebih mudah untuk mengetahui sama ada ia mengalami kerosakan atau tidak. Letakkan sedikit kaki kiri di bahagian pedal clutch. Jika ada gegaran kuat maka itu petanda mounting untuk gearbox ada masalah.
  • Ketika kereta bergerak laju di jalan lurus namun anda dapati stereng bergegar dengan kuat. Memang sah ada masalah engine mounting yang perlu diperiksa dengan segera.
Foto: peoplecreations – www.freepik.com

Jadi jika dapati kereta anda mempunyai petanda-petanda seperti di atas sila cepat-cepat bawa ke bengkel untuk dibaiki.

Ikuti channel YouTube MASKULIN untuk seleksi video-video yang menarik!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim