Biasanya tuntutan kerja di meja kerja membuatkan seseorang terpaksa duduk berjam-jam lamanya. Semua orang tentunya sudah sedia maklum bahawa kebiasaan duduk terlalu lama sebenarnya tidak baik untuk kesihatan.
Hal ini kerana ia bukan sahaja mengundang kepada masalah kegemukan, duduk tanpa melakukan banyak aktiviti juga akan meningkatkan tekanan darah, meningkatkan potensi penyakit jantung, diabetes, buasir dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna anda tidak boleh menghindari dan mengatasinya bagi memastikan tubuh badan anda tetap sihat.
Menurut satu penelitian bahawa dengan berolahraga dan membuar beberapa aktiviti kecergasan secara rutin dapat membantu serta mencegah seseorang mendapat pelbagai kesan buruk terutamanya ke atas kesihatannya jika duduk terlalu lama.
Penelitian ini menekankan bahawa aktiviti fizikal menjadi suatu perkara yang penting yang boleh menjaga fungsi organ tubuh tetap aktif setelah duduk selama berjam-jam lamanya tanpa melakukan aktiviti.
Orang yang menghabiskan waktu untuk tidak bergerak, sama ada kerana tuntutan kerja, sedang bersantai atau kerana gaya hidupnya, ternyata dapat menurunkan risiko serangan penyakit dengan cara rutin olahraga.
PERBEZAAN KETARA
Para peneliti menganalisis data statistik mengenai kesihatan bagi orang dewasa telah membuat perbezaan dua kelompok antara mereka yang sering berolahraga dengan mereka yang duduk sepanjang hari.
Bagi mereka yang sering duduk sepanjang waktu dan tidak melakukan kegiatan fizikal aktif ternyata lebih cenderung mengalami sakit pinggang, hipertensi, penyakit jantung dan diabetes serta mengalami kenaikan kolesterol jahat berbanding dengan mereka yang rajin olahraga.
Penelitian ke atas mereka yang lebih gemar duduk juga menunjukkan tahap kesihatan dan kecergasan yang menurun berbanding mereka yang kekal aktif dengan pelbagai aktiviti fizikal. Jadi buat mereka yang sentiasa sibuk di meja kerja, biasakan diri untuk membuat regangan dan senaman ringan walaupun di pejabat.
Elakkan penggunaan lif dan sebaik-baiknya menggunakan tangga. Parkirlah kenderaan jauh dari bangunan pejabat kerana dengan cara ini anda dapat bersenam antara 5 hingga 10 minit walaupun hanya berjalan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tahi Lalat Risiko Kanser?
Apa itu Tahi lalat atipikal?
Tahi lalat atipikal adalah tahi lalat benigna (bukan kanser) tetapi kelihatan luar biasa, juga dikenali sebagai ‘dysplastic nevi’ .
Tahi lalat atipikal boleh menyerupai melanoma (sejenis kanser kulit) , dan meningkatkan risiko anda untuk terkena kanser tersebut pada tahi lalat atau mana-mana bahagian tubuh badan. Lebih banyak bilangan tahi lalat yang dimiliki, lebih tinggi risikonya . Mereka yang mempunyai 10 atau lebih tahi lalat , memiliki risiko untuk terkena melanoma sebanyak 12 kali ganda berbanding masyarakat umum yan
Punca
Apakah punca Tahi lalat atipikal?
Sel-sel kulit yang menghasilkan pigmen (melanosit) kadangkala berkumpul bersama untuk menghasilkan tahi lalat. Melanosit boleh menghasilkan tahi lalat abnormal yang dipanggil tahi lalat atipikal atau “dysplastic nevi”.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Tahi lalat atipikal?
Lazimnya, tahi lalat atipikal berpunca daripada kulit yang selalu terdedah kepada cahaya matahari. Ia juga cenderung untuk diwarisi turun temurun, terutamanya bagi Caucasians: 2-8 percent Caucasians memiliki tahi lalat ini.
Anda mesti berjaga-jaga sekirannya memiliki tahi lalat atipikal dan pada masa yang sama, mempunyai faktor-faktor risiko untuk melanoma seperti berikut:
- Kulit, rambut dan mata yang cerah
- Jeragat
- Tahi lalat yang banyak
- Sejarah peribadi dan keluarga berkaitan dengan melanoma atau kanser kulit bukan melanoma
- Sensitif pada cahaya matahari
- Ketidakupayaan untuk berjemur
- Terkena selaran matahari berulang kali
- Lahir dengan tahi lalat yang besar
Bagaimana pesakit Tahi lalat atipikal didiagnosis?
Tahi lalat yang normal adalah bintik-bintik perang kecil atau ketumbuhan pada kulit yang muncul dalam dekad pertama kehidupan dan berlaku hampir kepada semua orang. Ia boleh kelihatan rata atau terbenjol dan selalunya berbentuk bulat dan sekata. Kebanyakannya disebabkan oleh kulit yang terdedah kepada cahaya matahari.
Melanoma, salah satu jenis kanser kulit yang merbahaya,selalunya muncul sebagai bintik/tompokan yang tidak simetri, sempadan yang tidak sekata , warna yang pelbagai atau tompokan yang berterusan membesar.Ia mungkin bermula dengan tompokan yang rata dan kemudian menjadi lebih berbenjol. Salah satu jenis melanoma yang jarang berlaku iaitu amelanotik (melanoma yang tidak mengandungi sebarang pigmen) mempunyai warna yang berbeza dengan melanoma jenis lain. Ia mungkin berwarna merah jambu, merah, sama dengan warna kulit atau lain-lain warna,membuatkan ia sukar untuk dikenalpasti.
Kadangkala, sukar untuk membezakan diantara tahi lalat atipikal dan melanoma peringkat permulaan (sesetengah melanoma bermula dengan tahi lalat atipikal). Mengetahui peringkat/tahap ciri-ciri atipikal pada tahi lalat membantu untuk mengenalpasti samada ia tidak merbahaya, berisiko sederhana atau tinggi untuk bertukar kepada melanoma.Kebanyakan doktor akan memeriksa tahi lalat tersebut dengan dermoskop, sejenis alat kanta pembesar yang membenarkan doktor untuk melihat struktur dalaman kulit dan warna yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Doktor juga barangkali akan memotong keseluruhan atau sebahagian tahi lalat untuk dihantar ke makmal dan diperiksa.
Bagaimana pesakit Tahi lalat atipikal dirawat?
Sekiranya doktor mengesahkan tahi lalat tersebut sebagai atipikal atau terdapat tahi lalat baru yang muncul selepas umur 40 tahun, barangkali doktor akan menjalankan biopsi dengan memotong/mengambil keseluruhan atau sebahagian tahi lalat untuk diperiksa menggunakan mikroskop.
Sesetengah doktor berpendapat, hampir semua tahi lalat atipikal berisiko untuk bertukar menjadi melanoma dan patut dibuang sepenuhnya, tetapi ada sebahagian lain berpendapat untuk membuang tahi lalat yang berisiko tinggi sahaja. Apa pun pilihannya, pemantauan secara berkala sangat penting bagi tahi lalat atipikal supaya sekiranya terdapat sebarang perrubahan, ia boleh dikesan dan dirawat seawal mungkin.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Tahi lalat atipikal?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi tahi lalat atipikal :
- Memakai pelindung cahaya matahari yang rapi
- Melakukan pemeriksaan sendiri daripada hujung kaki ke kepala setiap bulan
- Dapatkan khidmat pakar untuk pemeriksaan berkala
Sesiapa sahaja terutamanya yang berisiko tinggi untuk mendapat melanoma, harus melakukan perkara berikut:
- Memeriksa kulit badan sepenuhnya setiap bulan,menggunakan cermin di bawah pencahayaan yang baik untuk membantu anda melihat setiap sudut tubuh badan. Minta bantuan daripada ahli keluarga atau kawan untuk memeriksa bahagian belakang dan bahagian-bahagian yang sukar untuk dilihat sendiri. Pengering rambut boleh membantu sewaktu memeriksa kulit kepala. Jangan lupa untuk memeriksa tapak kaki dan celah jari kaki.
- Dapatkan bantuan perubatan sekiranya anda menemui sebarang tanda amaran melanoma. Tunjukkan pada doktor anda tahi lalat yang mempunyai tanda, simptom atau perubahan tersebut. Jadualkan pemeriksaan keseluruhan kulit tubuh dengan doktor sekali setiap tahun atau lebih kerap lagi sekiranya terdapat perubahan pada tahi lalat.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
SUMBER : https://hellodoktor.com/
Oleh : Muhammad Zofir Wajdi
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Hati-hati Jika Selalu Memandu Jarak Jauh Kerana Ia Antara Punca Anda Boleh Kena Slip Disc!
Kita selalu keliru antara sakit pinggang atau slip disc. Bila sakit belakang menyerang ramai yang ambil mudah kerana menyangka yang ia hanyalah sakit biasa.
Namun jangan ambil mudah keranan simptom sakit pinggang itu mungkin slip disc. Tanpa kita sangka, kini ramai anak muda yang diserang slip disc kerana kekerapan memandu dalam tempoh yang lama.
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang slip disc, Dr Khairul Faizie berkongsi di laman Facebooknya punca ramai anak muda diserang slip disc dan rawatan untuk mengatasinya.
Moga dengan perkongsian ini akan membuka mata anak-anak muda untuk lebih mementingkan kesihatan sekali gus membendung terjadinya slip disc.
BACA: Elak Sindrom Patah Hati & Sedih Melampau Kalau Tak Nak Diserang Kanser & Sakit Jantung!
Patient aku selalu komplen sakit pinggang, kerja pun berat kat kilang. Aku tanya ” pernah dengar pasal Slipped Disc?”
Dia jawab ” Masalah tidur (sleep) ke doktor?”
Slipped disc ni makin banyak kita jumpa. Boleh berlaku di mana mana bahagian tulang belakang, tapi paling biasa di kawasan pinggang (lower back).
Utk mudah faham tentang Slipped disc ni, mari belajar simple anatomy. Tulang belakang kita terdiri dari 24 set tulang yg di panggil vertebra. Setiap tulang ni di susun antara satu sama lain secara memanjang, dan membentuk satu laluan utk saraf tunjang lalu di situ (spinal cord). Tulang tulang vertebra ini protect spinal cord kita.
Antara tulang vertebra ke tulang vertebra yg lain, ada struktur yg dipanggil interbertebral disc. Fungsi disc ni macam shock absorber kereta. Ia menyerap hentakan masa kita lari, jalan, lompat. Setiap disc ni tebalnya ~ 1/2 inci.
Tengok gambar anatomy disc yg di sertakan. Ada 2 parts, lapisan luar yg dipanggil Annulus fibrosus yang lebih tahan lasak & fleksibel, Lapisan dalam nya dipanggil Nucleus pulposus. Nucleus pulposus ni macam jel, lembut.
Masalah slipped disc bermula bila bahagian nucleus pulposus tu mula terkeluar, menekan annulus fibrosus. Tekanan ke atas annulus fibrosus ini yg menyebakan simptom SAKIT BELAKANG tu.
Kalau tekanan makin kuat, nanti annulus fibrosus pun akan terkesan sama & membengkak. Bila ini terjadi, spinal cord yg ada di sekitar itu pun akan ditekan/ dihimpit. Himpitan saraf ini yang menyebabkan simptom LENGUH/ KEBAS/ HILANG POWER pada kaki.
BACA: Selain Hilangkan Sakit Kepala & Migrain, Letak Ais Di Titik Feng Fu Juga Boleh Ringankan Badan!
PUNCA
Punca biasa slipped disc ialah wear & tear, iaitu bila makin meningkat usia, ia akan mengalami kerosakan & mula bengkak/ koyak annulus fibrosus. Ini dipanggil Disc Degeneration. Masa muda, disc itu kaya dengan air. Bila dah tua, water content mula berkurangan, dan ini menjadikan disc kurang fleksibel. Disc yg kurang air (kering) ini pun mula kecut. So jarak antara vertebra bones akan jadi makin rapat dan ini meninggikan risiko slipped disc terjadi.
Walau bagaimanapun, yang usia muda pun ramai kena Slipped disc. Why? Antara puncanya:
1. Trauma/ jatuh/ accident
2. Obesiti – berat badan berlebihan bagi tekanan pada disc
3. Kerja/ aktiviti yang berulang-ulang melibatkan belakang seperti angkat barang/ membongkok
4. Gaya hidup pemalas (sedentary lifestyle) – Senaman regular membantu kurangkan berat badan & kuatkan muscle belakang badan (yg akan support tulang belakang)
5. Selalu memandu terutama long distance. Duduk lama masa driving & kesan gegaran dari body kereta pada spine, boleh beri kesan.
BACA: Sakitnya Hati Bila Penat Bersenam Tapi Berat Tak Juga Turun, Puncanya Sebab Ini!
RAWATAN
Tak semua slipped disc perlu pembedahan, majoriti perlu ambil pain killer bila sakit.
Suntikan steroid di belakang ( epidural steroid) mungkin diperlukan utk melegakan keradangan (inflammation).
Physiotherapy secara berkala perlu utk kuatkan muscle tulang belakang.
Hanya dalam kes kes tertentu kita perlu kan surgery, Ada banyak jenis surgery, so tak perlu nak tahu secara detail… Yang ini kalau perlu dilakukan, pakar bedah ortopedik anda akan explain dengan lanjut.
Rawatan alternatif macam urutan, mungkin berkesan utk legakan kesakitan (temporary), sebab muscle keliling spine yg terlibat akan menegang akibat inflammation process. Urutan TIDAK akan menyembuh slipped disc/ menolak disc yg terkeluar masuk ke tempat asal.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Transformasi 6 Bulan Satu Keluarga Ini Turunkan Berat Badan
Pasti tiap tahun azam korang nak kurus kan? Ha ini ada contoh yang korang boleh jadikan sumber inspirasi agar berjaya menurunkan berat badan.Baru-baru ini, gambar transformasi seorang lelaki bersama keluarganya telah viral di media sosial dan dijadikan inspirasi untuk netizen pada tahun baru ini!
Gambar yang menunjukkan perubahan keluarga itu telah mendapat perhatian netizen dan telah menjadi buah mulut orang ramai sehingga ke hari ini.
Dikatakan lelaki dan ahli keluarganya ini hanya mengambil masa enam bulan sahaja untuk kelihatan ripped!
Idea ini terdetik apabila lelaki berumur 32 tahun itu, XY Jesse menjemput ibu bapanya tinggal bersamanya untuk sementara waktu ketika isterinya sedang mengandung anak pertama. Jesse yang merupakan seorang jurugambar difahamkan telah menjemput ibu-bapanya tinggal bersamanya kerana ia akan menjadi peluang yang baik untuk mengeratkan ikatan keluarga mereka.
Beliau tekad untuk membantu bapanya mendapatkan semula keyakinan dan semangat untuk hidup dengan program penurunan berat badan. Hal ini kerana Jesse melihat bapanya bergelut dengan alkohol dan mengalami berat badan berlebihan.
Jesse telah mengamalkan rutin khas bersama keluarganya. Pada mulanya mereka hanya brisk walking dan jogging sahaja. Kemudiannya, mereka mula pergi ke gym dengan kerap dan menambah pelbagai rutin tambahan di dalam fitness regime mereka.
Setiap 10 hari, Jesse dan ayahnya akan mengambil gambar perubahan pada badan mereka dan memuat naik di akaun Instagram dan Weibo beliau. Selepas tiga bulan, result sudah kelihatan dengan ketara dan hasilnya sangat memberangsangkan
Setelah enam bulan, perubahan yang amat ketara telah kelihatan pada diri beliau dan ahli keluarganya! Impressive!
Setelah mengamalkan rutin harian dan gaya hidup yang sihat, bapanya kelihatan lebih yakin dan ceria. Baginya, itulah suatu perkara yang paling menggembirakannya.
Transformasi hebat keluarga ini semestinya boleh dijadikan pembakar semangat bagi mereka yang inginkan badan idaman pada tahun 2018 ini. Kalau mereka boleh, mengapa tidak anda? Goodluck guys!
Sumber : Bored Panda Via : Says.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI